Resepi Labu Goreng Crispy Mudah

Hi semua. Untuk PKP kali ini Kak Bell tak ada beli banyak stok. Cuma beli sayur labu, kobis cina, mi basah dan bahan-bahan penting macam bawang dan gula sahaja. Sengaja Kak Bell beli labu ingatkan nak buat masak lemak tapi boring la pulak sebab menu sama aje. Lagipun bukanlah penggemar tegar sayur labu but makanlah sekali-sekala.


Kak Bell beli saiz kecil sahaja dan dibahagikan 2 untuk buat goreng dan sebahagian lagi nak buat serawa labu. Sebenarnya Kak Bell tak pernah buat menu ni dan ini kali pertama Kak Bell cuba sebab mudah. Kalau payah memang lambat la lagi Kak Bell nak cuba.

Labu tu dibuang kulitnya dan dihiris nipis-nipis supaya cepat masak. Tapi janganlah terlalu nipis pula. Cara mudah nak buangkan bijinya, adalah menggunakan sudu. Pakai pisau payah. Sediakan semua bahan dalam mangkuk, bancuh dan bolehlah goreng sampai habis.


Bahan A
1/2 biji labu manis kuning
Air secukupnya
Minyak

Bahan B
Tepung beras
Tepung gandum
Tepung serbaguna/KFC
1 sudu teh baking powder/soda bikarbonat
Sedikit serbuk kunyit
Garam


Cara membuatnya:
1) Buangkan kulit labu dan hiris nipis labu.


2) Masukkan kesemua bahan B dalam mangkuk dengan kuantiti bersesuaian.


3) Masukkan air biasa dan kacau sebati (sederhana pekat).

4) Masukkan labu dalam bekas adunan dan gaul rata.


5) Panaskan minyak dan goreng labu hingga masak kekuningan.



TIPS!
  • Buangkan biji labu menggunakan sudu (lebih mudah)
  • Hiris nipis labu dan tak perlu direbus dahulu

Labu goreng Kak Bell ni dia nampak gelap sikit sebab Kak Bell gunakan tepung serbaguna pedas. Kalau tak guna pun ok, jadi nanti labu goreng tu cantik berwarna kuning keemasan gitu. Not bad juga rasa labu goreng ni ya. Lembut macam makan ubi keledek. Oklah nak pergi buat Serawa Labu pula. Bye.

CONVERSATION

2 comments:

  1. kite suka labu.. nanti nak try la :)

    ReplyDelete
  2. I tak makan labu tp bila tgk labu goreng nih mcm best plak sbb tak pernah i nampak labu goreng sebelum nih.

    ReplyDelete

Back
to top