Cendolah Minuman Cendol Sedia Minum Yang Pertama Di Malaysia

Siapa peminat minuman cendol? Cendol ni dah kira macam pencuci mulut nasional seperti nasi lemak yang menjadi menjadi hidangan kebangsaan Malaysia. Umum kita tahu ramuan cendol ini terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan Gula Melaka sebagai bahan asas. Selain itu, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, jagung dan bahkan durian bergantung kepada selera masing-masing.


Baru-baru ini sebuah syarikat tempatan berasaskan makanan dan minuman, Asia Innovative F&B Sdn Bhd, tampil dengan pelancaran produk baharu khusus untuk penggemar pencuci mulut cendol iaitu 'Cendolah'. Cendolah merupakan minuman cendol sedia diminum pertama (ready-to-drink) di Malaysia telah dilancarkan di Shangri La KL pada 7 April 2021 yang lalu.


Cendol Sebagai Pencuci Mulut Kebangsaan Malaysia

Dipilih sebagai antara 50 pencuci mulut terbaik dunia oleh CNN, cendol menempah tempat istimewa di hati dan selera rakyat Malaysia yang kerap mencari warung dan penjual di tepi jalan. Boleh dikatakan cendol adalah salah satu dari pencuci mulut popular dan layak dikategorikan sebagai pencuci mulut kebangsaan Malaysia.


Cendolah, dengan rasa cendol yang menyegarkan diperkenalkan buat pertama kalinya dalam bentuk minuman sedia diminum dibuat menggunakan bahan-bahan utama seperti sirap karamel santan, kacang merah dan jeli tepung beras hijau.


Pengasas Asia Innovative F&B Sdn Bhd, En. Vathumalaai Sooratanam atau En. Malai, telah mengabdikan masa lebih 30 tahun dalam bidang inovasi makanan, menganalisa, meneliti dan mencari kaedah inovatif bagi menjadikan makanan dan minuman tempatan serta pencuci mulut kegemaran mendapat akses mudah di pasaran global.


"Idea di sebalik Cendolah adalah untuk menjadikan cendol sebagai minuman yang mudah dicapai, iaitu dengan mendapatkannya di atas rak pamer jual. Pengaplikasian teknologi makanan dan inovasi membolehkan kami mereplika rasa cendol asli dan justeru itu saya yakin bahawa Cendolah, pasti akan membawa anda kepada pengalaman kali terakhir mengunjungi penjual cendol di kawasan kejiranan tempatan," kata Malai.


Cendolah Mempunyai Jangka Hayat Simpanan 2 Tahun

Cendolah mepunyai jangka hayat guna selama dua tahun Resipi Cendolah dikembangkan menggunakan kandungan gula yang seimbang, karbohidrat dan protein yang bertepatan sekaligus menjadi minuman kegemaran tempatan yang lebih sihat. Santan tidak digunakan sama sekali dalam produk ini kerana mudah rosak dan kajian lanjut diperlukan jika santan boleh digunakan dalam produk Cendolah.



Berucap di majlis pelancaran tersebut, Malai juga mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi lain atas sokongan padu yang mereka berikan kepadanya untukmengembangkan produk Cendolah. Sebagai sebuah syarikat perusahaan kecil sederhana (PKS) dengan cita-cita untuk menerajui produk tempatan ke peringkat antarabangsa, impian Cendolah hanya dapat dicapai dengansokongan padu pelbagai agensi kerajaan termasuk MARDI, MATRADE, SMECorp, SIRIM, HDC,JAKIM, dan banyak lagi.


Pihak mereka juga amat berbesar hati dengan kolaborasi bersama rakan kongsi ternama seperti Tateyama Japan Food Industries, yang mana kepakarannya terhadap produk membantu dalam konseptualisasi dan pengeluaran produk Cendolah.

"Kami amat berbangga kerana produk Cendolah diiktiraf dengan pensijilan Halal, HACCP dan MeSTI. Impian besar kami adalah untuk meneraju produk buatan tempatan ini di pasaran global, dan kami telahpun mula mencorak langkah ke arah tersebut, " tambahnya.


Dengan harga runcit serendah RM4.90 sepaket, Cendolah kini boleh dibeli secara dalam talian melalui Shopee dan juga di rangkaian pasar raya terkemuka, Mydin. Syarikat Asia Innovative F&B Sdn Bhd juga sedang giat mempelbagaikan saluran pengedaran produk Cendolah menerusi kolaborasi bersama beberapa rangkaian pasar raya, kedaiserbaneka dan peruncit terkemuka di tanah air. Selain itu, mereka juga bakal mengeluarkan produk seumpamanya seperti cendol pulut, cendol jagung dan cendol durian.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Cendolah, sila layari www.cendolah.com.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top