INFO DAN PROFIL 12 FINALIS AKHIR PENCARIAN NONA SUPERWOMAN 2021 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal INFO DAN PROFIL 12 FINALIS AKHIR PENCARIAN NONA SUPERWOMAN 2021

Trending

INFO DAN PROFIL 12 FINALIS AKHIR PENCARIAN NONA SUPERWOMAN 2021

Seramai 250 calon peserta telah menghadiri sesi uji bakat yang dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian pada bulan Mei lalu. Penyertaan terbuka kepada golongan usahawan wanita kumpulan B40 dan M40 yang berusia di antara 25 ke 45 tahun. Calon peserta juga perlu mempunyai perniagaan sendiri sama ada sepenuh atau separuh masa. Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah berjaya terpilih untuk menyertai musim pertama. 


12 finalis ‘Pencarian Nona Superwoman’ yang terpilih untuk menyertai musim pertama ialah SYU RAMLI (33, Melaka), FAZSFAOZI (35, Perak), LINDA ROOS (36, Kuala Lumpur), ANA NAJIA (26, Perak), RINA HASHIM (35, Kelantan), AYU OMAR (28, Kuala Lumpur), SYAMIMI KHALIL (32, Kelantan), JIEJIE (26, Sabah), AYDA AZLAN (30, Kelantan), EMMA BEE (37, Selangor), SARAH ISMAIL (34, Kuala Lumpur) dan FAZLIA AKMA (37, Kuala Lumpur). Ikuti latar belakang para peserta seperti berikut.


1) NOR SUHADA RAMLI (SYU RAMLI)



UMUR : 33 TAHUN / 154CM / 47KG
STATUS : BERKAHWIN
ASAL : MELAKA (KINI DI SELANGOR)
TARAF PENDIDIKAN : SARJANA MUDA DALAM KIMIA GUNAAN
PRODUK : WOWSAMBEL (MAKANAN)

LATAR BELAKANG :
  • Ibu kepada seorang cahaya mata dan gemar memasak ketika waktu lapangnya.
  • Aktif melibatkan diri dalam iklan komersial, pernah terlibat sebagai Icon TVC bersama Telekom Malaysia (TM) untuk iklan bulan puasa.

2) NORFAZLINA BTE MOHD FAOZI (FAZSFAOZI)



UMUR : 35 TAHUN /156CM / 58KG
STATUS : BERKAHWIN
ASAL : PERAK (KINI MENETAP DI SELANGOR)
TARAF PENDIDIKAN : IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN INDUSTRI
PRODUK : FAZSBEAUTY (PENJAGAAN WAJAH)

LATAR BELAKANG :
  • Pernah menjadi juri untuk program TV di RTM dan menjadi tetamu jemputan sebuah program di TV Al-Hijrah.
  • Pernah keluar radio bersama Nana Mahazan.
  • Ditonjolkan dalam sebuah rancangan realiti bertajuk Wow Terpukau sebagai MUA Versatile.
  • Jenamanya pernah terpampang di “billboard”.


3) NOOR FAZLINDA ROOS AFANDY (LINDA ROOS)



UMUR : 36 TAHUN /154CM / 49KG
STATUS : BERKAHWIN
ASAL : KUALA LUMPUR (KINI MENETAP DI SELANGOR)
TARAF PENDIDIKAN : DEGREE IN CREATIVE MULTIMEDIA AT MULTIMEDIA UNIVERSITY CYBERJAYA
PRODUK : MYPRONTOPIX (FRAME DESIGN)

LATAR BELAKANG :
  • Anak ke-4 daripada 5 orang adik beradik.
  • Aktif dalam sukan gimnastik, pernah ke SUKMA mewakili Kuala Lumpur.
  • Pernah terlibat dalam Teater Puteri Gunung Ledang sebagai “ensemble” pada tahun 2006.
  • Salah seorang penari Flow Fever.
  • Pernah menyertai “cheerleading”. Menjadi juara “interschool cheerleading” pada tahun 2003, dan pernah mewakili Malaysia ke Nottingham.

4) ANA NAJIA BINTI SHAHRIN (ANA NAJIA)



UMUR : 26 TAHUN /160CM / 60KG
STATUS : BERKAHWIN
ASAL : PERAK (KINI MENETAP DI KAMUNTING, PERAK)
TARAF PENDIDIKAN : IJAZAH SARJANA MUDA (ENGLISH
LITERATURE) DI UNIVERSITI MALAYA.
PRODUK : HALWA.AN (KEK)

LATAR BELAKANG :
  • Ibunya adalah seorang pemilik perniagaan katering.
  • Pernah menyertai ujibakat Dewi Remaja tahun 2018 tapi tiada rezeki.
  • Pernah terlibat dalam ujibakat untuk menjadi pembaca berita.
  • Ingin menjadikan Pencarian Nona Superwoman sebagai platform untuk menonjolkan potensi diri dan menambah ilmu perniagaan.


5) NURINA BTE HASHIM (RINA HASHIM)



UMUR : 35 TAHUN 150CM / 52KG
STATUS : BERKAHWIN
ASAL : KELANTAN (KINI MENETAP DI SELANGOR)
TARAF PENDIDIKAN : SPM
PRODUK : MAKEYDAPS (MAKANAN - KAMBING / AYAM PERAP)

LATAR BELAKANG :
  • Mempunyai 4 orang cahaya mata.
  • Mempunyai impian ingin menjadi lakonan namun tidak kesampaian kerana dikurniakan rezeki untuk berumah tangga.
  • Tujuan menyertai rancangan Pencarian Nona Superwoman adalah untuk membuka mata wanita-wanita di luar sana supaya berusaha demi mencapai sebuah kejayaan.

6) RAHAYU BINTI OMAR (AYU OMAR)



UMUR : 28 TAHUN /160CM / 56KG
STATUS : JANDA
ASAL : KUALA LUMPUR (KINI MENETAP DI JALAN GOMBAK, KUALA LUMPUR)
TARAF PENDIDIKAN : SPM
PRODUK : BELLATHEBAKERS (BAKERI)

LATAR BELAKANG :
  • Anak kedua daripada dua orang adik beradik.
  • Bekas pramugari Malaysia Airlines yang ditamatkan kontrak semasa pandemik melanda.
  • Arwah ayahnya meninggal pada Mac 2015.
  • Ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.
  • Tujuan menyertai Pencarian Nona Superowaman adalah untuk mengembangkan lagi perniagaan dan meningkatkan keyakinan diri dalam bidang perniagaan.


7) NURUL SYAMIMI BINTI MOHD FAUZI (SYAMIMI KHALIL)



UMUR : 32 TAHUN /161CM /59KG
STATUS : BERKAHWIN
ASAL : KELANTAN (KINI MENETAP DI KUALA LUMPUR)
TARAF PENDIDIKAN : DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA
PRODUK : BEBILIS (MAKANAN KERING)

LATAR BELAKANG :
  • Suaminya merupakan pegawai Tentera Darat Malaysia (TLDM).
  • Gemar memasak dan menyunting gambar serta video pada masa lapangnya.
  • Melibatkan diri dalam ujibakat Raudah (TV9) namun rezeki tidak berpihak kepadanya.
  • Pernah terlibat dalam TVC untuk KFC.

8) FAUZIAH BINTI ABU SAMAT (JIEJIE)



UMUR : 26 TAHUN /157CM /66KG
STATUS : BUJANG
ASAL : SABAH (KINI MENETAP DI SELANGOR)
TARAF PENDIDIKAN : SPM
PRODUK : FOFASKIN (PENJAGAAN WAJAH)

LATAR BELAKANG :
  • Anak sulung daripada empat orang adik beradik.
  • Gemar berkaraoke pada waktu lapang, boleh menyanyi dalam bahasa Dusun.
  • Aktif “hosting” di platform Bigo untuk menjana pendapatan sambilan.
  • Tujuan menyertai Pencarian Nona Superwoman adalah untuk memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengannya untuk tidak berputus asa.


9) NUR AIDA NAZILI BINTI NORAZLAN (AYDA AZLAN)



UMUR : 30 TAHUN / 156CM / 53KG
STATUS : BERKAHWIN
ASAL : KELANTAN (KINI MENETAP DI NEGERI SEMBILAN)
TARAF PENDIDIKAN : SPM
PRODUK : INAI SAHARA (KECANTIKKAN)

LATAR BELAKANG :
  • Anak sulung daripada 3 orang adik beradik
  • Pernah menyertai DFKL tetapi tidak berjaya
  • Meminati bidang nyanyian dan pernah menyertai ujibakat Akademi Fantasia namun tiada peluang.
  • Menghadiri pelbagai uji bakat nyanyian dan pernah mewakili Negeri Sembilan dalam rancangan RTM Bintang Saloma.

10) NURBASMA BINTI KHALID (EMMA BEE)



UMUR : 37 TAHUN / 160CM / 53KG
STATUS : BERKAHWIN
ASAL : SELANGOR (KINI MENETAP DI HULU LANGAT, SELANGOR)
TARAF PENDIDIKAN : DIPLOMA IN BUSINESS ADMINISTRATION
PRODUK : JAMU DIVA (PRODUK KESIHATAN)

LATAR BELAKANG :
  • Kedua-dua ibu bapa nya merupakan bekas polis.
  • Mempunyai tiga orang anak.
  • Pernah berkhidmat sebagai anak kapal (pramugari) dengan Malaysia Airlines System selama 5 tahun
  • Pernah bertugas sebagai ketua Pramugari di Airasia Berhad selama 10 tahun.
  • Pernah berlakon dalam drama Gerak Khas sebagai pelakon ekstra.
  • Pernah menjadi model baju kurung untuk Majalah Jelita.


11) MAISARAH BT ISMAIL (SARAH ISMAIL)



UMUR : 34 TAHUN /157CM / 45KG
STATUS : BERKAHWIN
ASAL : KUALA LUMPUR (KINI MENETAP DI SELANGOR)
TARAF PENDIDIKAN : MASTER DEGREE DI ASWARA
PRODUK : KELAS VOKAL (PERKHIDMATAN)

LATAR BELAKANG :
  • Anak ketiga daripada lima orang adik beradik.
  • Pernah berlakon sebagai watak utama dalam filem arahan Khir Rahman bertajuk “Bangunan”.
  • Pernah menjadi “co-host” Maria Tengku Sabri dalam Go Shop.
  • Merangkul tempat ketiga dalam MyStarz LG.
  • Wakil Malaysia menyanyi di Melbourne Australia untuk kerabat President Timor Leste (2019).
  • Pernah menjadi model untuk Majalah Remaja.

12) FAZLIATUL AKMAR BINTI ZAINUDIN (FAZLIA AKMA)



UMUR : 37 TAHUN / 160CM / 57KG
STATUS : BERKAHWIN
ASAL : KUALA LUMPUR (KINI MENETAP DI SELANGOR)
TARAF PENDIDIKAN : DIPLOMA IN SCIENCE COMPUTER
PRODUK : NIQAHQ (HIJAB WASH)

LATAR BELAKANG :
  • Merupakan anak ke dua daripada tiga orang adik beradik.
  • Pernah mempromosikan produknya di dalam satu slot di TV Al-Hijrah.
  • Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jualan dan pemasaran.
  • Menjadikan Datin Vivy Yusof dan Datuk Wira Dr Maznah Hamid sebagai usahawan yang disegani.

Rangkaian program ‘Pencarian Nona Superwoman’ akan bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand. Program berbentuk kapsul berjudul ‘Profil Peserta Pencarian Nona Superwoman’ menerusi paparan 12 buah episod akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 5.55 petang mulai 6 September 2021. Manakala program ‘Kapsul Pencarian Nona Superwoman’ pula akan mula disiarkan selama 8 buah episod pada setiap hari Rabu, jam 7.00 malam mulai 22 September 2021.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post