Hi semua! Nampak gayanya tak tahu sampai bila cabaran pandemik Covid-19 ini
akan berakhir. Dengan keadaan kes yang semakin meningkat saban hari, memang
patutlah kerajaan umumkan total lockdown edisi PKP 3.0. Sebenarnya Kak Bell
pun terkesan juga sebab Kak Bell disahkan positif Covid-19. Jadinya memang
duduk kuarantin selama 10 hari yang akan berakhir esok. Alhamdulillah
semuanya baik dan Kak Bell dah sihat.
Disebabkan kuarantin dan juga arahan perintah kawalan pergerakan, semua
urusan Kak Bell buat secara online terutamanya nak order makan! Memang tak
masuk ke dapur langsung untuk memasak, order sahaja dengan hujung jari!
Kebetulan pula tekak ni teringin nak makan jejari kentang enak, Kak Bell
cuba menu hidangan fries dari kentang terbaik Amerika Syarikat atau
ubi kentang USA. Selain dari khasiat dan kebaikan kentang
USA ini, ada pulak
promosi kentang USA 2021 (U.S. Fries Bonanza 2021) dengan aplikasi
Grab Food. Memang minggu ni Kak Bell kenyang makan fries!
Kenapa Kentang A.S (Amerika Syarikat)?
Sajian kentang goreng kebiasaannya adalah menu popular yang sentiasa
dihidangkan di restoren cepat saji di Malaysia. Walaubagaimanapun kentang
goreng USA atau kentang A.S ini mempunyai kelebihan dan
perbezaan dengan kentang goreng lain yang ada di pasaran.
Di antara kelebihan dan kebaikkan kentang USA berbanding kentang
goreng biasa sangat adalah seperti berikut:
- Ubi kentang USA ditanam dalam persekitaran suhu yang ideal dan tanah yang digunakan kaya dengan zat.
- Kemudahan pemprosesan yang canggih dan kepakaran dalam penanaman kentang sejak zaman berzaman dalam penghasilan kentang yang berkualiti tinggi dan terbaik
- Penanaman kentang di USA adalah mengikuti piawaian tinggi selaras dengan spesifikasi USDA dan Food & Drug Administration
Promosi 'U.S. Fries Bonanza 2021' Bermula Dari 1 Jun hingga 30 Jun 2021
Sekarang ini promosi 'U.S Fries Bonanza 2021' (promosi kentang USA
2021) telah bermula dari 1 Jun hingga 30 Jun 2021. Terdapat 13 buah restoran
yang terlibat dalam promosi ini dengan kerjasama aplikasi penghantaran
makanan Grab Food. Jadinya Kak Bell buat tempahan jejari kentang USA dari
restoren Botanica + Co dan NY Burger Co.
Okonomiyaki US Fries
Hand-Cut Chessy US Fries
Walaupun sudah beberapa jam dibiarkan sejuk, kualiti dan rasa kentang USA
ini masih sedap dan tidak lemau seperti kentang goreng biasa. Kak Bell order
Okonomiyaki US Fries dari Botanica+Co Alila Bangsar yang disediakan
bersama dengan sos kebayaki, sos bonito dan house-made mayonnaise. Memang
sedap gile macam rasa sos takoyaki.
Untuk pilihan kentang dari NY Burger Co, Kak Bell memesan
Hand Cut Chessy US Fries. Jejari kentang ini macam biasa dan simple
yang dilimpahi dengan sos keju pekat.
Cara tempahan dalam aplikasi Grab Food mudah sahaja
2) Klik pada paparan iklan U.S. Fries Bonanza Banner (atau anda boleh saya taip USPotato di ruang carian)
3) Pilih senarai restoran pilihan anda untuk memesan menu kentang goreng USA
4) Lengkapkan maklumat pesanan sebelum membuat pembayaran
5) Tunggu penghantaran tiba di depan pintu rumah anda
13 Restoran Mempromosikan 'U.S. Fries Bonanza 2021' Dengan Aplikasi GrabFood
Berikut adalah senarai 13 buah restoren yang terlibat dalam promosi U.S.
Fries Bonanza 2021. Anda boleh buat pesanan delivery atau takeaway dari
restoren tersebut. Boleh semak jenis menu yang terlibat untuk promosi dan
semak juga status restorennya Halal atau Non-Halal.
1) My BurgerLab
● Awesome U.S. Fries (RM5.50)
2) Chili’s
● Homestyle U.S. Fries (RM7.95)
3) Mikey's Pizza
● Truffle U.S. Fries (RM28)
● Cowboys U.S. Fries Chicken/Vegetarian (RM15.50)
● Sesame Seaweed U.S. Fries (RM4.90)
Kentang A.S ini adalah tanpa lemak, tinggi dengan serat dan makanan yang
sesuai untuk diet dan sebagai sumber tenaga. Memang memberi kita rasa
kenyang dengan lebih lama dibandingkan dengan pengambilan makanan rendah
serat.
Buat anda semua yang tak tahu nak makan apa semasa di rumah, boleh lah
cuba jejari kentang US ni sempena dengan promosi 'U.S. Fries Bonanza 2021' dengan aplikasi Grab Food. Duduk dirumah dan pesan sahaja melalui aplikasi Grab Food. Untuk
maklumat lanjut mengenai U.S.Potatoes boleh layari
https://potatoesusa.com/
Family saya memang peminat fries. Nampak menarik pulak tgk US potato ni. Mujur GF area rumah kita ada Carl Jr. Boleh try order ni.
ReplyDeletebae bukan peminat fries tapi tengok semua fries ni sedap2 belaka..
ReplyDeleteBanyaknya ada 13 buah restoran terlibat biar betul hehehe kita dah order kat dua restoran iaitu K Fry dan juga Botanica memang sedap dan lain macam lah Fries meraka menggunakan U.S. Potato kot hehehe..
ReplyDelete13 Restoran. Woww banyak tu. Nanti nak tengok kat grab food. Harap dapat kentang panas-panas dan masih rangup. Hehehe. Telan ailio tengok yang kentang ada cheese tu. 🤤🤤🤤🤤
ReplyDelete13 restoran yg join?? Wowww... Menarik ni.. Bukan senang nk tgok gabungan cmni kan.. Kita pon suka dgn US potato sedap
ReplyDeleteBelum tengok lagi kat GrabFood, agak-agak Johor ada tak ek.. nanti nak tengok..
ReplyDeleteSedapnyaa letak cheese bebanyak tu makan pepanas.. adoiii kecurrr arrr... tapikan kentang US memang lain rasanya banding dengan kentang lain kannn..
Kite dah order yang Bulgogi US tartar tots tu.. sedap weiii. Next time nak try yang lain-lain la sebab bila depa guna kentang AS ni lain maciam sedapnya. Dah la rendah kandungan gula. Memang sesuai la untuk yang tengah diet ni.. hihi
ReplyDeleteOk. Nak cari siap2 untuk lunch nie - apa yang berdekatan dengan Rawlins. Tetiba teringin nak fries gak haha
ReplyDeleteWahh! How to say no kat fries2 ni kan... okay kena order sekarang juga la untuk lunch nanti! This is so yummy..
ReplyDeleteWarghhh .. banyak betul pilihan . Rambang sungguh nak pilih . Serius Sal dah teruja nak order sebab kalau melalui grab memang pantas je . Anak-anak pun memnag jenis sukan makan fries . Nak kalau yang rangup tu , ibu pun tumpang sekaki gak ..hehehe
ReplyDeleteSuka makan fries yang ade cheese tu.. Huishh nak order la.. Nampak sedap semua tu.. Layan makna rangup2.. Banyak tu 13 restoran.. Hah boleh la pilih.. Ehehhe
ReplyDeleteFuhhh puas hati Kak Bell makan tu ye. Ni kalau kami order sat gi sure berebut anak beranak, kena order sorg satu kot hahahaha. Sambil makan layan Netflix, bestnyaaaa *berangan*
ReplyDeletemak aih macam macam menu fries ada..menggoda betul..dah lah tengah puasa ni. jadi lapar pulak hehe
ReplyDelete