Apa Itu Penyakit Buah Pinggang Pada Kucing (CKD Kucing)?

Trending

Apa Itu Penyakit Buah Pinggang Pada Kucing (CKD Kucing)?

Hi semua! Semalam Kak Bell diuji dengan satu lagi kehilangan anak bulus, Cik Puteh yang menghidap sakit buah pinggang atau dipanggil Chronic Kidney Disease (CKD). CKD kucing ni sebenarnya sama sahaja seperti sakit buah pinggang pada manusia yang memerlukan long term treatment dan kebiasaannya akan berakhir dengan kematian pada kucing. Dalam artikel ni, Kak Bell hendak berkongsi tentang simptom-simptom penyakit buah pinggang pada kucing dan pengalaman menjaga kucing sakit buah pinggang.

Simptom & Pengalaman Menjaga Kucing CKD

Cik Putih berumur 6 tahun dan merupakan anak batch pertama kepada Muezza dan Sky. Sekarang kucing first batch termasuk Cik Lucy, Cik Hitam termasuk Muezza dan Sky masih ada lagi dan berumur antara 6 ke 8 tahun. Cik Puteh memang jenis manja, tak banyak kerenah dan sebelum ni pernah kena Feline Asma (Asma Kucing) pada tahun 2018. Alhamdulillah asma dia sembuh hinggalah Cik Puteh pergi sebab CKD. Kedua-dua kes pun kritikal, dan masih ingat lagi Kak Bell hantar dia ke emergency jam 8PM.


Apakah Chronic Kidney Disease (CKD) Penyakit Buah Pinggang Pada Kucing?

Chronic kidney disease (CKD) ini merujuk kepada kegagalan buah pinggang kucing di mana fungsi tubular dan glomerular buah pinggang kucing yang tidak dapat bekerja seperti biasa.

Simptom & Pengalaman Menjaga Kucing CKD

Terdapat dua jenis kegagalan buah pinggang, akut dan kronik. Jika stage pertama, buah pinggang kucing mungkin boleh pulih dan fungsi buah pinggang kembali bekerja dengan betul jika diberi penjagaan, ubat dan diet pemakanan yang betul sebagai langkah dan cara mencegah sakit buah pinggang kucing. Walaubagaimanapun, jika sudah masuk stage 3,4 iaitu tahap kegagalan buah pinggang kronik peringkat akhir, ianya dianggap tidak dapat dipulihkan dan diubati.


Apakah Peranan Normal Buah Pinggang?

Seperti semua jenis mamalia, macam juga manusia, kucing mempunyai dua buah ginjal yang terletak di abdomen bagi melakukan pelbagai peranan penting untuk tubuh seperti:

  • Membuang toksin dari darah
  • Mengekalkan keseimbangan air
  • Mengekalkan keseimbangan garam (dan elektrolit lain)
  • Mengekalkan keseimbangan asid dalam badan
  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Penghasilan hormon

Penyakit Buah Pinggang Pada Kucing
Cik Puteh masa kena asma

Bila kidney kucing tidak dapat berfungsi dengan baik atau berlaku kemerosotan fungsi kerja, jadi badan kucing akan diracuni oleh produk metaboliknya sendiri. Bila kidney kucing 67%-70% tidak berfungsi (stage 3 dan 4), barulah tanda klinikal akan kita nampak. Kebiasaannya memang lepas kucing sakit berbulan atau bertahun-tahun baru akan perasan tanda-tanda CKD ni. Jangka hayat kucing sakit buah pinggang ni pun bergantung. Ada yang mampu hidup setahun bahkan hanya sebulan selepas diagnosis.


Tanda-Tanda & Simptom Penyakit Buah Pinggang Kucing

Kegagalan buah pinggang pada kucing biasanya adalah penyakit yang berkaitan dengan usia (kerap pada kucing umur 8 tahun ke atas) dan boleh juga disebabkan kucing memang dilahirkan dengan patologi buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik sebagai kecacatan masa lahir atau penyakit keturunan.

Penyakit Buah Pinggang Pada Kucing
Cik Puteh masa umur setahun

Perkara lain yang menyebabkan penyakit buah pinggang termasuklah gangguan sistem imun, jangkitan dan tekanan darah tinggi. Kondisi-kondisi ini seringkali menyebabkan masalah buah pinggang kronik yang menyebabkan kegagalan buah pinggang. Jika kucing terkena penyakit leukimia, kegagalan buah pinggang akan terjadi lebih cepat dan perkembangan penyakit ni boleh terjadi dalam masa beberapa jam sahaja. Diantara simptom sakit buah pinggang kucing adalah:

  • Pengurangan berat badan secara tiba-tiba
  • Muntah, Cirit birit
  • Dehidrasi dan lesu (Lethargy)
  • Hilang selera makan
  • Lemah, berjalan terhuyung hayang dan tersandung
  • Kerap minum sebab peningkatan dahaga (polydipsia)
  • Kerap kencing (poliuria)
  • Kencing diluar litter box dan tidak normal
  • Bulu tak terurus (Poor coat)
  • Hipertensi (tekanan darah tinggi)
  • Nafas berbau (halitosis)
  • Anemia


Pengalaman Menjaga Kucing CKD (Chronic Kidney Disease)

Mulanya memang tak ada kejanggalan pada Cik Puteh yang lepas beranak. Anak-anak pun dah masuk 4 minggu dan dah buka mata. Balik kerja jam 2 pagi, nampak kat lantai ada air kencing yang banyak, dia duduk lemah, lesu dan tak menyusukan anak. Jadi Kak Bell force feed air dan check puting dia tak ada susu. Memang firasat ada yang tak kena.

Penyakit Buah Pinggang Pada Kucing


Kesesokannnya, 18 Mei, Kak Bell bawa ke Hospital vet dan buat ujian darah. Vet sahkan yang Cik Puteh kena sakit buah pinggang disebabkan kadar creatinine tinggi (bahan urik/urea), sel darah merah kurang dan sel darah putih tinggi. Walau apapun mesti kene rujuk vet sebab Kak Bell memang tak percaya ada rawatan tradisional kucing sakit buah pinggang.

Awalnya tak warded dan diberi ubat sebab vet nak tengok ada perubahan atau tidak lepas diberi ubat dan Kak Bell kena asingkan dia dari anak meow dan terpaksa force feed anak-anak dia. Mencabar jugalah nak bagi botol susu. Makanan kucing sakit buah pinggang ni kena bagi makanan khas untuk renal/buah pinggang seperti Hill's Prescription Diet k/d atau Royal Canin Renal Support. Nak pakai jenama lain pun boleh asalkan khas untuk kidney/renal. Disebabkan vet tak ada stok, Kak Bell cuma beli Recovery Wet Royal Canin. Selepas semalaman dia masih tak ada perubahan jadi Kak Bell warded Cik Puteh di hospital.

Penyakit Buah Pinggang Pada Kucing

Simptom & Pengalaman Menjaga Kucing CKD (Chronic Kidney Disease)

Ujian darah dan ultrasound (scan) dibuat dan confirm Cik Puteh kena CKD kritikal stage 4. Selepas seminggu warded dan selang sehari Kak Bell datang melawat, nampak keadaan Cik Puteh makin ok. Itupun selepas 3 jenis antibiotik di cuba barulah Cik Puteh dah mula makan dan minum. Kak Bell bawa balik rumah lepas seminggu dan kena hari-hari bagi air, sub-cut fluid hari-hari. Disebabkan Kak Bell takut nak cucuk sendiri, jadi setiap hari lah kena bawa ke vet.

Vet beri dua pilihan untuk rawatan iaitu buat tranfusi darah atau suntikan hormon (Eprex 2000 IU) untuk tambah darah Cik Puteh. Kak Bell pilih hormone injection yang perlu dibuat 3 hari berturut-turut, kemudian buat blood test untuk tengok ada peningkatan jumlah darah atau tidak. Kemudian jika ok, kena repeat lagi selepas 2 minggu.


Jika komposisi analisis biokimia darah menunjukkan kandungan creatinine dan urea yang tinggi, ini menunjukkan kegagalan buah pinggang kronik pada kucing. Keputusan ujian akan menunjukkan penurunan ketara dalam bilangan hemoglobin, platelet, count limfosit, tetapi peningkatan dalam jumlah leukosit. Urinalisis akan menunjukkan kehadiran protein, pengurangan ketumpatan isostenuria, dan reaksi akan berasid.

Staging Feline CKD by Serum Creatinine Concentration



Masa cucuk air, memang sedih sangat sebab kadangkala berdarah pada tempat cucuk. Dah la kedua-dua belah kaki dicukur sebab drip air. Memang mengalir air mata tengok keadaan dia. Kak Bell tanya juga agak-agak berapa lama Cik Puteh boleh bertahan. Vet cakap, asalkan dia masih nak makan dan minum Kak Bell kena bagi harapan pada dia. Memang sebak betul masa tu! Ada penjaga yang buat keputusan Put To Sleep (PTS) tapi memang Kak Bell tak akan buat PTS. Kak Bell tetap bagi harapan dan ikhtiar untuk Cik Puteh.

Ubat Penyakit Buah Pinggang Kucing
Ubat-ubatan Cik Puteh

Semasa di rumah memang kena force feed makan, minum air. Makan pun sangatlah sedikit. Kalau masa poo pun sampai masih melekat pada badan dia dengan poo besar kuku jari kelingking je sebab tak makan. Kencing pun Cik Puteh tak boleh kawal dan dia akan kencing luar litter box dan kencing je atas kain atau kertas/tisu. Memang dia tak larat sangat. Jalan pun terhuyung-hayang dan tersandung. Kak Bell memang dah pasrah gila dan bawa dia tidur dalam bilik supaya dekat dengan Kak Bell.


Lepas 3,4 hari kat rumah, keadaan Cik Puteh makin teruk dan Kak Bell gelisah tangok dia. Kadangkala dia semangat nak makan bila bagi isi ayam, tapi makannya sikit sahaja. Esoknya Kak Bell ambil keputusan warded dia semula di hospital supaya keadaan dia lebih stabil. Hari kedua Kak Bell tak melawat sebab kesuntukan masa dan biasa memang akan lawat 2 hari sekali. Pagi hari ketiga, vet maklumkan yang keadaan Cik Puteh memburuk. Dia semakin lemah dan suhu badan turun ke bawah paras normal. Vet letakkan Cik Puteh atas heating pad dan nampak muka, bibir dia pucat. Vet maklumkan suruh Kak Bell datang sebab mungkin Cik Puteh tak dapat bertahan.

Gambar-gambar kenangan Cik Puteh


Simptom & Pengalaman Menjaga Kucing CKD

Simptom & Pengalaman Menjaga Kucing CKD

Penyakit Buah Pinggang Pada Kucing


Masa Kak Bell cari parking ada panggilan masuk jadi ambik masa sekejap. Dalam masa 5 minit je rupanya vet dah SMS yang Cik Puteh dah tiada (passed away) pada jam 12.31PM. Ya Allah gugur jantung rasanya sebab baru je Kak Bell nak tengok dia. Terkilan sungguh tak dapat pegang dia buat kali terakhir. Apa-pun Kak Bell tabah sahajalah. Sedih tu ada tapi air mata ni tak nak mengalir dah. Yang penting Kak Bell dah berusaha sebaik mungkin buat Cik Puteh. Tak sempat sebulan pun Cik Puteh dah pergi. Tak apalah dari dia tersiksa sakit kan. RIP Cik Puteh 6 July 2015-6 June 2021.

Kos Rawatan Untuk Penyakit Buah Pinggang Kucing

Kos rawatan untuk kucing yang sakit buah pinggang ni memang mahal. Jumlah lebih kurang 2 ribu jugalah termasuk 2 hari terakhir Cik Puteh warded. Kalau korang semua di tempat Kak Bell pun pasti akan lakukan benda yang sama kan? Duit kita carilah lagi lepas ni sebab rezeki ada je tuhan bagi. Kucing dah dianggap sebagai ahli keluarga, jadi memang tanggungjawab kitalah untuk berikan yang terbaik kepada mereka.

Kos Rawatan Kucing Sakit Buah Pinggang
1st-day consultation + treatment

Kos Rawatan Kucing Sakit Buah Pinggang
7 hari kos warded + rawatan

Kos Rawatan Kucing Sakit Buah Pinggang

Kos Rawatan Kucing Sakit Buah Pinggang

Kepada anda semua, jika ada yang tak kena pada kucing bawalah ke vet segera dan secepat mungkin. Untuk kes Chronic Kidney Disease (CKD) kalau tahu awal boleh lagi diselamatkan. Susah nak jangka dari awal sebab simptomnya muncul bila dah kritikal. Jadi Kak Bell galakkan korang semua bagi makanan dan diet yang sihat pada kucing sebagai cara mencegah sakit buah pinggang kucing dan langkah penjagaan kesihatan mereka. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, didoakan kebaikan oleh kucing kita dan segala kebaikan kita di balas oleh-Nya.

Ref:
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

20 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Siannya..tak sanggup kte tgk kalo kucing kte sakit kan huhu

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. Muka dia sebijik macam kucen TB yang nama Adik tu.. Apa penyebab yang buat dia kena penyakit buah pinggang ye..

    ReplyDelete
  3. Kesiannnya cik puteh.. Muka dia comel sgt...

    ReplyDelete
  4. Rehat la di sana Cik Puteh. Betul, jika kita sayang kucing... memang kita nak yang terbaik untuk dia. Hati gelisah bila mereka tak sihat. Sedih la baca coretan Bella ni.

    ReplyDelete
  5. comelnya kucing kak bell. sedih betul bila kucing mati. pernah rasa perasaan tu, lani terus taknak bela kucing tak sanggup nak lalui lagi

    ReplyDelete
  6. Semoga bertabah ye sis. Rawlins memang sejenis tak kuat dan tak pasti jika Rawlins ada kekuatan sepertimana Sis menghadapi semua tu. Sis pun kena stay strong and healthy tau

    ReplyDelete
  7. Takziah bell , rasanya faham kenapa Bell tak nangis sebab Bell dah buat yang terbaik untuk Cik Puteh. Maksudnya tak ada penyesalan dah dekat situ. Semoga Cik Puteh menjadi asbab untuk menolong dan menunggu Bell diakhirat sana. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Betul, kalau nampak kucing tak kena cepat-cepat bawak pergi vet. Comelnya kucing tu. Sedih bila kucing dah tak ada kan.

    ReplyDelete
  9. First time tau kucing pun boleh sakit kronik... Mungkin kucing wawa sblm ni de sakit.. Tp dia jarang menonjol kalau sakit.. Kdg dia sembunyi smpi xjumpa..

    ReplyDelete
  10. my #BabySimba pun baru kena ni but berlaku terlalu cepat.. the day i observed ada behavior change, i bawa terus ke klinik, but the next day dia dah pergi buat selama2nya...in 3 days jer.. huhu...

    ReplyDelete
  11. Dari seekor kucing yang comel dan gebu terus jadi kurus kering jer siannya lah kat kucing ni tak apa dia akan masuk syurga nanti teman sis... Jaga lah kucing kita baik-baik ok...

    ReplyDelete
  12. Jujurnya kalau membela kucing ni, satu hal paling takut, kalau kena sakit gini laa.. bukan berkira kos, tapi nak menjaganyaa.. huhuhu harap kucing di rumah ni sihat laa hendaknyaa..

    ReplyDelete
  13. Thanks Bella for sharing this tips and info, i will share with my sis coz she has 2 cats at home.

    ReplyDelete
  14. Kesiannya. Saya pun ada kawan yg pernah jaga kucing CKD. Lama juga la kucing tu bertahan, dalam beberapa bulan, tapi kerap kena pegi klinik la, dlm a few times a week. Serba salah tgk. Nak teruskan rawatan atau patut tidurkan saja sebab taknak dia terseksa terlalu lama.

    ReplyDelete
  15. It will be very helpful for cat parents. Can take care of their sick cats well

    ReplyDelete
  16. Alahaiii siannya... I'm sorry for your loss kak Bell, sedihnya bila kucing mati... Thanks for sharing this, my sis ada bela byk kucing kt umah tu at least post ni bole jadi guide utk dia.

    ReplyDelete
  17. Kucing saya mati haritu sebab lumpuh, tanpa sebab kan penyakit kucing ni. Terus saya sedih nak bela kucing dah.

    ReplyDelete
  18. Tak sampai hati tengok cik puteh sakit. Huwaaaaaa .. sedihnya!
    Kita faham rasa kehilangan tu. Huhuu

    ReplyDelete
  19. Hi Bella, saya sekarang berhadapan dengan masalah yang sama, CKD.
    Doktor telah mengesahkan Sunnyboy mengalami stage 4 CKD. Doktor cakap dia ada 3 bulan sahaja lagi. Umurnya 9+ tahun, male. Sedih tak terhingga. Hari ini Ahad 20.3.2022, keluar wad. Doktor bagi ubat, sekiranya keadaannya deteriorate, doktor suruh saya bawa Sunnyboy ke klinik semula. We will watch him like a hawk. Dia manja, hari2 nak dokong saja. Kami sekeluarga akan pamper dia pada tahap maksimum, di samping berharap dia akan sembuh dan boleh hidup lebih lama. In Sya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi harap semuanya dipermudahkan. Stage 4 dah agak susah. Ada juga kawan saya jaga di rumah kucing CKD. Hari2 kena drip air sendiri. Perubahan drastik sangat masa depa kena CKD. Sedih pula teringat Cik Puteh.

      Delete
Previous Post Next Post