Trending


Resepi Ayam Masak Sambal Hijau Mudah Dan Sedap

Hi Korang! Kaedahnya dah lama dah kak bell nak masak ayam dalam freezer tu. Asyik busy memanjang. Tak sempat nak masak. So harini, nak share resepi ayam masak sambal hijau. Kalau nak masak sambal cili padi mau seguni cili padi nak pakai sebab hujung-hujung, lite-lite jer sikit kuahnya! Resepi sambal hijau ini pun memang mudah sebab tak gunakan banyak bahan. Campak-campak je, pung pang bunyi sudip dah siap. Resepi ayam masak hijau ni merupakan resepi ayam yang paling Kak Bell suka selain ayam ungkep. Jom kita lihat macam-mana cara buat sambal hijau menggunakan ayam.


Bahan A
6 ketul ayam
2 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (hiris kasar)
2 biji limau kasturi
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)
7 biji cili hijau
7 biji cili api hijau
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara memasak Ayam Masak Sambal Hijau

1) Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau separuh masak.
2) Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung cili dan sakit perut!

Tumisan Cili Hijau

3) Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
4) Masukkan bawang besar dan kacau rata. Kalau pedas sangat bolehlah tambah sedikit gula ya! Bila bawang dah layu, perahkan limau kasturi dan bolehlah padamkan api.

Bawang Hiris Ayam Sambal Hijau

Dah siap! Faveret ni masakan ayam sambal hijau. Mudah sangat Resepi Ayam Masak Sambal Hijau ni kan. Walaupun pedas, makan dengan nasi putih je pun sedap uolss! Lepas ni Kak Bell nak cuba buat resepi ayam masak hijau Thai pula. Bolehlah cuba dan share resepi ni kalau korang nak. Eh! 2 ketul ayam dah kak bell baham. K bye. 
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

20 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Alaaaa.. Kali ni xsempat nk rasa.. Repeat pleaseesee👍🏼👆🏼

    ReplyDelete
  2. Boleh..belikan ayam sekor.i buatkan.kikiki

    ReplyDelete
  3. Request udang galah masak sambal hijau ni.... mesti perghhhhhh

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. TQ Farida Mohd Ali. Im happy since the recipe turned out delicious :)

    ReplyDelete
  6. Oops! OK FAR :) Do invite your friend to support me too ya!

    ReplyDelete
  7. kak bell ni pon kita salu buat mak yg jara resepi mcm nih mmg meletop sdp kan..hehe

    ReplyDelete
  8. Sis..serbuk kunyit nak pakai banyak mana?

    ReplyDelete
  9. Serbuk kunyit tu secukupnya untuk kunyitkan ayam tu je dik. Sebab kita nak goreng dulu ayam tu :)

    ReplyDelete
  10. Thnks sis..dh try buat..sedp sgt >_<

    ReplyDelete
  11. Yeay! Alhamdulillah kalao resepi ni menjadi. Bolehla cuba resepi yang lain ya

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam. Cuma ada resepi Ayam Kicap Masak Borneo. Nanti sy cuba cari kalau ada Ayam Msk Indonesia ya ��

    ReplyDelete
  13. Bella boleh Tanya.. lauk ini pedas ke psl taruh 7biji cili padi.. Saya tk kuat pedas..

    ReplyDelete
  14. Tak pedas pun Rosalina. Depends on cili padi tu. Pakai lada hijau lebih. Hehe

    ReplyDelete
  15. Wah.. macam best je sis.. kena try ni

    ReplyDelete
  16. Sedapnya! Nak buat harini sebab dah lama sangat nak buat tapi tak terbuat so jom buat hahaha. Tq Bella untuk resepi nya :)

    ReplyDelete
  17. My favourite..selalu akan order kalau ada

    ReplyDelete
Previous Post Next Post
"
;