FRANCAIS KAMPONG PISANG MEMERIAHKAN HARI MALAYSIA DENGAN FILEM PENDEK KAMPONG PISANG KITA SETANDAN - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal FRANCAIS KAMPONG PISANG MEMERIAHKAN HARI MALAYSIA DENGAN FILEM PENDEK KAMPONG PISANG KITA SETANDAN

Trending

FRANCAIS KAMPONG PISANG MEMERIAHKAN HARI MALAYSIA DENGAN FILEM PENDEK KAMPONG PISANG KITA SETANDAN

Istimewa Sempena Hari Malaysia, Astro mempersembahkan sebuah filem pendek arahan Pengarah tersohor Mamat Khalid bertajuk 'Kampong Pisang Kita Setandan'. Filem pendek ini bertemakan semangat perpaduan yang wujud dalam sebuah kampung yang sangat terkenal di hati dan ingatan penonton iaitu Kampong Pisang. Penonton boleh menyaksikan filem pendek berdurasi setengah jam ini di Astro 25 (saluran 100) pada 16 September, Khamis atau penonton juga boleh strim platform On Demand dan Astro GO.

POSTER FILEM KAMPONG PISANG KITA SETANDAN

Filem pendek ini ditulis oleh Mamat Khalid sendiri. Sudah menjadi kebiasaan, kemunculan watak Barkoba, Pak Jabit, Pak Din, Pak Karim, Cik Purnama, Ahmad Yassin, Faguha Jabar dan penduduk Kampong Pisang pasti akan dikejutkan dengan berita gempar atau masalah yang perlu diselesaikan. Boleh dikatakan ‘jika tiada masalah, maka bukan Kampong Pisanglah namanya’.


Sinopsis Kampong Pisang Kita Setandan

Kampong Pisang Kita Setandan mengisahkan tentang Teck Zee anak kepada Ng Chee Lam ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan. Namun kedua orang tua Teck Zee tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya. Mengapa? Di sini geng Kampong Pisang yang diketuai oleh Pak Din Pest Control mencari kepastian dan me-rescue demi memastikan keharmonian penduduk kampung itu. Berjayakah mereka? Saksikan avengers Kampong Pisang beraksi sekali lagi.

Avengers Kampong Pisang


Barisan Pelakon Kampong Pisang Kita Setandan

Antara barisan pelakon yang membintangi filem pendek ini adalah Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Rashid Othman dan kemunculan istimewa Wong Wei Tian dan Bulan Terry.




Istimewa buat penonton, filem Kampong Pisang Kita Setandan juga turut ditayangkan di saluran lain Astro seperti berikut:

Tarikh & Waktu Saluran

  • 16 September, Khamis, 5.30 petang Astro Prima (saluran105)
  • 16 September, Khamis, 9.30 malam Astro Ria (saluran 104)
  • 18 September, Sabtu, 10.00 malam Astro Warna (saluran107)
  • 20 September, Isnin, 8.00 malam Astro Citra (saluran 108)
  • 22 September, Rabu, 12.30 tengahari NJOI TV (saluran 140)

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. Jangan lupa tonton di Astro 25 (saluran 100) pada 16 September, Khamis atau penonton juga boleh strim platform On Demand dan Astro GO.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post