Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Lugar De La Boda Puchong

Hi semua! Kurang 2 minggu sahaja lagi bulan Ramadhan akan tiba. Tahun lalu semua aktiviti berbuka puasa atau iftar diluar tidak dapat dilaksanakan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda. Nampaknya tahun ini kita semua berpeluang sekali lagi merasai sambutan Ramadhan dengan mematuhi SOP yang disyaratkan.


Kalau anda sedang mencari tempat makan best dengan harga berpatutan untuk berbuka puasa, apa kata anda bersama keluarga dan rakan-rakan berbuka puasa di Lugar De La Boda @Puchong. Anda semua boleh menikmati juadah Bufet Ramadhan Murah Di Bawah RM100 di sini dan bolehlah masukkan Lugar De La Boda dalam senarai tempat iftar murah untuk buffet Ramadhan tahun 2021. Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh buffet ramadan selangor, Lugar De La Boda @Puchong kali ini? Jom baca lebih lanjut.


60 Jenis Hidangan Bufet Ramadan 2021 Di Lugar De La Boda Puchong

Untuk pengetahuan anda, Lugar De La Boda merupakan sebuah dewan perkahwinan yang diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Bufet Ramadhan tahun ini, mereka menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 stall dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.



Untuk menu utama, Lugar De La Boda @Puchong menghidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Daging Masak Hitam, Ikan Goreng Cili Padi, Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas, Kupang Goreng Pedas, Lala Halia, Sambal Sotong, Sambal Kerang, Sayur Goreng Campur dan Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang. 







Selain itu, anda bakal menikmati Nasi Beriani yang dihidangkan bersama Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs), Daging Masak Beriani, Daging Masak Hitam, Dalca Sayur, Pajeri Nenas dan Acar Buah. Memang menggiurkan sungguh semua lauk-pauknya.


Seterusnya, terdapat 10 stall yang anda WAJIB cuba sebab semuanya menarik dan sedap! Diantara menu yang disajikan di 10 gerai makanan tersebut seperti Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce, Roti John Adik Manis, Char Kuew Tiaw Abang Tanjung, Dim Sum Cheng Ho, Noodle Station, Air Balang Pasar Malam, ABC Mountain dan Ais Krim Corner. Hidangan lain lain di gerai tersebut termasuklah Kambing Grill Sos Lemon, Char Kuey Tiaw, Tepanyaki, Roti John, ABC, Dim Sum dan banyak lagi.





Tidak lengkap selepas menikmati menu utama jika tanpa pencuci mulut. Disini juga terdapat banyak pencuci mulut yang disediakan diantaranya Kuih-Muih Melayu, Pelbagai Perisa Jelly, Seri Muka, Pelbagai Perisa Dadih, Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly, kek, koktail dan buah buahan tempatan. Untuk pilihan bubur, akan dihidangkan 2 jenis bubur setiap hari seperti padanan Bubur Jagung + Sagu, Pengat Pisang dan Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam. Pasti semua menu pencuci mulut ini bakal melengkapkan menu berbuka puasa anda nanti.


Harga Bufet Ramadan Termurah Di Bawah RM100

Seperti yang dimaklumkan, Harga Bufet Ramadan 2021 Di Lugar De La Boda @Puchong adalah di antara yang terendah dan termurah di negeri Selangor. Ya, hanya di bawah RM100!


Bufet Ramadhan 2021 di Lugar De La Boda @Puchong akan bermula sepanjang bulan Ramadhan 2021 iaitu dari 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Dewasa (Seorang) - RM79
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59

Bagi anda yang ingin membuat tempahan secara pukal untuk majlis berbuka puasa, Lugar De La Boda turut menawarkan harga untuk satu meja (8 pax) dengan harga istimewa RM632.




Nak harga lebih murah? Mestilah ada. Anda boleh dapatkan voucher buffet ramadhan di Lugar De La Boda dengan harga istimewa berikut sebelum 12 April 2021. Dapatkan promosi Early Bird Offer dengan harga berikut :

Dewasa (Seorang) - RM59
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30
1 Meja (8 Pax) - RM450

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Selangor Di Lugar De La Boda, boleh rujuk link di bawah.

Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong, Selangor.
Lugar De La Boda [WAZE]

Tempahan dan pertanyaan: https://linktr.ee/buffetramadhanselangor
Website: https://www.hananagroup.com/iftar-lugar/
IG: https://www.instagram.com/buffetramadhanselangor2021
FB: https://www.facebook.com/buffetramadhanselangor2021


#ramadhan2021 #buffetramadhanselangor #buffetramadhanpuchong #buffetmurah #buffet #buffetramadhanpuchong2021 #buffetramadhanexclusive #iftarramadhan #buffetpuchong #berbukapuasa #buffet2021 #buffetramadhanpuchongmurah #bukapuasa #buffettermurah #buffetmurahpuchong #buffetramadhanhanan #buffetramadhan2021

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top