Ikuti Sinopsis 10 Episod Roda Panas Astro

Episod pertama ‘Roda Panas’ musim pertama mula ditayangkan hari ini dengan artis jemputan Dato AC Mizal. Rancangan ini dihoskan oleh pelakon terkenal Remy Ishak sepanjang 10 buah episod dengan susunan tema berbeza pada setiap minggu. Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod ‘supercar’, ‘superbike’, ‘off road vehicle’, modifikasi kereta dan motosikal serta banyak lagi.


Berikut adalah EPISODIC BREAKDOWN untuk rancangan Roda Panas musim pertama.


Episode 1 (12th April 2021)
Guest: Dato AC Mizal

Synopsis : Episod pertama Roda Panas bersama dengan Dato AC Mizal dan kereta kesayangan beliau, Porche Carrera 996 911 4S. tema Chemoflauge menjadi pilihan Dato AC untuk kereta beliau dan pernah memandu mencecah 300km/j dengan 320 horsepower.


Episode 2 (19th April 2021)
Guest : Wak Doyok

Synopsis : Modifikasi luaran dan penjagaan dalaman kereta sangat dititikberatkan oleh Wak Doyok. Ford Mustang 5.0L V8 sangat menarik perhatian sesiapa yang memandang, nampak garang dan kemas. Dimodifikasi kepada model GT500 (Shelby) dan juga horse power 745 daripada standard 600hp. Dalaman yang bertemakan hitam dan meraj serta dihiasi dengan carbon fibre.



Episode 3 (26th April 2021)
Guest: Dato Awie

Synopsis : Harley Davidson Road Glide CVO menjadi pilihan Dato Awie dalam Roda Panas. Spesifikasi enjin 1923cc dan mempunyai 2 silinder enjin. Walaupun tidak banyak yang dimodifikasi, akan tetapi Dato Awie banyak berkongsi tentang tips dan penjagaan untuk model Harley Davidson, sesuai bagi mereka yang ingin bersantai untuk perjalanan jarak jauh.



Episode 4 (3rd May 2021)
Guest : Amirul Rejab

Synopsis : Nissan Skyline GTR R34 merupakan generasi akhir yang membawa nama Skyline dalam keluarga GTR. Amiru Rejab merupakan seorang usahawan kedai cuci kereta melaburkan sehingga hampir RM300,000.00 untuk modifikasi kereta ini. Nampak gah dengan warna biru yang dicampur khas dengan kod warna pilihan menjadikan kereta ini dapat memikat pandangan. Lampu hadapan sahaja sudah mencecah RM15,000.00, bagaimana pula dengan aksesori yang lain?



Episode 5 (10th May 2021)
Guest: Pekin Ibrahim

Synopsis : Volkswagen Golf R32 MK5, adalah kereta yang dimiliki oleh Pekin Ibrahim dan kereta ini juga sangat limited kerana tidak lebih kurang 10 buah sahaja di Malaysia. Deruman enjin sahaja sudah garang, apatah lagi dengan performance kereta ini. Pekin sangat peka dengan modifikasi sistem dan enjin kerana baginya, untuk modified sesebuah kenderaan perlu ada pengetahuan supaya kereta tidak akan diubah melebihi kemampuan.




Episode 6 (17th May 2021)
Guest: Black Hanifah

Synopsis : Bercuti sambil memandu kenderaan? Kereta bergerak atau dikenali sebagai Caravan yang mempunyai katil, tandas, dapur, meja makan, lengkap seperti sebuah rumah. Kapasiti penumpang sekitar 8 orang dan kereta ini juga mempunyai 2 bateri untuk support kereta dan juga sistem yang lain. Memperuntukkan lebih kurang RM25,000.00 untuk modifikasi supaya lebih selesa membawa keluarga bercuti. Jangan terkejut kerana Caravan ini juga mempunyai sebuah generator 240W.


Episode 7 (24th May 2021)
Guest : Tinie Sulaiman

Synopsis : Lamborghini Huracan dan Nissan GTR R35 dimiliki oleh seorang pengasas kosmetik, Tinie Sulaiman. GTR R35 adalah sebuah kereta 4WD On Demand ATESSA-ETS dan horsepower 545. Manakala Lamborghini Huracan yang bernilai RM1.6 juta ini mempunyai enjin 5.2L V10 FSNA dan berkelajuan 610 horsepower. Terdapat 3 mod pemanduan utama iaitu Mod Road/Street, Mod Sport dan Mod Corsa. Spoiler yang menjadi pilihan pemilik untuk modifikasi ialah spoiler carbon yang bernilai RM20,000.00.



Episode 8 (31st May 2021)
Guest : Achey & Beto Kusyairy

Synopsis : Walaupun keluaran Yama RXZ sudah berakhir tetapi permintaan pada motor ini tetap tinggi malah harganya juga mencecah lebih kurang harga sebuah superbike. Achey dan Beto Kusyairy bersama host review tentang kedua-dua model ini yang mempunyai keistimewaan dan spesifikasi masing-masing.



Episode 9 (7th June 2021)
Guest: Nabil Rahizad

Synopsis : Family car, Toyota Vellfire Modellista dan performance car, Evo 8 yang menjadi highlight dalam episod ini. Toyota Vellfire yang dimodifikasi daripada model 2016 kepada model 2018 Modellista memperuntukkan belanja puluhan ratus ribu ringgit termasuklah modified magic air suspension membolehkan kereta dikawal turun dan naik suspension menggunakan remote dan rim yang digunakan adalah rim Maverick.



Episode 10 (14th June 2021)
Guest: Dato Rosyam Nor

Synopsis : Dato Rosyam Nor, nampak garang tetapi beliau adalah seorang yang sangat menjaga kereta. Sebagai bukti BMW E36 beliau walaupun merupakan model tahun 1995 tetapi masih lagi berkilau dan enjin juga berfungsi dengan baik. Dalam episod ini juga beliau berkongsi keretanya model Satria Neo R3 Lotus yang hanya dikeluarkan 25 unit sahaja dia Malaysia.



Program ‘Roda Panas’ akan berdurasi selama 30 minit dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9.30 malam mulai 12 April 2021 secara eksklusif di saluran Naura (109) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top