12 Tempat Menarik Kuala Selangor Untuk Perjalanan 2 Hari 1 Malam - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 12 Tempat Menarik Kuala Selangor Untuk Perjalanan 2 Hari 1 Malam

Trending

12 Tempat Menarik Kuala Selangor Untuk Perjalanan 2 Hari 1 Malam

12 Tempat Menarik Kuala Selangor Untuk Perjalanan 2 Hari 1 Malam | Kuala Selangor merupakan destinasi menarik yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk penggemar alam semula jadi dan budaya. Kuala Selangor terdapat pelbagai tarikan untuk dinikmati semua, dari berjalan melalui taman alam dan melihat kelip-kelip sehingga merasai masakan tempatan yang lazat. Jadi, mari menerokai pelbagai destinasi yang indah di Selangor!

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,

TARIKAN PELANCONGAN
Tidak dinafikan bahawa Kuala Selangor terdapat pelbagai hidden gem yang tidak diketahui oleh penduduk Selangor. Dikelilingi dengan destinasi pelancongan yang instagrammable untuk dikunjungi dan pelbagai aktiviti untuk dilakukan, Kuala Selangor ialah tempat yang ideal untuk percutian anda! Jom terokai keindahan Kuala Selangor melalui pelbagai aktiviti tempatan yang menyeronokkan!

1. Husin Fauzi Farm
Terletak di pertengahan Kuala Selangor, Husin Fauzi Farm ialah sebuah ladang yang mempunyai sebanyak 40 jenis haiwan yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk anda sekeluarga. Ladang ini mempunyai zoo haiwan peliharaan dimana pelawat boleh berinteraksi dengan pelbagai binatang seperti kuda, lembu, kambing dan Arnab. Kanak-kanak juga boleh menunggang kuda dan merasai keseronokan memberi makanan kepada haiwan.

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,

Selain itu, tempat ini juga menawarkan sukan memanah sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Husin Fauzi Farm ialah destinasi menarik untuk keluarga yang mencari pengalaman yang menyeronokkan dan interaktif.


2. Taman Alam Kuala Selangor
Taman alam ini merupakan rumah kepada pelbagai jenis flora dan fauna termasuk spesies burung dan rama-rama yang jarang ditemui. Terdapat sebanyak 156 spesies burung disini dimana 57 daripadanya merupakan burung migrasi yang berhijrah dari Siberia dan Russia.

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,

Waktu paling sesuai untuk berkunjung ke tempat ini ialah pada bulan September hingga April dimana taman ini menjadi pusat migrasi burung jadi pengunjung boleh merancang lawatan mereka pada bulan-bulan ini. Antara spesies burung yang terdapat di sini adalah bangau, burung bakau, raja udang dan helang bahu hitam, manakala burung migrasi terdiri daripada purple heron, great eagle, tiger shrike, arctic shrike dan banyak lagi! Pengunjung juga disyorkan untuk membawa teropong untuk memerhati burung!

Dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari, pengunjung boleh berjalan santai di sepanjang laluan dan menikmati suasana yang tenang.


3. Kelip-Kelip Kampung Kuantan
Tarikan popular ini wajib dikunjungi bagi mereka yang berminat untuk melihat kelip-kelip yang berhabitat di paya bakau Kuala Selangor. Kelip-kelip disini merupakan spesies pteroptyx tener dan ianya mengeluarkan kerlipan cahaya dengan serentak pada kadar 3 kerlipan sesaat.

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,

Pekerja disini akan menyediakan perahu tradisional dan dayung bagi mengelakkan pencemaran bunyi yang boleh mengganggu habitat kelip-kelip. Bermula dari pukul 7.30 malam hingga 10.30 malam setiap hari, pengunjung boleh menaiki bot sepanjang paya dan saksikan kerlipan cahaya yang indah daripada kelip-kelip!

4. Laluan Seni Pekan Lama
Laluan Seni Pekan Lama adalah laluan seni dan budaya yang terletak di Pekan Lama, yang merupakan sebuah bandar di Kuala Selangor. Laluan ini dipenuhi dengan 15 jenis seni mural berasaskan warisan di dinding bangunan lama, dan lengkap dengan batu bata yang berwarna-warni sebagai tapak pejalan kaki. 

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,

Terdapat beberapa karya seni yang menarik seperti Bunga Artistik oleh artis; Izwan Rahimi, Fendi Rosli, dan Andi Syafie; serta Lombong Bijih Timah oleh CO2 Mural. Beberapa artis dengan latar belakang berbeza seperti Fendigua, Husna Helmee dan Loque turut menyumbang kepada penghasilan mural yang unik dan indah di laluan ini. Laluan ini sangat sesuai untuk gambar Instagram dan OOTD anda!


5. Masjid Raja Lumu
Masjid Raja Lumu merupakan sebuah lagi mercu tanda di Kuala Selangor yang dibina di atas tapak bekas Masjid Lama Kuala Selangor. Masjid ini telah dirasmikan sebagai Masjid Diraja ke-9 di Selangor. Ianya terletak di kaki Bukit Melawati dan terkenal dengan seni bina yang indah dan moden dengan kubah tembaga, gerbang yang cantik serta tingkap kaca berwarna. Nama masjid ini dipilih sempena nama Raja Selangor pertama yang lebih dikenali sebagai Sultan Salehuddin Shah. Masjid ini terletak berhampiran dengan Kelip-Kelip Kg Kuantan dan Bukit Melawati yang menjadikannya tambahan sesuai pada jadual pelancongan anda!

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,

6. Sasaran Art Beach
Sasaran Art Beach merupakan sebuah galeri yang terletak di perkampungan nelayan di Kuala Selangor bernama Kampung Sasaran. Galeri ini menyatukan komuniti seni tempatan melalui pelbagai pameran seni dan bengkel, sama ada dalam negara atau luar seperti Bengkel Seni Seramik Antarabangsa Sasaran dan Pameran Residensi Artis Sasaran 2019. Ianya dianjurkan oleh Sasaran Art Association dimana mereka memberi peluang kepada artis untuk menampilkan bakat kesenian mereka, dengan line-up untuk projek mural terkini melibatkan Bibichun, Sliz, Ng Kim Heoh dan Jason Teo Jia Hao.

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,


GASTRONOMI
Setelah meluangkan seharian melawati tarikan pelancongan, tiada yang lebih baik daripada menikmati makanan yang sedap dan memuaskan untuk mengisi perut kosong. Kuala Selangor mempunyai pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa yang ditawarkan, jadi pastikan anda mencuba pelbagai menu yang berbeza daripada pilihan restoran ini.

7. Kinnaree Thai Restaurant
Kinnaree Thai Restaurant ialah restoran pork-free­ di Kuala Selangor yang menyediakan hidangan Thai dan terletak berdekatan dengan Sungai Selangor. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis hidangan termasuk pilihan kegemaran Thai tradisional dan vegetarian. Restoran ini juga mempunyai akuarium untuk menyimpan ikan segar yang ditangkap!

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,


8. Warung Ibu Nasi Ambeng
Tahukah anda bahawa Nasi Ambeng merupakan makanan warisan Selangor? Jika anda terigin untuk menikmati keaslian Nasi Ambeng, anda boleh dapatkan di Warung Ibu Nasi Ambeng. Warung ini terkenal dengan sajian nasi ambeng, iaitu masakan Jawa tradisional. Nasi ambeng ialah hidangan yang terdiri daripada nasi, ayam, mee goreng, tempe dan tauhu, dan kesemuanya dibuat dengan resipi berbeza bagi memvariasikan hidangan sampingannya. Hidangan ini sangatlah popular dan disukai ramai, terutamanya bagi masyarakat Indonesia dan Malaysia.

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,

9. TK Coconut Farm Ville
Terletak di Tanjung Karang, ladang yang berkonsepkan food court ini menawarkan pelbagai makanan berasaskan kelapa seperti coconut shake, jeli kelapa, dan ais krim kelapa. Ladang ini juga mempunyai gerai-gerai yang menawarkan pilihan makanan panas dan makanan ringan untuk dipilih. Ladang ini adalah tempat yang sesuai bagi anda untuk berehat dan makan selepas mengunjungi tarikan pelancongan Kuala Selangor.

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,


10. Warung Ketupat Kampung Permatang
Warung ini adalah tempat sarapan yang menarik serta menyajikan hidangan tradisional Melayu yang lazat iaitu ketupat, kebiasaannya dimakan pada Hari Raya Aidilfitri. Hidangan ini sesuai dimakan dengan rendang, kuah lodeh atau kuah kacang. Disamping itu, mereka juga menyajikan hidangan popular tempatan yang disukai ramai, iaitu Sate! Warung ini akan mengingatkan anda kepada pagi Aidilfitri!

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,

11. Auntie Foo Cafe
Dengan menu kopitiam pork-free yang klasik seperti roti bakar kaya, sandwich telur dan kopi, Auntie Foo Café ialah satu lagi port sarapan yang menarik di daerah ini. Selain itu, kafe ini juga menjual pelbagai cenderamata dari Kuala Selangor, termasuk poskad. Pelanggan juga boleh mendapatkan trip pelancongan peribadi yang tersedia di sekitar Kuala Selangor.

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,


PENGINAPAN
Lengkapkan perjalanan dua hari anda di Kuala Selangor dengan pilihan penginapan unik dan sesuai dengan pelbagai bajet. Pilihan ini terletak di lokasi yang berhampiran dengan tarikan menarik yang disenaraikan di atas, bagi memastikan anda menemui tempat ideal untuk berehat dan bersantai semasa lawatan anda.

12. Hotel Le Shore
Dengan hanya 15-minit perjalanan ke Sky Mirror, Hotel Le Shore terletak di jeti memancing yang berusia seratus tahun di Sungai Selangor. Nikmati pemandangan matahari terbenam yang indah saat anda tidur di bilik-bilik hotel yang dihias moden. Tetamu juga dapat menjamu selera dengan makanan laut yang segar dan lazat di restoran hotel. Alami gaya hidup seperti di kampung di hotel Pasir Penambang ini.

tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan,

Jika anda merancang untuk pergi ke Kuala Selangor, pastikan anda masukkan tempat-tempat menarik ini dalam jadual pelancongan anda dan alami segala keindahan yang terdapat di daerah ini. Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor.

resort menarik di kuala selangor, tempat menarik di selangor yang percuma, tempat menarik untuk dating di selangor, tempat menarik near me, tempat menarik selangor kl putrajaya, tempat menarik di selangor untuk family day, tempat menarik di kuala selangor dan sekinchan, tempat menarik di selangor untuk photoshoot,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post