Cuba Martabak Manis KL Di Martabak Bang! Kg Sungai Penchala

Hi semua! Minggu lepas Kak Bell menyinggah makan di area Kg Sungai Penchala. Disebabkan kurang berselera nak makan nasi jadi Kak Bell hanya memesan Mi Goreng Hitam. Sebenarnya menu popular di restoren tersebut adalah Char Kuey Teow. Sebab dah selalu makan jadi kita cubalah menu yang lain. Selain menu Char Kuey Teow, ada juga menu nasi goreng yang sumpamanya, nasi kukus dan martabak manis.


Disebabkan pertama kali nampak martabak manis di KL, jadi Kak Bell order. Sebelum ni hanya pernah rasa masa berkunjung ke Lombok, Indonesia. Masa tu Trip Ke Lombok pada tahun 2016. Ingat-ingat lupa bagaimana rasa martabak manis ni so kita cuba martabak manis Martabak Bang! Kg Sungai Penchala.


Perbedaan Terang Bulan, Martabak Manis Dan Apam Balik

Kalau di Malaysia kuih ni lebih dikenali sebagai apam balik tetapi di Sabah biasanya panggil kuih ni dengan nama Kuih Terang Bulan. Teringat masa zaman dulu, kalau nak minum petang mesti pergi beli apam balik yang nipis dan ranggup. Apam balik ni dimasak menggunakan dapur khas yang mempunyai satu atau enam kuali untuk memasak.


Tidak ada perbedaan di antara Terang Bulan atau Martabak Manis cuma cara penyebutan sahaja yang berbeza mengikut tempat di Indonesia. Bentuk serta rasanya pun sama cuma datang dengan beberapa pilihan rasa seperti rasa coklat ,keju, pandan oreo dan lain-lain. Kalau di Malaysia, apam balik nipis tu cuma ada kacang tabur, jagung tin dan ditabur gula pasir sahaja.


Kalau di Bandung lebih dikenali sebagai Kue Bandung atau terang bulan, di Lombok pun dipanggil terang bulan. Cuma di Jakarta, kuih ini dipanggil Martabak Manis, sementara itu di Pontianak, makanan ini disebut dengan apam pinang. Kue bandung, terang bulan atau martabak manis adalah satu jenis makanan yang sama, nama sahaja yang berbeza.


Martabak Bang! Kg Sungai Penchala

Terdapat banyak jenis dan perisa martabak manis di Martabak Bang!. Antaranya Nutella Cheese (Small-RM15/Large-RM19), Double Cheese (Small-RM12/Large-RM15), Choco Cheese (Small-RM10/Large-RM13), Ovomaltine Cheese (Small-RM20/Large-RM24), Red Velvet Cream Cheese Oreo (Small-RM20/Large-RM25), Toblerone Cheese (Small-RM16/Large-RM21) dan lain-lain. Ada 3 saiz iaitu small, regular dan premium platter dengan 6 jenis topping (Rm35).



Toblerone Cheese




Nutella Cheese




Pada Kak Bell rasanya ok cuma tidak semanis terang bulan yang pernah Kak Bell rasa masa di Lombok haritu. Masa pertama kali cuba Terang Bulan Holland tu memang tak berapa suka sebab terlalu manis dan muak. 


Jika dibandingkan dengan Martabak Bang!, mungkin rasa terang bulan Holland tu lebih authentic. Mungkin Kak Bell tak berapa suka apam balik tebal agaknya. Apa-pun korang bolehlah cuba rasa mungkin korang suka. Boleh cuba di outlet Murtabak Bang! seperti berikut:

1. Waroeng Batavia Kota Damansara
2. Warong Che Senah Kampung Baru KL
3. Prinze Corner Seksyen 7 Shah Alam
4. Selera Spectrum Bandar Sunway
5. Uptown Puchong
6. Bangi Square
7. Kota Bharu Kelantan
8. Chetz Chillax Cyberjaya
9. Prima Damansara
10. Kampung Sungai Penchala

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top