Resepi Pengat/Serawa Labu Paling Mudah

Hi semua! Entri ni sambungan dari Resepi Labu Goreng Crispy semalam. Kak Bell dah bahagikan sebahagian labu tu untuk dibuat pengat atau serawa. Mulanya confuse juga nak panggil pengat atau serawa. Rasanya kedua-duanya adalah menu yang sama, cuma panggilannya berbeza mengikut tepat. Kalau Kak Bell salah boleh lah betulkan. Komen sahaja di bahagian komen sebagai perkongsian ilmu.


Kalau tak salah serawa adalah panggilan orang Utara, dan dari tempat lain memanggilnya pengat atau bubur sahaja. Cara memasaknya memang sangatlah mudah dan menggunakan beberapa bahan sahaja seperti gula pasir, gula merah, air dan santan sebagai bahan utama. Ada juga yang menambahkan sagu atau jagung sebagai padanan untuk masakan pengat labu.


Untuk cara memasak, ada yang menyediakan semua bahan termasuk santan dan kemudian masukkan labu tetapi Kak Bell masukkan santan kemudian setelah labu masak dan lembut, baru santan dimasukkan. Pengat labu Kak Bell ni memang tak dirancang pun nak buat. Tak ada tambah sagu dan paling loser nya daun pandan pun tak ada. Walau apapun, still menjadi pengatnya!

Bahan-bahan
1/2 biji labu *saiz kecil
1/3 santan kotak *boleh adjust kuantiti
1 helai daun pandan
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula melaka/merah
Air secukupnya
Sedikit garam


Cara penyediaan:
1) Kupas kulit labu dan bersihkan.
2) Masukkan gula pasir, gula merah, daun pandan dan air dalam periuk. Didih sampai bahan larut.
3) Masukkan labu dan biarkan labu lembut.


4) Masukkan santan, sedikit garam dan kacau supaya santan tak berketul.
5) Sedia dihidangkan.



TIPS!
  • Tutup periuk dan masak di atas api perlahan sehingga labu agak empuk atau lembut.
  • Jangan terlalu lembut kerana labu akan mudah hancur.
  • Anggarkan semua bahan termasuk garam secukupnya supaya ada rasa lemak-lemak sedap.
  • Boleh kurang atau tambah kuantiti gula ikut tahap kemanisan yang disukai.

Kalau pengat, Kak Bell suka sedikit manis. Tapi janganlah manis sampai potong kaki. Ikut preference masing-masing untuk tahap kemanisan sebab dah pakai gula pasir, gula melaka lagi memang dah manis bebenor dah nanti. Resepi pengat ni pun sekejap aje pun dah siap, didhkan bahan-bahan, kemudian labu, santan, siap! Esok-esok Kak Bell buat pengat yang lawo sikit kejadiannya dengan sagu dan daun pandan ya. Yang ini sebab dah lapar, menjadik ajelah ikut apa yang ada. Kucing kat rumah ni pun sibuk nak makan labu. Zaman dulu sekor pun tak nak jamah kalau bagi labu+ayam. Nantilah mama ko buatkan lepas ni. Hehe. Selamat mencuba!

CONVERSATION

1 comments:

  1. Ya ampun sedapnya nampak bell. Selalunya serawa durian kan. Boleh try nih hehehe

    ReplyDelete

Back
to top