DRAMA THE HOTEL PAPAR PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal DRAMA THE HOTEL PAPAR PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Trending

DRAMA THE HOTEL PAPAR PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Drama rantaian ‘The Hotel’ memaparkan konflik cinta pembunuh psikopat dan pembohong patologi dalam naskhah terbaharu di slot Megadrama Astro Ria. Drama ‘The Hotel’ ialah sebuah naskhah asal yang mengangkat tentang isu kesihatan mental terbitan syarikat produksi Juida Viden Sdn. Bhd. Penceritaan drama 24 episod yang menyuntik elemen konflik cinta romantik penuh misteri dan manipulasi yang menyentuh hati sebagai plot utama ini bakal menghiasi slot Megadrama bagi menggantikan drama Hawa.

Poster DRAMA ‘THE HOTEL’

Idea asal drama ‘The Hotel’ diilhamkan oleh penerbit dan pengarah prolifik, Michael Ang serta turut mendapat sentuhan Helmi Yusof yang memikul tanggungjawab selaku pengarah untuk drama ini. Manakala panel skrip pula dibarisi oleh Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan dan Michelle Yoon. Drama ‘The Hotel’ turut diserikan dengan kehadiran nama-nama popular seperti Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Yasmin Hani, Datin Paduka Eina Azman, Farah Ahmad, Daler Yusof, Alif Hadi serta ramai lagi.


DRAMA ‘THE HOTEL’ TIRU K-DRAMA 'HOTEL DE LUNA'?

Apabila melihat persamaan poster drama rantaian The Hotel dengan drama dari Korea Selatan, Hotel del Luna, peminat Kdrama mendakwa ianya bukanlah idea asal anak seni tempatan. Manakan tidak, dengan perkataan yang sama serta warna grafik yang hampir serupa menguatkan lagi tanggapan nitizen.

THE HOTEL TIRU K-DRAMA HOTEL DE LUNA

Penerbit, Michael Ang, pengarah, Helmi Yusof, barisan pelakon The Hotel seperti Mira Filzah, Sean Lee dan Datin Paduka Eina Azman menafikan naskhah terbaharu yang akan menemui penonton pada 15 September ini diciplak dari drama popular Korea Selatan, Hotel Del Luna. Menurut Michael, dia dan pengarah tidak pernah merujuk atau mengambil inspirasi dari drama berkonsepkan 'hantu' tersebut sewaktu memikirkan untuk menerbitkan The Hotel.


BARISAN PELAKON DRAMA ‘THE HOTEL’

MK K-CLIQUE sebagai Sean
MIRA FILZAH sebagai Raisa
SEAN LEE sebagai Umar
NATASHA ELYZZA sebagai Umaira
PELAKON PEMBANTU
FARAH AHMAD sebagai Sharifah Hanisa
DATIN PADUKA EINA AZMAN sebagai Julia
YASMIN HANI sebagai Maya
DALER YUSUF sebagai Razul Ilyas
NABIL AQIL sebagai Arman
AZHAR AMIR sebagai Syed Jamaluddin
ASHA MERICAN sebagai Marsha
KU FARIDAH sebagai Miss Ros
ALIF HADI sebagai Tengku Arif
AMIR NAFIS sebagai Tengku Adam

SINOPSIS DRAMA ‘THE HOTEL’

Drama ‘The Hotel’ mengisahkan tentang Raisa, seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini. Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat yang mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Sean muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa. Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa kerana cerita Sean sentiasa berubah-ubah.

SINOPSIS DRAMA THE HOTEL

Apakah pengakhiran kisah cinta pembunuh psikopat, Raisa dan pembohong patologi, Sean? Adakah hubungan tersebut mampu bertahan walaupun salah seorang daripada mereka terlibat dengan kes pembunuhan? Sama-sama kita saksikan.


TRIVIA MENARIK DRAMA ‘THE HOTEL’

1. Naskhah ‘The Hotel’ merupakan drama pertama yang menggandingkan Mira Filzah dan salah seorang anggota kumpulan hip hop popular yang berasal dari Sabah, MK K-Clique selaku teraju utama.

MIRA FILZAH sebagai Raisa


2. Drama ‘The Hotel’ menyerlahkan sisi lakonan berbeza Mira Filzah yang menyahut cabaran membawakan watak Raisa, seorang pembunuh psikopat. Watak ini memerlukan Mira untuk membuat kajian yang mendalam tentang isu kesihatan mental bagi mendapatkan penjiwaan watak yang menyakinkan.

3. Sekadar makluman, Mira juga tidak pernah menonton cerita ‘Hotel De Luna’ sebelum ini. Beliau hanya mula membuat carian mengenai drama tersebut setelah netizen mula mengaitkan drama ‘The Hotel’ dengan naskhah K-drama tersebut.

MK K-CLIQUE sebagai Sean


4. Walaupun kerjaya utama rapper MK K-Clique lebih tertumpu pada bidang nyanyian, namun MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan sedia mencuba nasib sebagai pelakon buat pertama kali menerusi drama ‘The Hotel’. Dalam drama ini, MK melakonkan watak sebagai Sean, seorang pembohong patologi yang jatuh cinta dengan watak Raisa lakonan Mira.

5. Walaupun ini merupakan lakonan pertama MK, beliau diberi kepercayaan untuk menerajui drama ‘The Hotel’. Sebagai pelakon yang lebih senior, Mira banyak membantu MK dengan berkongsi tip berkenaan teknik lakonan sewaktu di set sekaligus memudahkan urusan penggambaran.

SEAN LEE sebagai Umar


6. Sean Lee yang memegang watak sebagai Umar dalam drama ‘The Hotel’ juga berjaya menghidupkan watak seorang yang panas baran dengan berkesan. Sebelum ini, Sean sering menjayakan watak sebagai seorang ‘Mr Nice Guy’.

7. Dalam masa yang sama, Datin Paduka Eina Azman juga pertama kali menyahut cabaran untuk menjayakan watak Julia, seorang janda kaya yang suka menggoda menerusi drama ‘The Hotel’.

8. Lagu ‘Sebelum’ dendangan K-Clique turut dimuatkan sebagai lagu tema untuk drama ‘The Hotel’.

‘The Hotel’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 15 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post