ABC PULA TERSINGKIR DI EPISOD 3 THE MASKED SINGER MALAYSIA - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal ABC PULA TERSINGKIR DI EPISOD 3 THE MASKED SINGER MALAYSIA

Trending

ABC PULA TERSINGKIR DI EPISOD 3 THE MASKED SINGER MALAYSIA

Untuk minggu ke-3 The Masked Singer Malaysia seramai 10 orang peserta masih meneruskan cabaran. Sehingga kini, seorang artis dan ahli sukan telah didedahkan identiti mereka di sebalik topeng. Anda semua ada yang sudah berjaya meneka dengan tepat ke? Sampai sekarang Kak Bell masih 'clueless' hendak meneka siapa sebenarnya di sebalik topeng. Memang keliru tertipu habislah.

THE MASKED SINGER MALAYSIA

EPISOD 3 THE MASKED SINGER MALAYSIA

Sebanyak 10 orang peserta yang terdiri daripada barisan selebriti popular dari pelbagai bidang telah mempersembahkan suara masing-masing. Para netizen juga semakin rancak meneka peserta yang bertanding. Kak Bell dah terpengaruh dengan tekaan Ayam Jantan adalah Hairul Azreen, Rafflesia adalah Marsha Milan dan Yana Samsudin di sebalik topeng ABC. Hebat juga para netizen dari tekaan panel juri kan? Maaflah, Kak Bell rasa juri macam mengarut je tekaannya.

Keletah Ella dalam episod ini telah menukar dari trademark biasanya "Ella rasa.." kepada "Ella fikir.." Ella memang kelakar tau, suka sangat. Ella in person pun memang ramah, kelakar dan manja! Minggu ini juga ABC telah memberikan klu tambahan dengan memberikan 'Laksa Johor' kepada panel juri. Minggu ini pihak juri pun tak adalah terlalu 'cringe' sangat.

Persembahan semua peserta minggu ini memang mantap. Masing-masing menunjukkan belang masing-masing dan ada peningkatan. Peserta pilihan Kak Bell untuk minggu ini adalah Rajah Brooke, Bunga Raya dan Reno. Kebanyakkan makin bagus dan penjurian markah pun tidaklah begitu banyak beza.

MASKED SINGER MALAYSIA

Minggu ketiga menyaksikan Rajah Brooke mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Paku nyanyian asal Ara Johari dan Reno ditempat kedua dengan lagu Hanya Rindu/Andamesh Kamaleng. Terbukti Rajah Brooke memang ada vokal yang mantap sebab bukan senang nak bawa lagu Ara Johari yang bernada tinggi. Walaubagaimanapun kedudukan tertinggi dan terbawah memang bergantung sepenuhnya kepada persembahan mereka di minggu tersebut.

ABC TERSINGKIR DI MINGGU KE-3

Dari minggu pertama The Masked Singer Malaysia, Kak Bell memang merasakan yang ABC akan tersingkir awal. Persembahan ABC di minggu ke-3 ini memang ada peningkatan dan membawakan lagu yang lebih susah dari minggu sebelumnya. Pak Nil yang terdahulu memberi ulasan yang ABC hanya menyanyikan lagu yang mudah dan senang sahaja, minggu ini menunjukkan kehebatannya. Walaubagaimanapun, prestasi nyanyian peserta lain yang turut meningkat menyebabkan markah untuk ABC masih tidak mampu mengekalkan kedudukannya untuk terus bersaing.

Yana Samsudin The Masked singer Malaysia

Kostum ABC yang dipakai oleh pelakon dan penyanyi Yana Samsudin, sekali lagi berada di bottom 3 bersama dengan Ayam Jantan dan Orang Utan. Akhirnya ABC yang berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, tersingkir pada minggu ketiga. Kak Bell jangka kalau ABC tidak tersingkir, mungkin penonton boleh dengar dan saksikan lagi kehebatan Yana Samsudin di pentas. Yang penting ABC bukannlah Cik B ya.

Klue yang telah diberi adalah 'inhaler' yang digunakan oleh Wawa Semput dalam VT ABC. Jom ikuti kedudukan para peserta dan peratusan markah pada konsert minggu ketiga: 

#1 Rajah Brooke (Paku/Ara Johari): 90%
#2 Reno (Hanya Rindu/Andamesh Kamaleng): 90%
#3 Rafflesia (Retak/Ella): 83%
#4 Enggang (Ingat-Ingat/Amuk): 81%
#5 Bunga Raya (Kalau Berpacaran/Anna Rafali, Sohaimi Mior Hassan & Altimet): 81%
#6 Musang King (Fly Me To The Moon/Jazz Lag): 81%
#7 Wau (Dag Dig Dug/Haiza): 77%
#8 Ayam Jantan (Memburu Impian/Kristal): 77%
#9 Orang Utan (Kopi Dangdut/Fahmi Shahab): 74%
#10 ABC (Aku Bidadari Syurgamu/Datuk Seri Siti Nurhaliza): 72%


Anda semua setuju ke dengan penyingkiran minggu ke-3 The Masked Singer Malaysia? Jangan lupa menonton episod seterusnya dan terus meneka siapakah selebriti di sebalik topeng.

Kredit:
Gambar dari Astro dan Astro Gempak

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post