JACK n JILL CREAM-O Berkerjasama Dengan Universiti Teknologi MARA Dalam Projek 'Komuniti O-SOME' - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal JACK n JILL CREAM-O Berkerjasama Dengan Universiti Teknologi MARA Dalam Projek 'Komuniti O-SOME'

Trending

JACK n JILL CREAM-O Berkerjasama Dengan Universiti Teknologi MARA Dalam Projek 'Komuniti O-SOME'

Siapa yang tak kenal dengan jenama JACK 'n JILL Cream-O, sebuah jenama biskut sandwich Malaysia. JACK 'n JILL Cream-O akan melancarkan satu inisiatif murni dan menceriakan masyarakat dengan rasa ‘O-some’ melalui kempen 'JACK ‘n JILL Cream-O Sama-Sama O-some’. Untuk kempen ini, Cream-O akan bergabung tenaga bersama institut pengajian awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi melaksanakan satu program jangkauan masyarakat mengujakan yang dinamakan ‘Projek Komuniti O-some’.


Diilhamkan melalui etos jenama ini iaitu 'menjadikan sehari O-some', Jack ‘n Jill Cream-O akan memberi sokongan padunya kepada kempen ‘JACK ‘n JILL Sama-Sama O-some’ yang akan memaparkan satu peraduan hebat dengan ganjaran wang tunai bernilai RM10,000 sebagai rebutan.


Kempen 'JACK ‘n JILL Cream-O Sama-Sama O-some’ Projek Komuniti Yang Membantu Masyarakat

Sambil menikmati biskut sandwich Cream-O kegemaran, rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat secara langsung boleh melibatkan diri dalam kempen ini. Para peserta bukan sahaja berpeluang meraih hadiah yang disediakan, malah pada masa yang sama menyumbang kepada ‘Dana Projek Komuniti O-some’, iaitu tabung yang akan dimanfaatkan untuk tujuan perancangan, pengkonsepan dan pelaksanaan projek komuniti tersebut, yang akan diselia oleh seorang mentor daripada UITM.


JACK ‘n JILL Cream-O menginspirasi orang ramai supaya 'jadikan hari anda O-some'. Kempen ini dijalankan bukan sahaja untuk membolehkan para pengguna menikmati produk mereka, malah berpeluang meraih hadiah tunai yang O-some dan pada masa yang sama berkongsikan rasa ‘O-some’ bersama masyarakat. Universiti Teknologi MARA dipilih untuk berkolaborasi dalam projek ini kerana JACK ‘n JILL Cream-O begitu kagum dengan kesan dan impak yang diperolehi melalui program jangkauan masyarakat yang telah mereka kendalikan untuk komuniti di Malaysia. Kerja-kerja ‘Projek Komuniti O-some’ akan bermula pada 16 April dan dijangka selesai pada Mei 2021.


Menangi Peraduan Cream-O Sama-Sama O-some Sambil Menyumbang Dana

Selain penganjuran Peraduan Cream-O Sama-Sama O-some, peserta juga akan turut menyumbang kepada ‘Dana Projek Komuniti O-some’ dimana 10 mata daripada setiap penyertaan yang layak akan disalurkan kepada ‘Dana Projek Komuniti O-some’. Peraduan ini telah bermula pada 1 Mac 2021 – 15 April 2021.


Nak sertai pertandingan ini mudah sahaja. Cuma WhatsApp, Menang dan Jadikan Komuniti O-some dengan 2 langkah mudah berikut:

Langkah 1: Beli JACK ‘n JILL Cream-O dan/atau Magic bernilai RM5 dalam satu resit. Simpan resit tersebut.
Langkah 2: WhatsApp <Nama>, <No. MyKad>, gambar resit, dan jawab soalan dan hantar ke +6011 5500 1878

Soalan: Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% terdapat dalam 4 variasi – Ya/Tidak?

**10 mata daripada setiap penyertaan yang layak akan disalurkan kepada ‘Dana Projek Komuniti O-some’


Berikut merupakan hadiah wang tunai O-some yang ditawarkan buat pemenang.


Hadiah Utama : RM1200 x 1
Hadiah Kedua : RM800 x 2
Hadiah Ketiga : RM200 x 36

Jom sertai Peraduan Cream-O Sama-Sama O-some. Mana tahu berpeluang menang hadiah! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman facebook Cream-O Malaysia https://www.facebook.com/creamomalaysia/
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post