Hi Korang! 2 hari lepas Kak Bell cuti, so tak berjalan ke mana pun. Cuma
uruskan hal anak-anak bulus sahajalah bawa pergi ke vet. Maklumlah baru
gaji, dah gaji barulah bawak si anak kecik, Dexter ke klinik sebab ada luka
kat atas leher dan batuk manja. Memula, lukanya kecil sebab bergaduh dengan
bapaknya. Dah letak iodin, sapu minyak gamat tak juga baik-baik sebab si
kecik ni asyik garu luka tu. Bila dah kering, terus berdarah semula. Nanti
Kak Bell tulis entri lainlah pasal anak kucing ni. Dah lama dah tak buat
posting pasal pet. Huhu. Kebetulan cuti pula pada hari Khamis, ada pasar
malam di kawasan rumah penthouse Kak Bell ni. Kita pun cantik-cantiklah
turun walaupun hanya nak pergi membeli bawang dan ayam segar. Hehe.
Berkobar-kobar nak masak Ayam Masak Sambal Hijau sebab dah
lama tak makan masakan favourite Kak Bell ni.
Suasana pasar malam, haruslah meriah kan. Komposisi warga asing dengan orang tempatan pun dah sama banyak. Warga asing yang berniaga pun banyak jugak. Kat kedai jual ayam dan ikan ni pun warga Bangladesh. Mungkin pekerja je kot dorang ni. Jalan-jalan pun keliling dengan warga asing je. Kisah hari ni pulak, ada pulak Bangla kedai ayam ni cakap kawannya mintak nombor telepon. Adoyaiii, kenapa lah dorang ni ingat Kak Bell ni Kajol ke! Kat pasar malam ni pun jadik ye korang nak cari jodoh. Maaflah kita tak taste, kita datang nak beli ayam ajelah. Cubalah yang taste, memang kita bagi nombor tepon kita. Eh! Malas kita nak melayan sangat dorang ni then terus pergi beli bawang. Bawang pun mahal la ni ye, bawang putih lagilah mahal. Kata abang tu, lepas ni sebulan dorang tutup tak jual bawang. Pergi bercuti ke bang?
Suasana pasar malam, haruslah meriah kan. Komposisi warga asing dengan orang tempatan pun dah sama banyak. Warga asing yang berniaga pun banyak jugak. Kat kedai jual ayam dan ikan ni pun warga Bangladesh. Mungkin pekerja je kot dorang ni. Jalan-jalan pun keliling dengan warga asing je. Kisah hari ni pulak, ada pulak Bangla kedai ayam ni cakap kawannya mintak nombor telepon. Adoyaiii, kenapa lah dorang ni ingat Kak Bell ni Kajol ke! Kat pasar malam ni pun jadik ye korang nak cari jodoh. Maaflah kita tak taste, kita datang nak beli ayam ajelah. Cubalah yang taste, memang kita bagi nombor tepon kita. Eh! Malas kita nak melayan sangat dorang ni then terus pergi beli bawang. Bawang pun mahal la ni ye, bawang putih lagilah mahal. Kata abang tu, lepas ni sebulan dorang tutup tak jual bawang. Pergi bercuti ke bang?
Okayy. Sebelum ni Kak Bell dah pernah post pasal resepi Ayam Masak Sambal
Hijau ni. Kalau korang nak tahu resepi ni merupakan penyumbang pageviews
blog Kak Bell yang paling banyak. Kira-kira dah 54K views sampai ke hari ni.
Tak sangka pulak paling tinggi di carian Google. Kak Bell happy. Kalau
korang pun mesti rasa happy kan kalau post korang meletop! Kiranya, harini
Kak Bell repeat lah balik. Skill dan cara masak sama sahaja, cuma Kak Bell
tak guna halia. Then, kualiti gambar pun cantiklah sikit dari post sebelum
ni. Mestilah upgrade sikit kan.
Kisahnya malam tadi tengah sedang elok memasak, sesambil blogwalking, gas
memasak petronas ni habis lah pulak! Tak sah kalau gas tak habis kan masa
Kak Bell memasak, memang jenis tak cek gas dah nak habis ke tak! Haha.
Actually 2 minggu lepas dah terlintas dalam fikiran yang gas ni dah
lama ni tak habis-habis, nak pergi ceklah kalu dah ringan boleh angkat
sebelah tangan tu maksudnya paham-pahamlah. Akhirnya, habis jugak malam
tadi. Nasib la 1st round ayam dah siap gorang masak. Tetibe je 2nd round
kuali jadi krik krik. Nak cari gas dah malam, kedai tutup. Cash pula
ngam-ngam nak buat bayar laundry malam ni, jadi terpaksalah habiskan memasak
pakai rice cooker! Nak beli harini, Maulidur Rasul dan hari Jumaat kedai
bukak lepas solat Jumaat. Kak Bell pula kerja petang, sebab itulah teruskan
juga memasak pakai rice cooker. Lepas ni nak cari Induction Cooker lah,
lama-lama rosak pulak periuk nasi aku kan! Resepi ni Kak Bell copy paste je
balik resepi lama, edit sikit-sikit bahannya.
Bahan A
6-10 ketul ayam *bahagian kecil
2 batang serai *diketuk
1 labu bawang besar *hiris kasar
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Bahan B (bahan kisar/tumbuk)
7 biji cili hijau
7 biji cili api hijau
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1) Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau
separuh masak.
2) Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah
minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak supaya tak
sakit perut!
3) Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air.
4) Masukkan ayam dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5) Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
6) Masukkan bawang besar, hirisan lada dan kacau rata.
7) Bila dah layu bolehlah padamkan api.
TIPS!
- Kunyit tu cukup sekadar nak kunyitkan ayam sebelum goreng
- Boleh juga nak letak halia, perahkan asam limau
- Kurangkan cili padi jika tak suka pedas
Walaupun pakai rice cooker tetap menjadi kan? 7 biji cili api ni pedas jugak. Bolehlah korang kurangkan sikit, but bagi Kak Bell ok sahaja. Walaupun pedas, tetap makan bertambah. Sedih tau makan sorang-sorang. Anak-anak je teman sibuk nak makan jugak ayam kan! Kay Bye.
resepi ayam lado cili hijau, resepi rendang ayam cili hijau, resepi ayam
ungkep cili hijau, resepi nasi ayam cili hijau, resepi ayam kampung cili
hijau, resepi ayam masak hijau che nom, ayam masak hijau khairul aming, resepi
ayam sambal hijau azie kitchen, resepi ayam masak hijau padang, resepi ayam
sambal hijau simple, ayam masak hijau bersantan, ayam masak hijau berkuah,
Ayam sambal hijau ni auni suka kukus dulu bahan-bahan dia, lepas tu lenyek kasar-kasar, goreng dengan minyak sikit lepas tu letak ayam goreng kunyit tu. Aummmm sangat... Ehhh lapar dah jam 12:43am ni. Hahhaa
ReplyDeleteOh tak pernah pula dengar kukus dahulu. Bolehlah Bella cuba
Deletedah breakfast pun tapi lapar balik bila tgk ayam sambal hijau ni hahaha
ReplyDeleteNi kena makan lunch. Podas!
DeleteLebih kurang mcm ayam masak kunyit cuma menu ni kena kisar bahan2 B tu. Tp tetap senang dan mudah. Confirm sedap tu.
ReplyDeleteWah kajol malaysia kak bell kita. Siap ada peminat dekat pasar malam lagi.hehe
Haha. Itu ajelah mampu, pasar malam je. Sedih!! Hehehe
DeleteNampak senang jr ni... nak cuba la masak resepi ni...
ReplyDeleteKak Fas pasti lebih arif :)
DeleteYa Allah, akak punya masakan memang buat onie tergoda ! Favourite kot ayam masak kunyit ni <3
ReplyDeleteSedap tau! Eh puji masakan sendiri pulak.kikiki
DeletePedas-pedas tu yang sedap kak Bell. Kalau Qiya tak cukup 1 pinggan nasi ni...hahaha
ReplyDeleteYup. samalah . Pedas tu yang buka selera makan. Bertambah jugak jadi 2 pinggan!
DeleteCili tu bukan main ha. Gedabak besar. memang terangkat habis la kalau makan ni
ReplyDeleteTerangkat ni! Cili api pedas. Walaupun dah bnyk guna lada hijau kuahnya kering macam tu jugak.
DeleteSimple menu je. Tapi naikkan selera. Tgk cili padi dah tahu sedap..
ReplyDeleteI love Salad, and this Chicken salad looks so yummy and easy recipe. Would love to try this for my family!
ReplyDeleteYaAllah mengundangnya wak. kita tunggu2 ada orang jemput makan2 kan. huhu
ReplyDeleteHehe. Tunggu pindah rumah baru boleh ajak. kikiki.
Deletebila tu nak pindah hehe
DeleteAntara menu fav juga nie.... Tapi Bro panggil ianya Ayam Masak Berlada. ke bro salah namanya? hahahah
ReplyDeleteSama je Bro. Tapi berlada macam masak guna lada merah. Hehe.
DeleteDah boh cili hijau lagi cili api hijau. Pergghhh.. Terangkat ni pedas nya, to the moon and back 😋
ReplyDeleteTak pedas sangat Kak Su, bolehla tahan kepedasannya.
Deleterajin bella
ReplyDeleteHehe. Kekadang juga datang rajinnya.
DeleteUittt senang je resipi dia..okey,nak cuba la nanti
ReplyDeleteI suka baca Resipi resipi yang Bella share. Giving me more idea what to cook for dinner. haha
ReplyDeleteYe ke Betty? Hehe. TQQ
DeleteBelum pwrnah try masak ayam hijau ni... nak cuba gak la... tp kena kurangkan cili padi sbb tak tahan pedas haha
ReplyDeleteKalau tak tahan, pakai lada hijau ajalah. Hehehe
Deleteresepi simple.. dh try msk & sedap!!! tq sharing resepi yup 😉
ReplyDeleteYe Adam Firdaus. Tq cuba resepi Bella. Naguslah kalau menjadi dan sedap. Fuhh..lega. Hehe
Delete