Cuba Hidangan Kebab Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI

Semenjak kunjungan pertama kali ke Turkish Cafe Istanbul, TTDI, Kak Bell dah masuk 5 kali makan di sana. Dalam banyak-banyak restoran makanan Turki di Kuala Lumpur, restoren Turkish Cafe Istanbul ni ajelah yang paling dekat dengan office. Jadi kalau malas keluar makan jauh-jauh, memang makan di sini sahajalah.


Selain menu yang sedap dan memuaskan, layanan terhadap pelanggan dan suasana kafe memang sis suka. Hinggakan pemilik kedai pun dah kenal dan tak putus-putus ucapkan terima kasih sebab beri sokongan kepada kedai mereka. Kalau datang tapau 'take away', sesambil tunggu makanan siap, dijamunya teh panas percuma. Bagus betul restoren Turkish Cafe Istanbul ni.


Jika tengok buku daftar menu Turkish Cafe Istanbul ni memang ada banyak menu menggiurkan yang hendak dicuba. Tapi, bila datang je sini Kak Bell masih tak boleh move on dengan Chicken Mandy atau Lamb Mandy dia! Mesti order punya walaupun plan asal nak cuba makanan lain. 


Sebelum ni Kak Bell sudah cuba beberapa menu dan kali ini Kak Bell tambah order cuba hidangan kebab pula. Anda semua boleh baca entri sebelum ini di sini > Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe. Tamak haloba betul nafsu makan Kak Bell ya.


Menu Kebab Turkish Cafe Istanbul

Kebab hidangan yang terdiri dari potongan daging atau daging kisar/cincang (ground meat) bersama dengan bawang dan sayur-sayuran sebagai bahan tambahan. Jenis dan bahan yang digunakan juga pelbagai mengikut resepi tradisi kebab tersebut. Biasanya kebab disajikan dengan menu nasi atau roti. Terdapat jenis kebab yang dimasak di atas lidi di atas api (skewer) dan ada juga yang dimasak dan dihidangkan di atas pan sebagai stew.


Terdapat lebih dari 12 jenis menu kebab di Turkish Cafe Istanbul. Diantaranya Spicy Adana Kebab (Ayam RM20.90/ Kambing RM25.90), Mixed Kebabs Platter (RM69), Bayti Kebab (RM29.90), Doner Kebab/Shawarma (RM19.90/RM17.90), Ottoman Kebab (RM34.90) dan banyak lagi. Asalnya Kak Bell nak order Ottoman Kebab tapi tak ada, jadi kami order Istanbul Kebab Ayam (RM21.90) dan Iskender Kebab Kambing (RM29.90).


Iskender Kebab Kambing

Iskender kebap adalah salah satu hidangan terkenal di barat laut Turki, terutamanya di Istanbul dan Bursa yang merupakan tempat asal hidangan ini. Nama "Iskender" bermaksud Alexander dalam bahasa Turki, dan dinamakan sempena pengasasnya yang yang berasal dari Bursa di abad ke-19 iaitu Iskender Efendi (1867).


Iskender Kebab dibuat dengan memotong potongan kebab döner (kebab panggang) ke bahagian lebih kecil dan disajikan dengan keju, potongan tomato, cili dan juga krim yogurt.


Istanbul Kebab Ayam

Untuk Istanbul Kebab pula hidangan ini adalah kebab yang dibakar dalam oven dan dihidangkan dengan jejari kentang, potongan kentang bersama sos tomato dan keju di atasnya.


Kedua-dua jenis kebab ni memang sangat sedap. Keduanya Kak Bell suka. Bagi yang tidak menggemari yogurt yang sedikit masam, bolehlah cuba Istanbul Kebab Ayam atau jenis kebab yang lain. So memang Kak Bell akan sentiasa berkunjung lagi makan di sini. Memang tak mengecewakan semua menu hidangan di Turkish Cafe Istanbul.

Turkish Cafe Istanbul
LG-08 Glo Damansara
No, 699, Jalan Damansara,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top