Platform Getbats Lagi Best Dari SHOPBACK? OctaPLus?

Hi semua! Kak Bell harap semuanya dalam keadaan baik dan sihat hendaknya. Pejam celik, pejam celik rupanya sudah setahun kita menghadapai hidup dalam norma baharu kerana wabak pendemik Covid-19. Gaya hidup dan rutin seharian juga banyak yang berubah. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak COVID-19 telah menyaksikan peralihan trend pengguna dan tabiat membeli-belah baharu dikalangan rakyat Malaysia menerusi pembelanjaan online e-dagang. Lebih baik kurangkan risiko dan membeli-belah secara online sahaja.


Setiap orang yang berbelanja pasti mahukan pulangan wang terhadap perbelanjaan yang dibuat. Kalau boleh memang akan cari barang dengan harga paling murah dan berbaloi. Rasanya buat kaki online shopping pasti tidak asing dengan platform 'rebet tunai' atau 'cashback' kan?. Ya, membeli-belah atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan secara online, kemudian dapatkan pulangan tunai setiap kali berbelanja. Biasalah, siapa saja yang nak rugi kan!


Sekarang ini memang terdapat banyak aplikasi atau platform yang menawarkan cashback dan seumpanya. Diantara platform cashback popular yang ada di Malaysia seperti SHOPBACK, OctaPLuS dan rebate Mango atau Milkadeal Cashback di Singapura. Kali ini Kak Bell nak kongsikan tentang satu lagi aplikasi rebat nombor #1 di Malaysia iaitu Getbats. Pernah dengar tentang Getbats, #1 rebates platform? Adakah Getbats 'terlebih bagus' berbanding SHOPBACK atau OctaPLus? Jom teruskan pembacaan anda.


Dapatkan Pulangan Tunai Setiap Kali Membeli-Belah Dengan Aplikasi Getbats

Getbats merupakan di antara 3 platform online shopping terbaik dan juga diantara 3 platform rebat tunai terbaik yang ada di Malaysia. Getbats ni mula dilancarkan pada 9 November 2019 dan kini menjadi salah satu platform rebat tunai yang semakin diterima ramai di Malaysia. Melalui platform Getbats, peniaga (merchant) dan pengguna kedua-duanya akan dapat pulangan rebat tunai setiap kali membeli-belah dengan aplikasi Getbats.

In-store Merchants

Online store Merchants

Apabila anda membuat sebarang pembelian atas talian dengan mana-mana syarikat yang berdaftar dengan Getbats, rebat tunai akan diberikan berdasarkan peratusan yang telah dipersetujui. Selain pembelian atas talian, rebat juga boleh diperolehi melalui pembelian offline. Menarik kan?

Anda boleh menempah bilik hotel, membeli pakaian ataupun buku, merancang perjalanan, membeli makanan dan bermacam-macam lagi kerana terdapat lebih 1000 gedung dan servis atas talian yang berdaftar dengan mereka. Antaranya ialah Lazada, Zalora, Shopee, PizzaHut, Russell Taylor, Nestle, Agoda, ezbuy, PGMall, dacsee, MAS, Air Asia,Huawei, HP, Sephora, Nike, Adidas, KLOOK, Kinokuniya dan lain-lain lagi. Malah, senarai syarikat ini bertambah saban hari.


Aplikasi Getbats Lagi Best Dari SHOPBACK? OctaPLus?

Sistem rebat melalui Getbats membolehkan pembeli atau peniaga dalam talian menerima rebat tunai menerusi aplikasi melalui pembelian online atau offline dan juga menerusi program affiliate melalui pengenalan referral link kepada pengguna lain.


Platform rebat tunai paling pintar di Malaysia ini memang berbeza jika dibandingkankan dengan paltform rebat tunai yang sedia ada. Terdapat 5 perbezaan bagi platform Getbats berbanding platform lain yang sedia ada iaitu:
  • Shopping platform secara online + pembelian fizikal (offline)
  • Proses pengesahan pendek 1-30 hari
  • Tiada tarikh luput, tiada had maksima untuk rebat tunai
  • Kaedah pembayaran rebat melalui e-wallet
  • Tempoh withdrawal cepat 3-5 hari bekerja


Jika dibandingkan dengan platform cashback lain, Getbats turut memberikan rebat tunai buat pengguna melalui pembelian offline. Tidak kira bila anda membuat perbelanjaan online atau offline, kedua-dua cara akan diberikan pulangan rebat. Selain itu tempoh pengesahan rebat hanya mengambil masa maksimum 30 hari berbanding platform lain yang mengambil masa sehingga 120 hari! Tempoh masa untuk withdrawal pun cepat hanya dalam masa kurang seminggu (3-5 hari bekerja) berbanding platform lain yang mengambil masa 7-14 hari bekerja.

Dari ciri-ciri tadi, memang nampak perbezaan yang platform Getbats lagi best dan memudahkan pengguna. Mungkin untuk kaedah pembayaran kebanyakkan pengguna lebih sukakan kaedah pembayaran terus ke dalam akaun bank berbanding e-wallet tetapi ianya masih praktikal. Pada Kak Bell menarik juga kaedah pembayaran dibuat secara e-wallet, lebih mudah dan cepat. Buat masa ini pembayaran rebat boleh ditebus ke aplikasi Boost dan masih dalam proses bagi aplikasi Grab dan TouchnGo.


Dapat bonus register MYR0.68 sen

Pengguna paltform Getbats juga akan ditawarkan dengan pelbagai promosi terbaru yang akan pop-up semasa login di aplikasi. Selain itu juga ada Touch To Surprise dan Lucky Draw. Anda hanya perlu sentiasa semak di aplikasi setiap hari untuk dapatkan sebarang tawaran dan promosi istimewa dari merchant yang terlibat.


Tawaran promosi dikemaskini setiap hari

Jika ada pertanyaan atau ada isu teknikal, di platform Getbats ada robot 24/7 AI Customer Service nama Wink-Wink. Kalau nak chat dengan Live Agent hanya pada hari Isnin-Jumaat, 9AM ke 6PM sahaja. Semua data yang dimasukkan untuk bantuan adalah dibawah akta Personal Data Protection Act 2010 (PDPA), jadi tak perlu risau.


Tiada Had Dan Tiada Tarikh Luput Bagi Jumlah Rebat Tunai

Salah satu perbezaan yang paling menarik pada Getbats berbanding aplikasi lain seperti Shopback atau OctaPlus, tiada tarikh luput untuk nilai rebat tunai yang telah dikumpul. Memang agak melecehkan kalau ada tarikh luput seperti kebanyakkan aplikasi. Kalau Kak Bell memang sentiasa sahaja segala points atau rebat hangus sebab tak pakai. Iyalah kadangkala sampai lupa nak semak berapa banyak dah kumpul rebat point, tahu-tahu je dah sampai tarikh luput.

Jadi, pengguna Getbats boleh kumpul sebanyak mana jumlah rebat tanpa had dan boleh withdraw bila-bila masa sahaja ikut kehendak masing-masing.


Medium pembayaran (payment gateway) untuk platform Getbats juga adalah pelbagai. Pengguna boleh membuat transaksi melalui internet banking (FPX), easy payment plan, pembayaran melalui kad debit/kad kredit dan juga E-wallet.

 Payment Gateway Partners

Perkenalkan Kepada Rakan Dan Perolehi Lebih Ganjaran

Selain memperolehi rebat dari pembelian yang dibuat, pengguna juga akan dapat lebih ganjaran melalui referral link sekiranya anda berjaya merujuk rakan anda untuk turut menggunakan Getbats. Malah, anda juga akan menerima wang bonus permulaan kerana mendaftar dan terima rebat jika rakan atau ahli keluarga membuat pembelian melalui Getbats!


Kak Bell pun dah mula muat turun aplikasi Getbats serta dah bersedia nak kumpulkan rebat tunai. Baru sahaja register dah dapat welcome cashback sebanyak MYR0.68 sen. Siapa nak bagi kan?

KLIK sini untuk REGISTER

Pada Kak Bell tak rugi pun bila anda semua gunakan aplikasi Getbats ni. Dah alang-alang shopping online, buka sahaja Getbats dan confirm dapat ganjaran balik. Nanti korang boleh browse pada aplikasi untuk semak merchant mana yang ada di bahagian online store atau in store. Nak lebih untung, semak peniaga yang sedang buat tawaran rebat pulangan paling tinggi.

Getbats boleh dilayari samada melalui komputer peribadi ataupun telefon pintar dan available untuk muat turun di GooglePlay. Jadi apalagi, jom muat turun aplikasi GETBATS dan dapatkan rebat tunai secara online mahupun offline!

Maklumat lanjut, sila layari:
GETBATS website
Facebook GETBATS
IG GETBATS

CONVERSATION

18 comments:

  1. Sekarang ni selagi boleh jimat kita jimat kan Bell?. Best la sebab tiada had dan tiada tarikh luput untuk Getbats ni. Nak dapat lebih kita promote kat kawan pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tu beza dia dgn apps lain sebab tak ada expiry date.

      Delete
  2. Dah dua kali baca pasal Getbats ni tapi serius masih tak faham sangat. Dah tua ni memang kurang pikap sikit otak. Mungkin kena cuba sendiri dulu baru boleh nampak cara berfungsi dan apa kebaikkan yang pengguna akan dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mc Shopback je. Cuma bezanya tiada expiry date dan masa proses yang lebih cepat.

      Delete
  3. semalam nampak maha promote! bagus ya platform ni sebab dia mampu cater jenama lain. so boleh la gunakan platform ni pulak kan sis

    ReplyDelete
  4. oo apps camni memang bagusss banyak cashback. berbaloi2 guna apps getback

    ReplyDelete
  5. iena tak pernah dengar lagi tentang platform getbats ni lagi..first time tau kewujudannya..
    program online rebate yg iena tau and guna shopback je..

    ReplyDelete
  6. Getbats...1st time dengar. Dok ulang baca sebab nak faham dan hadam. Part cashback tu setuju sangat. Banyak sangat platform gini sekarang tapi sebagai pengguna kita kena bijak memilih mana yang berbaloi. Nanti Sal usyar lanjut .. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini offline shopping pun boleh dpt cashback.

      Delete
  7. Menarik aplikasi no. Nanti boleh cuba. Suka bila ada cashback

    ReplyDelete
  8. Menarik juga ye Getbat app ni.. since memang hantu shopping, why not kan since boleh dapatkan cashback.. (Y)

    ReplyDelete
  9. Sebelum ni memang pakai shopback tu haaa..anak laa rajin guna, ni bila baca, ermmm lagu best ekkk.. nak try laa download dan guna..

    ReplyDelete
  10. Ohh cashback camni sama konsep je ngan semua kan kak belle. Cuma aplikasi yang mana collab ngan GetBat la kan. Saya sekarang shopping ngan Shopee. Tak pernah redeem cashback. Nanti nak try ngan GetBat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau Getbats boleh dpt cashback dr onlin e shopping, offline shopping dan juga referral link.

      Delete
  11. Sis pasti ker best dari yang ada hehehehe tapi kita dah daftar bila dengar pasal program jana pendapatan ini hehehe cepat jer kan wakakakakak tengah tunggu first cash back nak dapat ni..

    ReplyDelete

Back
to top