ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25 ASTRO - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25 ASTRO

Trending

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25 ASTRO

Bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ke-25 dan tanda penghargaan buat para pelanggan yang setia, Astro dengan berbesar hati membawakan tayangan ‘All Together Now Malaysia’ atau ‘ATNMY’ secara eksklusif di saluran Astro Ria dan platform digital.


Menepati tagline ‘Bersatu Dengan Lagu’ dan konsep program realiti yang mengangkat semangat muhibah dan kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia, pentas ‘ATNMY’ bakal dibuka dengan sebuah episod istimewa Astro ke-25 yang dijadualkan untuk bersiaran secara eksklusif pada hari Sabtu, 11 September 2021, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Manakala konsert mingguan selama 10 minggu pula akan mengisi slot hari Ahad, jam 9.00 malam bermula dengan tayangan konsert minggu pertama pada 12 September 2021. Para penonton bakal disajikan dengan tayangan episod istimewa ‘ATNMY’ secara eksklusif yang menampilkan bintang-bintang kelahiran program hiburan popular terbitan Astro seperti Akademi Fantasia, Big Stage, Maharaja Lawak Superstar, The Masked Singer Malaysia, Gegar Vaganza, Ceria Popstar, Kilauan Emas, Golden Melodies dan sebagainya. Ini diikuti dengan tayangan musim pertama bermula Ahad ini selama 10 minggu yang pastinya sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.



Selebriti popular, Sherry Al Hadad menggalas tanggungjawab selaku hos pentas utama. Manakala program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pula dikendalikan oleh gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar. Pengacara, Aswad Jalil dan personaliti media sosial yang ini bergelar pelakon, Norreen Iman pula digandingkan sebagai ‘Hos’ program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Seramai 50 juri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara dan personaliti media sosial telah dilantik untuk mengadili program ini yang diketuai oleh selebriti popular Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’.


SENARAI PENUH BARISAN 50 JURI ‘ATNMY’

1. Dato’ AC Mizal
2. Syamel
3. Ernie Zakri
4. Mark Adam
5. Noryn Aziz
6. Erra Fazira
7. Tuju [K-Clique]
8. Siti Nordiana
9. Zizan Razak
10. Tabby [Dolla]
11. Khai Bahar
12. Zizi Kirana
13. Jaclyn Victor
14. Linda Nanuwil
15. Andi Bernadee
16. Bob Yusof
17. Nana Mahazan
18. Shiha Zikir
19. Sissy Imann
20. Chubb-e
21. Mimi Fly
22. Aina Abdul
23. Ifa Raziah
24. Sarah Suhairi
25. Catriona Ross
26. Azzam Sham
27. Dafi Ismail
28. Ara Johari
29. Azira Syafinaz [DeFam]
30. Liza Hanim
31. Yusuf Bahrin
32. Angel [Dolla]
33. Joey Daud
34. Acong
35. AzfarHeri
36. Yaya Zahir
37. Kelly Azman
38. Jad Lobo
39. Harith Zazman
40. Kaka Azraff
41. Haniff Hamzah [ERA]
42. Falyq Hikyle [SINAR]
43. Ean [HITZ]
44. Suresh [RAAGA]
45. Alvin Chong
46. Daniel Cheang
47. Vanessa Reynauld
48. Neeta Manisha
49. Thanuja
50. Kidd Santhe



Nasib para peserta akan diadili oleh barisan 50 juri profesional berdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.




Untuk makluman, program realiti ‘ATNMY’ ialah sebuah pertandingan nyanyian adaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One. Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.

Penerbitan ‘ATNMY’ turut disokong oleh Gempak dan Ria X yang turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA, HITZ dan RAAGA pula hadir sebagai Rakan Radio Rasmi.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post