Review Korean Hand Cream : Lalafranc Undefined Hand Cream Sesuai Untuk Kulit Tangan Kering

Hi semua! Untuk kali ini Kak Bell nak kongsikan review tentang Korean hand cream dari jenama Lalafranc. Bukan sahaja muka, tangan juga perlukan penggunaan hand cream sebagai pelembap tambahan. Selepas mencuci muka, kita akan menggunakan pelembap wajah atau moisturizer dan begitu jugalah dengan tangan.


Tangan adalah anggota yang kali kita gunakan untuk lakukan sesuatu pekerjaan. Pendedahan kepada sabun dan bahan pencuci akan menyebabkan tangan kering dan kasar membuatkan tanda-tanda penuaan pun jelas nampak pada kulit di tangan. Itulah sebabnya penting untuk menggunakan krim tangan untuk menjaga kelembapan dan mengembalikan semula kecergasan kulit. Jom ikuti review ringkas krim tangan Korea, Undefined Moisturizing Hand Cream dari jenama Lalafranc.


Lalafranc Moisturizing Hand Cream

Lalafranc adalah jenama K-beauty dari South Korea yang baru sahaja memasuki pasaran Asia Tenggara. Menarik tentang produk Lalafranc, mereka menggunakan bahan semulajadi 100% sepenuhnya dari Korea Selatan dan tidak merbahaya untuk kegunaan seharian. Disamping itu, Lalafranc menampilkan wangian aroma khas Lalafranc dalam setiap krim tangan mereka.


Terdapat 3 jenis variasi untuk Lalafranc Moisturizing Hand Cream iaitu Lalafranc Undefined Hand Cream (signature scent), Lalafranc Eau Nerolia Hand Cream (refreshing) & Lalafranc Cozy Mood Hand Cream (bau light woody).


Lalafranc Undefined Hand Cream Krim Tangan Untuk Kulit Kering

Lalafranc Undefined Hand Cream ini diformulasi untuk melembapkan kulit dan sesuai sebagai krim tangan untuk kulit kering. Krim pelembap ini ada formulasi antibakteria, anti-aging, anti-radang yang menggunakan shea butter, Eosongcho untuk kesan calming dan adenosin untuk elak kedutan pada kulit tangan.


Selain itu ianya paraben-free, tanpa phenoxyethanol dan tidak menggunakan bahan tiruan (artificial). Bahan yang digunakan dapat mengatasi masalah kedutan dan kekeringan pada tangan, terutamanya selepas kekerapan mencuci tangan serta tidak menyebabkan iritasi atau keradangan pada kulit.

Lalafranc Undefined Hand Cream ini baunya adalah chic wood sage, aroma khas Seoul yang urban dan chic. Aroma Undefined adalah wangian minyak wangi khas Lalafranc yang paling disukai di Seoul. Buat peminat minyak wangi (parfum), boleh semak fragrance notes dibawah:

💚 TOP : Bergamote EO, Lavander France EO, Fig
💜 HEART : Clary Sage, Lily of the Valley, Rose
💙 BASE: Tonka, Musk, Cedarwood, Ambre Grisplus, Floral Aromatique, Ambré Balsamique


My Verdict (Review Korean Hand Cream)

Kesemua produk hand cream Korea Lalafranc ini datang dengan isian 30ML (1.01 FL. OZ.) dengan kotak pembungkusan berwarna putih. Pada kotak tu ada tulisan timbul Lalafranc.


Warna krim Lalafranc Undefined Hand Cream ni berwarna putih (rasanya semua krim tangan nye sama) dengan tekstur yang lembut dan tidak berminyak. Krimnya memang lembut, mudah diratakan dan paling penting mudah menyerap tanpa memberikan kesan berminyak pada tangan atau meninggalkan kesan melekit pada permukaan barang yang dipegang.


Untuk aroma chic wood sage memang sis suka sebab wangiannya moden dan lain dari krim yang lain. Mana taknya sebab wangian yang digunakan adalah hasil partnership dengan Firmenich, the world's leading perfumery.

Saiznya yang kecil memang mudah dibawa masuk ke dalam poket atau beg tangan dan sesuai digunakan oleh lelaki atau perempuan. Kalau tak silap, aktor Korea Gong Myung jadi duta untuk Lalafranc.


So far so good, Kak bell suka dengan moisturizing hand cream/krim pelembap tangan Lalafranc Undefined sebab baunya wangi dan dapat melembapkan kulit tangan Kak Bell yang kering. Lepas ni Kak Bell akan cuba pula aroma Eau Nerolia Hand Cream dan Cozy Mood.

Kalau nak cuba, boleh dapatkan di Lazada dan produk akan shipped directly from Seoul. Sekarang ni ada diskaun 25% untuk Lalafranc Hand Cream pada harga RM61.88 (harga retail RM82.50).

Untuk maklumat lanjut, layari laman berikut:

Website: Lalafranc Global
FB: Lalafranc Global
IG: Lalafranc Global

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top