Apa terjadi apabila satu-satunya kampung dalam dunia yang dipenuhi dengan
    penduduk yang ‘melatah’ dan turut menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar
    negara kerana keunikan serta adat resam dan budaya melayu yang masih kekal
    diwarisi. Pasti gamat suasana! Astro Shaw membawakan sebuah filem komedi
    gamat dengan celoteh lucu yang menjanjikan gelak tawa berterusan, KAMPUNG
    LATAH KENA KUARANTIN FULL MOVIE Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 9 September
    ini.
  Filem terbitan produksi MEGAPINE (M) tersebut menyaksikan filem tempatan
    pertama yang mengetengahkan gelagat melatah sebagai subjek kepada latar
    cerita serta menghimpunkan nama-nama selebriti cukup terkenal dengan latah
    spontannya dan lebih menarik ia tidak pernah disaksikan dalam mana-mana
    filem sebelum ini.
Antara pelakon utama yang terkenal dengan latahnya adalah adalah Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur dan Din Latah. Selain itu, pelakon lain yang turut menjadi teraju utama adalah, Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario dan Wanns Ahmad. Filem ini diperhebatkan lagi dengan penampilan istimewa oleh bintang-bintang popular tanah air seperti Datuk Awie sebagai Dukun Palermo, AR Badul (Tok Ketua), Ustaz Syamsul Debat (Bro Aji), Riezman Khuzaimi (YB Hazil), Roy Azman (Pegawai Perubatan), Achong Sweet Child (Opera Cina) dan Mak Wan Latah (Mak Jenab).
  Kampung Latah Kena Kuarantin telah menjalani sesi penggambaran di sekitar
    Janda Baik, Pahang dan ia merupakan hasil arahan pengarah filem komedi 10
    Tips Tipu Bini, Azizi Adnan. Beliau juga merupakan penulis skrip untuk filem
    ini. Manakala, Hazil Izham Ismail dan Nazia Mustafar merupakan Penerbit dan
    cerita asal.
SINOPSIS FILEM KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN
  Filem ini mengisahkan tentang KAMPUNG LATAH PERMAI, sebuah kampung yang
    unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia
    satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang
    ramai. Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat
    Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia
    Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur). Gelagat mereka sering
    menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin
    menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha). Tetapi Apoi (Joey Daud)
    telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat
    resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.
  Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan
    sesuatu kerana tidak berpuas hati. Selang beberapa hari kemudian, Kampung
    Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak
    terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah
    sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh
    rakan atau pasangan. Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu
    besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama
    penduduk bagi mencari jalan penyelasaian. Berbagai teori dan cara menangani
    pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang
    karut.
  *Unusual things upon getting shocked. Ajin is a tour guide in a village called kampung latah Permai victim to the latah syndrome where people say or do the unusual days the whole village falls victim.
  Saksikan filem komedi, Kampung Latah Kena Kuarantin yang akan berada di
    Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 9 September 2021. Untuk melanggan
    sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
    Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara
    berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi
    akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.



