Hi semua! Tak lama dah bulan puasa nak menjengah. Kemudian kesekejapan saja
dah nak raya. Untuk hidangan raya mestilah kena ada ketupat rendang bagai
barulah meriah. Tahun lepas masa wabak Covid-19 muncul memang sedihlah tak
dapat balik beraya. Kak Bell dengan kawan opis buatlah masakan raya
sikit-sikit sebab masih bekerja. Harap tahun ini dapatlah kita semua balik
beraya bersama keluarga kan.
Kalau untuk rendang biasanya Kak Bell selalu sediakan rendang ayam dan
jarang buat rendang daging.
Rendang ayam masak cili api hijau atau
rendang ayam gula melaka
kedua-duanya Kak Bell suka. Untuk resepi rendang daging pun ada pelbagai
seperti resepi rendang daging utara, resepi rendang daging tanpa kerisik,
rendang Tok
atau rendang Minang, rendang daging berkuah atau kering. Terpulang ikut
kesukaan masing-masing. Asalkan cukup bahan, ada santan dan kerisik jadilah
masakan rendang.
Cara Memasak Rendang Daging Kerisik Sedap
Resepi Rendang Daging Kerisik Sedap yang Kak Bell kongsikan ini tak
menggunakan kunyit atau jintan. Kalau nak dapatkaan rendang yang sedap kena
gunakan bawang yang banyak dan santan segar. Kak Bell lebih suka rendang
yang sedikit berkuah berbanding rendang yang kering. Tapi kalau nak berkuah,
cuma tambahkan saja sedikit air. Jom lihat macammana cara nak memasak
rendang daging kerisik yang sedap.
Bahan A
1 kg daging
1-2 paket kerisik
1 kiub pati ayam
1 mangkuk asam jawa
4 helai limau purut
2 helai daun kunyit
1 kg santan
Garam, gula, perasa
Bahan B (blend/kisar)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah/kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 sudu besar biji ketumbar
4 batang serai **potong halus
Sedikit ikan bilis
Sedikit air
Bahan C (blend/kisar)
1 genggam cili kering **dah direbus
2 sudu minyak masak
Cara memasak:
1) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan B hingga naik bau.
2) Masukkan bahan C dan tumis hingga naik/pecah minyak.
4) Kemudian, masukkan daging dan kacau hingga air kuah pekat dan sedikit kering.
5) Tambah sedikit gula, garam dan perasa, biarkan mereneh sebentar.
6) Masukkan daun limau purut.
7) Tambahkan santan dan teruskan kacau.
9) Masukkan kerisik dan masak hingga daging empuk.
TIPS!
- Pastikan minyak yang digunakan sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis, supaya bahan bahan tumis cukup masak
- Untuk daging, tengok arah selari urat dan potong arah yang bertentangan (potong arah lawan urat).
- Gunakan api sederhana ketika memasak rendang
Siap! Bolehlah anda semua cuba nanti resipi rendang daging kerisik yang
sedap dan mudah untuk Hari Raya Aidilfitri mahupun untuk Aidil Adha.
Selamat memasak!
Daging rendang ni nak masak renyah sikit kan sebab nak menunggu tu. Tapi....kalau masak ni memang best la makan dengan lemang atau ketupat.
ReplyDeleteFav betul masak rendang. Kerisik tu boleh dikatakan saya suka guna utk masak kari juga. Kak Belle ni nak dekat Ramadan. Rasa terbau-bau rendang ni. Nanti nak merendang ayam pencen lah. Aiyooo nafsu. Hahaha.
ReplyDeletesedapnyaaa, baru dok teringin nak masak rendang. boleh try resepi rendang kak bell nanti.
ReplyDeleteSedap rendang daging, kak pun rajin masak rendang daging, nti blh try cara bella plk
ReplyDeleteWauu rendang. Saya ni cuma makan rendang dengan lemang je. Memang takkan makan dengan nasi heheh
ReplyDeleteYa Rabbi terasa-rasa rendang daging ko Bell oii.. Sis kalau buat pun letak kerisik gak.. kalau tak letak rasa tak lengkap dan sedap plak..
ReplyDeleteDah start merendang ye sis. Nanti kalau nak order boleh ke? Rawlins memang fail pasal juadah Raya nie.
ReplyDeleteThank you sooo much kak bell share resipi ni. Memang suka daging masak rendang yang macam ni. Boleh masak sendiri nanti
ReplyDeleteWahhh, boleh try ni.. nanti Nell share result dia following this recipe ye <3 <3 <3 memang hantu makan bila comes to rendang ni... one of my favorite.. hehe
ReplyDeleteTq Bella , senang jer nih nanti nak beli daging dan buat, Sebab dah nak kena standby buat lauk sahur , rasa lauk macam ni mesti boleh buat banyak then bekukan. Nak makan defrost balik dan panaskan sekejap jer kan.
ReplyDeleteAdudu sedapnya dah la makanan kegemaran kita rendang! Tengok pula resepi ni time tengah ganti puasa, lagi terliur! Thanks kak ruby share resepi dengan kami hee
ReplyDeleteAduyai.. Sedapnya tengok! Terus rasa lapar. Membayangkan lemang, nasi impit. Kecur air liur. Huhuu
ReplyDeleteAlahaiiii lapar la plak.. kte pun kalo masak rendang mesti nak letak ketumbar byk dan kerisik wajib ye..hebe
ReplyDeletefuh awal yer kak bell dah merendang...hehe. terliur di buatnya.. dan tak sabar pulak nak raya tahun ni. hope dapat balik kampung.. Amin...
ReplyDelete