Selebriti Popular Kongsi Koleksi Kenderaan Peribadi Dalam Roda Panas Astro

Program ‘Roda Panas’ ialah sebuah program infotainment berbentuk majalah terbitan saluran Naura dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. berkaitan tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoranbersama pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang terdiri daripada barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air pada setiap episod.


Selain itu, program ‘Roda Panas’ juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya. Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik penjagaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.


Julung kali diterbitkan, program ‘Roda Panas’ musim pertama bakal dikemudikan oleh pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan ‘Hero Pujaan Malaya’ Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 buah episod dengan susunan tema berbeza pada setiap minggu. Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod ‘supercar’, ‘superbike’, ‘off road vehicle’, modifikasi kereta dan motosikal serta banyak lagi.



Penerbitan musim pertama juga turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan tetamu jemputan yang terdiri daripada selebriti popular seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Awie, Dato’ Rosyam Nor, Pekin Ibrahim, Black Hanifah, Achey, Beto Kusyairy serta Wak Doyok. Manakala personaliti dan usahawan berpengaruh yang turut diundang termasuklah Amirul Rejab, Tinie Sulaiman serta Nabil Rahizad.


TRIVIA MENGENAI PROGRAM ‘RODA PANAS’

1. Penerbitan musim pertama juga turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan tetamu jemputan yang terdiri daripada selebriti popular seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Awie, Dato’ Rosyam Nor, Pekin Ibrahim, Black Hanifah, Achey, Beto Kusyairy serta Wak Doyok. Manakala personaliti dan usahawan berpengaruh yang turut diundang termasuklah Amirul Rejab, Tinie Sulaiman serta Nabil Rahizad.


2. Antara koleksi kenderaan peribadi pilihan tetamu jemputan yang akan ditampilkan menerusi musim pertama ‘Roda Panas’ termasuklah Dato’ AC Mizal (Porche Carrera 996 911 4S), Dato’ Awie (Harley Davidson Rod Glide CVO), Dato’ Rosyam Nor (BMW E36 & Satria Neo R3 Lotus Racing), Pekin Ibrahim (Volkswagen Golf R32 MK5), Black Hanifah (Caravan), Achey & Beto Kusyairy (Yamaha RXZ & Ducati 1198), Wak Doyok (Ford Mustang 5.0L V8), Amirul Rejab (Nissan Skyline GTR R34), Tinie Sulaiman (Nissan GTR R35 & Lamborghini Huracan) dan Nabil Rahizad (Toyota Vellfire Modellista & Evo 8). Klik Sinopsis 10 Episod Roda Panas Astro di bawah untuk gambar**


3. Keseluruhan penggambaran program ‘Roda Panas’ musim pertama mengambil masa selama 10 hari untuk diselesaikan serta turut dijalankan secara berterusan atau ‘back to back’.


4. Aktor Pekin Ibrahim telah memilih kereta peribadi pilihannya untuk dikongsikan bersama para penonton menerusi program ini. Penggambaran untuk episod tersebut telah dijalankan di sebuah litar kereta lumba. Namun pemilihan jenis kereta tersebut rupanya kurang sesuai dengan keadaan lokasi litar lalu menyebabkan ‘coolant’ kereta tersebut pecah.


5. Pelawak Achey telah menunda sendiri motosikal kesayangannya untuk dibawa ke lokasi penggambaran yang bertempat di Litar Antarabangsa Sepang. Beliau turut berkongsi tips penjagaan yang diamalkan bagi memastikan motosikal tersebut sentiasa kekal dalam keadaan baik dan ‘tip top’.


6. Hos program Remy Ishak turut menunggang sendiri motosikal berkuasa besar ke setiap lokasi penggambaran yang menampilkan Dato’Awie selaku tetamu jemputan.


7. Satu-satunya tetamu jemputan wanita yang diundang untuk musim pertama, pengasas kosmetik Tinie Sulaiman telah memilih koleksi kereta mewah peribadi yang dimilikinya iaitu untuk ditampilkan dalam program ini. Kedua-dua kereta tersebut telah ‘didatangkan’ khas dari Kelantan ke lokasi penggambaran yang bertempat di Kuala Lumpur.


8. Pelakon Beto Kusyairy turut membuat permintaan untuk menunggang motosikal kepunyaan Achey kerana ia dapat mengimbau nostalgia pada zaman mudanya.

Program ‘Roda Panas’ akan berdurasi selama 30 minit dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9.30 malam mulai 12 April 2021 secara eksklusif di saluran Naura (109) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Ikuti 10 EPISODIC BREAKDOWN RODA PANAS

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top