PROGRAM REALITI PENCARIAN NONA SUPERWOMAN TAMPILKAN 12 FINALIS AKHIR

Selepas tercetusnya fenomena majlis penganugerahan ‘Nona Superwoman Award’ yang mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan golongan wanita dalam pelbagai bidang anjuran Majalah Nona pada tahun 2018 dan 2020, buat julung kalinya kesinambungan misi pencarian untuk memperkasakan kaum hawa tersebut kini dikembangkan serta diangkat sebagai program realiti menerusi kerjasama strategik di antara pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dan saluran Astro Prima selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi.


Program ‘Pencarian Nona Superwoman’ ialah sebuah pertandingan berkonsepkan realiti untuk mencungkil potensi golongan usahawan wanita khususnya kumpulan B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sekaligus memberi inspirasi dan dorongan positif kepada segenap lapisan masyarakat yang ingin meneroka peluang sumber pendapatan baharu dengan menceburi bidang keusahawanan. Penyertaan terbuka kepada golongan usahawan wanita kumpulan B40 dan M40 yang berusia di antara 25 ke 45 tahun. Calon peserta juga perlu mempunyai perniagaan sendiri sama ada sepenuh atau separuh masa.


12 Finalis ‘Pencarian Nona Superwoman’

Seramai 250 calon peserta telah menghadiri sesi uji bakat yang dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian pada bulan Mei lalu. Penyertaan terbuka kepada golongan usahawan wanita kumpulan B40 dan M40 yang berusia di antara 25 ke 45 tahun. Calon peserta juga perlu mempunyai perniagaan sendiri sama ada sepenuh atau separuh masa. Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah berjaya terpilih untuk menyertai musim pertama. 


12 finalis ‘Pencarian Nona Superwoman’ yang terpilih untuk menyertai musim pertama ialah SYU RAMLI (33, Melaka), FAZSFAOZI (35, Perak), LINDA ROOS (36, Kuala Lumpur), ANA (26, Perak), RINA (35, Kelantan), AYU OMAR (28, Kuala Lumpur), SYA (32, Kelantan), JIEJIE (26, Sabah), AYDA (30, Kelantan), EMMA (37, Selangor), SARAH ISMAIL (34, Kuala Lumpur) dan FAZLIA AKMA (37, Kuala Lumpur). Klik untuk PROFIL 12 FINALIS AKHIR Pencarian Nona Superwoman

Selebriti Awal Ashaari dan Ketua Pengarah Eksekutif USANITA, Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan yang juga merupakan penerima anugerah ‘Nona Best Strategic Business Thinker’ di Nona Superwoman Award 2020 telah diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab selaku juri tetap yang bakal mengadili pencarian ‘Pencarian Nona Superwoman’ musim pertama. Selain daripada mereka, barisan personaliti popular juga bakal diundang khas secara bergilir-gilir pada setiap minggu sebagai juri jemputan. Manakala pelakon dan pengacara yang semakin meningkat naik, Uyaina Arshad bakal mengemudikan pencarian kali ini sebagai hos program.


MENGENAI ‘NONA SUPERWOMAN AWARD’

Anugerah pengiktirafan Nona Superwoman Award telah diadakan buat julung kalinya pada tahun 2018 dengan mengangkat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai penerima anugerah utama. Selari dengan visi dan misi Majalah Nona untuk memperkasakan golongan wanita, fenomena ini diteruskan buat kali kedua melalui Nona Superwoman Award 2020 sebagai kesinambungan kejayaan yang lalu. Barisan penerima anugerah juga dipilih berdasarkan kecemerlangan individu dalam bidang yang diceburi, selain semangat dan kepimpinan individu tersebut yang mampu menjadi inspirasi luar biasa kepada wanita lain.

Rangkaian program ‘Pencarian Nona Superwoman’ akan bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand. Nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri profesional. Mereka akan dinilai mengikut kriteria utama termasuklah elemen keyakinan diri, kebijaksanaan, keluasan pengetahuan am, kreativiti, personaliti dan karisma yang menarik.


Rangkaian program ‘Pencarian Nona Superwoman’ akan bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand. Program berbentuk kapsul berjudul ‘Profil Peserta Pencarian Nona Superwoman’ menerusi paparan 12 buah episod akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 5.55 petang mulai 6 September 2021. Manakala program ‘Kapsul Pencarian Nona Superwoman’ pula akan mula disiarkan selama 8 buah episod pada setiap hari Rabu, jam 7.00 malam mulai 22 September 2021.

Program utama ‘Pencarian Nona Superwoman’ pula bakal bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 22 September 2021. Juara ‘Pencarian Nona Superwoman’ akan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi. Manakala peserta yang mendapat kedudukan di tangga kedua dan ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi. Program ‘Pencarian Nona Superwoman’ turut diperkasakan oleh USANITA selaku penaja utama. Misi USANITA dilihat selari dengan objektif Majalah Nona dalam memperkasakan ekonomi wanita Malaysia.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top