Resepi Bayam Brazil Goreng Udang Kering

Hi semua. Harini hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Untuk PKP 2.0, 5 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan akan kembali kepada sekatan ketat kerajaan bagi menangani Covid-19 yang telah memuncak semula. Bukan main bilangan jangkitan meningkat mendadak berbanding pada awal PKP haritu.


Kak Bell kebetulan dah mula bercuti selama 7 hari, jadi memang seboleh-bolehnya nak duduk di rumah sahajalah. Kalau betul-betul ada keperluan barulah keluar rumah. Semalam Kak Bell tak memasak, cuma order makanan Vietnam dari Rasa Viet. Petang tu, sempatlah kemas pasu bunga, tanam semula pokok sayur yang mana patut.


Masa sebelum PKP April haritu ada Kak Bell bawa balik ke KL sayur bayam brazil. Di rumah mak berpasu-pasu mak Kak Bell tanam, gemuk-gemuk daunnya. Masalahnya Kak Bell tak menjaganya betul, daunnya dah tak gemuk, nasib baiklah tak mati. Bayam Brazil ni tanaman yang paling famous masa PKP haritu sebab mudah ditanam, sangat mudah hidup dan membiak.

Bayam Brazil masa mula-mula tanam. Gemuk-gemuk daunnya.

Bahan-bahannya

Lepas petik, tanam semula batangnya sebab hanya daun sahaja yang diambil buat makan. Batangnya tak sesuai dimakan. Tak adalah banyak mana, jadilah buat makan seorang. Banyak je resepi yang boleh dibuat dengan sayur bayam Brazil ni. Nak makan sebagai ulam pun boleh. Jadi harini Kak Bell masuk ke dapur dan buat menu simple Bayam Brazil Goreng Udang Kering.

Untuk resepi ni Kak Bell tak gunakan belacan. Mana yang suka, boleh sahaja guna belacan dan gantikan udang kering dengan ikan bilis.


Bahan A
1 bekas bayam Brazil
2 biji cili padi merah
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak masak
Garam/perasa

Bahan B (kisar/tumbuk kasar)
3 sudu udang kering
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara memasak:
1) Tumbuk atau kisar bahan B. Kak Bell gunakan manual chopper.


2) Panaskan sedikit minyak, tumis bahan B hingga naik bau dan masak garing.

3) Masukkan sos tiram, serbuk perasa dan garam (jika suka) kacau rata.


4) Tambahkan sedikit air, biarkan mendidih.
5) Masukkan sayur bayam Brazil dan kacau sebentar sahaja.


6) Tutupkan api dan sedia dihidang.


TIPS!

  • Hanya blend kasar bahan B. Boleh blend tanpa udang kering dan masukkan kemudian
  • Tambahkan cili padi, lada merah jika nak lebih pedas
  • Boleh tambahkan belacan
  • Boleh gantikan udang kering dengan ikan bilis
  • Masak sekejap sahaja perlu lama-lama takut nanti sayur terlebih layu

Untuk lada merah dan cili padi tu boleh sesuaikan ikut kuantiti bayam Brazil yang digunakan. Sekejap sangat memasaknya dan rasanya memang sedap. Macam-macam lagi resepi boleh dibuat dengan bayam Brazil ni, nanti Kak Bell cuba masak dan kongsikan. Selamat mencuba!

CONVERSATION

12 comments:

  1. Wah bayam tanam sendiri. Kita xreti nak menanam wak. Kalau i tanam rasanya x hidup terus haha

    ReplyDelete
  2. Yummy!!!!!!!!!!!!! Sedap-licious tengok recipe sis yg ini. Rasa bayam Brazil and udang memang sedap. Thank you for sharing this awesome-licious recipe.

    ReplyDelete
  3. kemain segarrr bayam brazil kak bell. geram tengok. hijau2 plak tu. goreng simple camni pun sedap

    ReplyDelete
  4. Mudah je kan nak sediakan nie. Percaya tak Rawlins tak merasa lagi bayam brazil nie haha.

    Nak try tanam gak la

    ReplyDelete
  5. Rajinnya Kak Bell bercucuk tanam 😍 tapi senang kan, bila nak makan, petik aje and masak..masak simple pun jadi menyelerakan 😁

    ReplyDelete
  6. Kat mana nak dapat bayam Brazil ni kak Bell? Kita nak tanam juga la kat rumah.

    ReplyDelete
  7. ohh woow....so appetising sedap looking dish, thanks for this tasty spicy recipe here :D Gonna making it too while stay home. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Semalam baru je petik juga Bayam Brasil tu, tapi Sis celur aje makan dengan sambal belacan..laku keras hahahaha..

    ReplyDelete
  9. sedapppnyaaa... tapi kan wakk bayam brazil kite dah abis kena cantas masa PKP 1 dulu. semua dah ditumis dah. pastu my sister dah taknak tanam dah.. hahaahaha..

    ReplyDelete
  10. memang sedap bayam brazil ni. rasa macam nak tanam jugaklah bayam brazil ni dekat rumah bolehlah buat resipi ni :)

    ReplyDelete
  11. Segar2 nampak bayam brazil, tanam sendiri pulak tuh..kita try juga tanam sayur last2 tak jadi huhu..tak tau la apa silapnya.

    ReplyDelete
  12. sedap oitts hidangan simple macam ni. boleh makan menambah banyak kali nasi hehehe...heaven betoll hahah

    ReplyDelete

Back
to top