Hi semua. Kali ini sis nak ulas tentang sebuah filem mystery thriller
Amerika bertajuk Run (2020). Filem arahan Aneesh Chaganty ini dibintangi
oleh SARAH PAULSON sebagai pelakon utama dan muka baru KIERA ALLEN.
Sepatutnya filem ini ditayangkan pada awal tahun lepas tetapi ditunda
penayangannya sebab pandemik. Sekarang filem ni sudah ditayangkan di
pawagam-pawagam terpilih.
Penulis: Aneesh Chaganty, Sev Ohanian
Pelakon: Sarah Paulson, Kiera Allen, Sara Sohn
Sarah Paulson (Diane Sherman), Kiera Allen (Chloe Sherman), Sara Sohn (Nurse Kammy), Pat Healy(Mailman Tom), Erik Athavale (Doctor).
Genre: Mystery And Thriller
Release Date (Streaming): Nov 20, 2020
Production Co: Lionsgate
Sinopsis Filem Run (2020)
Filem ni mengisahkn Diane Sherman (lakonan Sarah Paulson) seorang ibu
tunggal yang melahirkn seorang bayi perempuan pramatang diberi nama Chloe
Sherman. Kondisi Chloe ni memang lemah dengan bermacam-macam penyakit dan
hanya duduk di atas kerusi roda. Chloe ni mempunyai jantung yang lemah,
mengidap Arrythmia, Hemochromatosis, Diabetes, Asma dan Paralisis yang
membuatnya Chloe kena bergantung pada kursi roda sebab tidak boleh berjalan
dan dunia dia adalah rumahnya sahaja. Jadi Diane memang jaga rapi si Chloe
disebabkan keadaan dia.
Diane membesarkan Chloe seorang diri dan mengawal ketat semua aktiviti yang
dilakukan Chloe. Setiap hari Chloe ni perlu makan bermacam-macam jenis ubat
sehinggalah Chloe secara tidak sengaja terjumpa preskripsi ubat yang dia
ambil selama ini di bawah label nama mak dia. Dari situ Chloe mula
mencurigai maknya sendiri dan cuba menyiasat ubat apa sebenarnya yang mak
dia bagi setiap hari. Chloe akhirnya memutuskan untuk melarikan diri dengan
kerusi roda dia dan apa sebenarnya disembunyikan oleh Diane Sherman sebagai
ibu?
Sebenarnya filem ni tidak menampilkan ramai para pelakon. Lokasi untuk
cerita ini pun hanya dalam rumah, farmasi dan panggung wayang. Filem ini
memfokuskan kepada hubungan ibu dengan anak perempuan, hubungan yang saling
berkegantungan antara ibu dengan anak.
Dari awal filem, memang kita akan dapat rasa intense dari awal sampailah
akhir. Lakonan Sarah Paulson memang tip top even Kiera Allen pun lakonannya
meletop. Kiera Allen ni kalau korang nak tahu dia memang seorang akress yang
kurang upaya dan menggunakan kerusi roda. Sejak 2014 Kiera pakai kerusi roda
dan menjadi aktress kedua OKU yang berlakon dalam filem suspen/thriller
selepas Susan Peters pada 1948.
Ada beberapa scene yang agak susah dilakukan oleh seorang 'OKU', dilakonkan
dengan cemerlang oleh Kiera. Banyak scene yang boleh buat kita sebagai
penonton tak senang duduk, salah satunya babak Chloe secara sembunyi pergi
farmasi check ubat apa yang mak dia bagi selama ni. Suprisingly
pembantu farmasi tu cakap itu adalah ubat untuk anjing, so apa motif mak
Chloe bg anak dia ubat untuk anjing, banyak persoalan kenapa seorang ibu
sanggup buat macam tu. Filem ini memang sangat plot twist! Kalau
korang suka cerita yang ada plot twist, memang wajib tonton filem ni.
Sis bagi 9/10 bintang!
Kredit- Misha Majid
Serius Rawlins sakit hati dengan mak dia bila menonton filem ini. Sampai hati dia perlakukan 'anak' dia sedemikian kan.
ReplyDeleteWah tingginya rating Bell bagi. Selalu kalau cerita kat tempat yang sama je + pelakon tak ramai, selalu sis kurang gemar menonton sebab macam bosan. Ni rating tinggi ni kena menonton ni. Dah kenapa bagi ubat anjing???
ReplyDeletenampak macam boring tapi bila kak bell bagi markah tinggi tu namanya macam best, so kite patut tengoklah nanti kan? tq share nanti kite tgok tau
ReplyDeleteOh! Sounds quite interesting to watch. So long don't watch any movie.
ReplyDeleteYes, saya dah tengok movie ni haritu. Memang best dan mencemaskan. Baru tau yang pelakon tu memang OKU.
ReplyDeleteSuka cerita plot twist. Kenapa la mak dia buat dia gitu. Nak kena tengok ni
ReplyDeleteWow tinggi juga rating ye! Even dengan few filming location jer tapi msg yang cuba disampaikan boleh disampaikan dengan baik oleh pelakon, memang terbaik ah filem ni... 👍
ReplyDeleteCerita dia nampak menarikla bella. Nanti nak tontonla... Suka genre mcm ni
ReplyDeleteWow.. Teruja nak tonton! Cammm best jer. Mak dia kenapa kejam sangat? Eh eh.. Kena tonton gak ni
ReplyDeleteBest cte camni sis..memang kte suke genre cte camni
ReplyDeleteCite ni tengok dengan anak Sis masa tu..a duiii jiwa geram betull nengok.. kalau jenis Mak mcmtu tu, aku tembak bagi mampos hahahaha
ReplyDelete