KONGSI KESERONOKAN, KONGSI KEBAIKAN BERSAMA JACK & JILL ROLLER COASTER - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal KONGSI KESERONOKAN, KONGSI KEBAIKAN BERSAMA JACK & JILL ROLLER COASTER

Trending

KONGSI KESERONOKAN, KONGSI KEBAIKAN BERSAMA JACK & JILL ROLLER COASTER

Hai semua! JACK ‘n JILL Roller Coaster kembali lagi dengan satu lagi kempen yang MENYERONOKKAN, kali ini mendorong rakyat Malaysia menyumbang kepada masyarakat. Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, anda semua boleh mengambil peluang menyertai Peraduan 'Roller Coaster Kongsi Keseronokan, Kongsi Kebaikan 2020' (The Roller Coaster Share the Fun, Share the Kindness Contest 2020) yang merupakan satu inisiatif bagi memperkasakan para pengguna untuk berkongsi keseronokkan, dan kebaikan' bersama rumah anak-anak yatim.
Setelah bertahun mendapat tempat dalam hati para penggemar snek dengan kerangupan yang luar biasa, gegelang ubi kentang Roller Coaster ini kini memberi peluang kepada peminat snek ini untuk melibatkan diri dalam satu usaha murni yang boleh dibanggakan sebagai rakyat Malaysia. Untuk keseronokan berterusan, JACK 'n JILL Roller Coaster akan menyatukan penggunanya untuk menghasilkan kombinasi yang menggandingkan gegelang ubi kentang Roller Coaster dengan hidangan kegemaran mereka.


Jadikan makanan kegemaran anda ceria sempena Hari Kebangsaan ini dan berbuat baik melalui idea kreatif anda


Untuk memupuk semangat perpaduan, JACK 'n JILL Roller Coaster akan menguji rakyat Malaysia dengan satu peraduan yang menarik. Sama ada untuk melengkapkan hidangan Nasi Lemak atau menambah kerangupan kepada resipi Rojak istimewa anda, JACK ‘n JILL Roller Coaster mencari idea juadah hidangan kreatif dan menyeronokkan yang dipasangkan dengan gegelang ubi kentang rangup. 


Penggemar snek mempunyai pilihan untuk menyediakan masakan kegemaran dari dapur sendiri, ataupun membeli dari restoran dan seterusnya menonjolkan kreativiti masing-masing. Kombinasi yang terbaik akan berpeluang untuk meraih hadiah menarik dan pada masa sama menjadi sebahagian daripada usaha JACK ‘n JILL Roller Coaster menyumbang kepada masyarakat.

 “Matlamat 'Peraduan The Roller Coaster Kongsi Keseronokan, Kongsi Kebaikan 2020'  (The Roller Coaster Share the Fun, Share the Kindness 2020 Contest) adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menonjolkan kreativiti masing-masing dengan menggunakan gegelang ubi kentang berperisa hebat kami. Sesuatu hidangan itu pasti boleh menjadi lebih hebat jika ditambahkan elemen kerangupan yang luar biasa, jadi JACK 'n JILL Roller Coaster ingin memberikan peluang kepada pengguna-pengguna untuk berseronok dengan makanan masing-masing. Oleh itu, kami berharap akan dapat menerima sebanyak mungkin gambar makanan yang dipasangkan dengan JACK ‘n JILL Roller Coaster daripada peserta peraduan, dan sekaligus memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui makanan, kata Emmanuel B. Puno, Naib Pengerusi Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura. 
 “Sebagai sebuah syarikat, kami amat menghargai sumbangan yang pengguna-pengguna kami salurkan kepada masyarakat kerana kepuasan menyumbang kembali kepada masyarakat adalah tiada tolok banding. Justeru, kami juga akan mendermakan RM17,000  kepada tiga rumah anak-anak yatim terpilih,” ujar Puno.

JACK 'n JILL Roller Coaster telah mengenalpasti tiga rumah anak-anak yatim untuk disalurkan sumbangan - Rumah Penyayang Darul Ilmi (Gombak), Rumah K.I.D.S (Klang) dan House of Joy (Puchong). Rumah-rumah kebajikan ini merupakan tempat perlindungan yang menyediakan persekitaran yang selamat.bagi golongan anak-anak yatim membesar.


Peraduan The Roller Coaster Kongsi Keseronokan, Kongsi Kebaikan 2020

Untuk menyertai peraduan ini, jom kongsikan keseronokan hidangan kreatif anda dengan 3 langkah mudah:

Langkah 1
Beli produk JACK 'n JILL Roller Coaster yang bernilai RM 5 dan ke atas dalam satu resit. Simpan resit untuk bukti pembelian.

Langkah 2
Sediakan satu hidangan kegemaran anda yang dipasangkan dengan JACK ‘n JILL Roller Coaster dan ambil gambar juadah masakan tersebut (paket JACK ‘n JILL Roller Coaster mestilah jelas kelihatan).

Langkah 3
Kongsikan gambar tersebut menerusi laman Facebook atau Instagram anda, dan 'Tag' akaun Facebook @URCRollerCoaster atau Instagram @RollerCoasterMalaysia, 'Tag' juga 3 sahabat dan letakkan tanda pagar #JACKnJILLRollerCoaster #RollerCoasterShareTheFun 


KESERONOKAN TIDAK BERAKHIR DENGAN KEJUTAN-KEJUTAN YANG MENGUJAKAN:


HADIAH UTAMA X 1
RM1,500 dan tambahan RM1,500 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim

HADIAH KEDUA X 2
RM1,000 untuk setiap pemenang dan tambahan RM1,000 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim

HADIAH KETIGA X 5
RM500 untuk setiap pemenang dan tambahan RM500 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim

HADIAH KHAS X 55
RM200 untuk setiap pemenang dan tambahan RM200 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim

Tempoh Peraduan : 1 Ogos 2020-16 September 2020


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Roller Coaster > https://www.facebook.com/urc.rollercoaster/

#JacknJillRollerCoaster #SharetheFunSharetheKindness #RollerCoasterSharetheFun
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post