Shila Amzah Tampil Dengan Konsert Awal 2021 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Shila Amzah Tampil Dengan Konsert Awal 2021

Trending

Shila Amzah Tampil Dengan Konsert Awal 2021

Penyanyi dan penulis lagu wanita terkenal Malaysia, Shila Amzah yang dikenali sebagai "Asia's Sweetheart" telah berkongsi khabar gembira akan mengadakan konsert solo pada awal tahun hadapan. Shila Amzah yang terkenal di China dengan deretan konsertnya yang habis terjual bakal menemui peminatnya di Malaysia.


Konsert Pembuka Bagi Tahun 2021

Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangganya membawakan konsert "SHILA AMZAH - JOURNEY TO THE FUTURE" yang akan berlangsung pada 15 Januari 2021, Jumaat, 8.30 malam di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sekaligus menjadi konsert pertama yang akan diadakan pada awal 2021.


Konsert ini adalah untuk meraikan fasa seterusnya dalam karier nyanyian Shila dan sebagai ucapan terima kasih terhadap sokongan dari peminat setianya di Malaysia. Diantara lagu-lagu popular yang bakal dipersembahkan nanti adalah seperti Xiang Ni De Ye, Qing Zang Gao Yuan, Speechless, Tiada Dirimu dan banyak lagi. Konsert yang dinanti-nantikan ini akan dipersembahan di bawah pengarah muzik terkenal Helen Yap dan diiringi oleh 8 pemuzik.



Memandangkan negara masih lagi berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Shiraz akan mengutamakan standard operasi prosedur (SOP) buat peminat yang akan menghadiri konsert tersebut berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

Shila Janjikan Kepuasan Peminat

Shila Amzah,30 menjanjikan konsert pada kali ini akan penuh dengan kelainan. Beliau akan menyanyikan pelbagai lagu dalam bahasa Malaysia, Cina, Inggeris dan juga sebuah lagu dalam bahasa asing yang belum pernah dinyanyikan oleh Shila secara langsung oleh peminat-peminatnya.


“Insyallah,ketika ini kita masih pilih lagi lagu untuk dipersembahkan. Kita sebenarnya dah ada senarai dalam lebih kurang 30 buah lagu. Kita akan cuba masukkan dalam 20 buah lagu dan kalau tak cukup kita akan gabungkan (medley)”

Shila juga akan menjemput penyanyi jemputan yang pernah berkolaborasi dengannya sebelum ini untuk menyanyikan lagu duet mereka sebelum ini.

Tiket Mula Dijual Pada 8 Oktober 2020

Sebanyak 2800 tiket disediakan dengan harga jualan tiket bermula RM798 (Meet & Greet), RM458 (Diamond), RM358 (Platinum), RM258 (Gold), RM198 (Silver) dan RM168 (Bronze). Tiket akan mula dijual pada 8 Oktober 2020 menerusi www.myticket.asia.


Shila turut menyanyikan sebuah lagu versi Mandarin yang bertajuk Xiang Ni De Ye semasa majlis sidang media konsert ‘Shila Amzah – Journey To The Future di Kuala Lumpur Convention Centre disini semalam. Buat peminat Shila Amzah jangan lupa untuk dapatkan tiket konsert ini.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post