McDonald's Malaysia Taja Makanan Untuk Frontliner COVID-19

Dunia kini terpaksa akur dengan ancaman pandemik Covid-19 yang masih merisaukan. Setelah melalui sendiri pengalaman sebagai pesakit Covid-19, ianya memang memeritkan dan memerlukan sokongan dari pelbagai aspek supaya pulih dari jangkitan lebih-lebih lagi dari segi mental. Apa boleh dikatakan, Covid-19 ini memang bahaya terutama kepada golongan berisiko jadi kita perlu sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko dijangkiti.


Masih dalam suasana pandemik COVID-19 yang belum sepenuhnya kondusif mengakibatkan segala kegiatan terpaksa dihadkan dan langkah bantuan dari kerajaan dan pelbagai organisasi dalam membendung penularan Covid-19 memberikan impak positif dalam usaha memerangi pandemik Covid-19. Salah sebuah organisasi yang dimaksudkan adalah pihak McDonald’s Malaysia.


Sebagai salah sebuah organisasi terkemuka di negara kita, McDonald’s Malaysia bukanlah sekadar sebuah rangkaian perkhidmatan makanan popular malah mereka juga turut terkenal dan konsisten dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), McDonald’s Malaysia menghargai petugas barisan hadapan dengan menaja makanan kepada petugas barisan hadapan Covid-19.


Inisiatif McDonald's Malaysia Bantu Petugas Kesihatan

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), McDonald’s Malaysia menghargai petugas barisan hadapan dengan menaja makanan kepada frontliners yang mempertaruhkan nyawa untuk membendung penularan wabak Covid-19. Tajaan makanan dijalankan di lebih 70 buah hospital yang merawat pesakit COVID-19, menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan (frontliners).



Penghantaran makanan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital sebagai salah satu usaha McDonald's Malaysia yang ikut ambil peduli tentang keadaan semasa negara sebagai usaha padu negara bagi memerangi pandemik Covid-19.

Inisiatif terbaru oleh pihak McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara, yang dimulakan syarikat ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu.


"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini, " kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

 



Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahu keberanian diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut.

"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir. Azmir Jaafar juga mengenali pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, dan dapat mengukir senyuman di wajah barisan depan perubatan.

 

Hargai Petugas Barisan Hadapan Covid-19

Selain pesakit Covid-19 yang memerlukan sokongan orang sekeliling untuk terus pulih, frontliner kesihatan juga adalah merupakan aset terpenting dalam memastikan usaha pemutusan rantaian jangkitan ini berjaya. Pengorbanan mereka amat besar dan tidak ternilai harganya kerana mereka bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam membantu pesakit Covid tanpa prejudis akan risiko jangkitan kepada mereka. Lantaran itu, memang wajarlah pihak McDonald’s Malaysia menghargai petugas barisan hadapan dengan menaja makanan kepada frontliners.



Melalui panggilan #KitaBoleh McDonald’s Malaysia ini, diharapkan rakyat Malaysia dapat bersatu padu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa disamping turut sama memberi suntikan moral dan motivasi buat semua pejuang negara. Bagi yang tidak mempunyai urusan penting di luar, sebaik-baiknya kekal duduk di rumah supaya mengurangkan risiko dijangkiti.

Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s Malaysia, sila layari laman Facebook McDonald’s Malaysia melalui www.facebook.com/My.McDonalds/

CONVERSATION

8 comments:

  1. Tahniah mcdonalds malaysia diatas inisiatif ini.. moga dpt diteruskan usaha murni ini.. kepada frontliners, korang adalah wira kami!

    ReplyDelete
  2. Tahniaj mvd melakukan inisiatif macam ni. Semoga dengan bantuan ini meringankan beban mereka

    ReplyDelete
  3. Semoga barisan petugas hadapan kita diberi kesihatan yang baik untuk memberi bantuan kepada pesakit covic dan terima kasih Mc Donald kerana keperihatinan mereka.

    ReplyDelete
  4. Satu usaha yang sangat bagus dari McDonald's. Semoga lebih ramai syarikat ikut jejak langkah McDonald's ni.

    ReplyDelete
  5. Terbaik lah McDonald's. Inisitif yang bagus dalam membantu frontliners dengan menaja makanan. Thank you McD.

    ReplyDelete
  6. Tahniah MCD! Untuk rakyat pulak, jangan lupa daftar vaksin, ini lah cara kita hargai frontliners.

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat McDonald's Malaysia atas inisiatif menghargai pengorbanan dan jasa para frontliners perubatan. Ayuh kita jaga kita.

    ReplyDelete

Back
to top