Sakit Belakang Sebab Kasut Tinggi? Ikuti Pengalaman Konsultasi Di JennOrtho - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sakit Belakang Sebab Kasut Tinggi? Ikuti Pengalaman Konsultasi Di JennOrtho

Trending

Sakit Belakang Sebab Kasut Tinggi? Ikuti Pengalaman Konsultasi Di JennOrtho

Ramai yang tidak menyedari bahawa sakit kaki, kebas dan kaki berdenyut merupakan diantara masalah kesihatan kaki. Kebanyakkan dari kita juga tidak tahu atau kurang mengambil tahu tentang status kesihatan kaki masing-masing. Peningkatan usia dan perubahan gaya hidup juga sebenarnya turut memberi kesan terhadap penurunan tahap kesihatan pada kaki kita.


Bertahun-tahun ke belakang, boleh dikatakan setiap hari dan masa Kak Bell akan memakai kasut tumit tinggi tidak kira ke mana sahaja. Maklumlah, Kak Bell yang berada di dalam kategori rendah pastinya lebih yakin bila berjalan menggunakan kasut tumit. Nampak lebih tinggi! Penggunaan kasut tumit yang terlalu keap sebenarnya banyak mendatangkan keburukan setelah meningkat usia. Ya! bahagian belakang akan mudah sakit, kaki kebas, lenguh dan sebagainya. Disebabkan pemasalah tersebut, Kak Bell telah berkunjung ke salah sebuah pusat ortotik bagi mendapatkan konsultasi dari perunding dan pakar ortotik di JennOrtho. Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti butirannya.


JennOrtho Pusat Penyedia Kasut Orthotic Perubatan 3D

Jenn Ortho adalah pusat terkemuka yang menyediakan kasut Ortotik Perubatan 3D yang direka khas (custom made) sesuai untuk individu. JennOrtho juga bukan hanya menjual kasut kesihatan, tapak dalam kasut (insole) tetapi juga membantu untuk menganalisis kaki untuk memastikan tahap kesihatan kaki dan seterusnya memilih kasut yang sesuai untuk kegunaan seharian.

Bersama Dato Dr. Edmund Lee



JennOrtho ditubuhkan oleh Dato Dr. Edmund Lee, PhD, merupakan pakar ortotik dan prostetik terkenal di Malaysia. Setelah menamatkan latihan ortotik dan prostetik selama empat tahun di University of Salford, UK, pengalaman bekerja dengan pelbagai jabatan ortotik di Stoke-on-Trent dan London, UK selama dua tahun, beliau telah mengembangkan kerjayanya dalam bidang ortotik dan prostetik di Malaysia.


Pemeriksaan Kaki Percuma (Foot Alignment Check)

Di JennOrtho, pemeriksaan kesihatan kaki akan dibuat terlebih dahulu bagi memastikan bentuk, panjang dan lebar kaki untuk mengenalpasti masalah pada kaki. Setelah analisis dibuat, pakar perunding ortotik akan menerangkan dan memberikan penjelasan tentang tahap kesihatan kaki individu. Pemeriksaan kaki yang bernilai RM250 ini adalah percuma di JennOrtho.



Keputusan analisis yang telah dibuat pada kaki Kak Bell, menunjukkan terdapat gejala Mild Pronation Feet dimana keadaan kaki tidak terlalu flat, 'alligment' kaki yang sedikit tersasar dan tidak sekata. 

Bahagian lengkungan 'feet arch' yang agak tinggi


Menurut Jururunding Ortotik, En Josh, tekanan pada kaki Kak Bell tertumpu di bahagian tumit dan bahagian hadapan kaki (bahagian lengkungan kaki, arch) disebabkan pemakaian kasut tumit yang kerap. Keadaan kaki Kak Bell menjadi agak keras dan tekanan berat badan pada kaki menyebabkan tekanan tersebut beralih ke otot kaki yang menyebabkan sakit betis dan bahagian belakang badan.

Berikut merupakan beberapa masalah kesihatan kaki yang boleh terjadi


1. Flat feet (tapak kaki yang rata dan tidak mempunyai lengkungan yang tepat untuk sokongan)
2. Bunion (lebihan tulang terkeluar di bahagian sisi ibu jari kaki)
3. Callus (sel kulit mati tebal di bawah pangkal kaki anda)
4. High arch (lengkungan kaki tinggi)
5. Intoeing (kaki merpati - berjalan dengan kedua-dua kaki menghala ke dalam)
6. Toe walking (hujung kaki ketika anda berjalan)
7. Bowleg (bahagian kaki dari lutut ke bawah terbuka dan tidak rapat)


Untuk mengatasi permasalahan tersebut, perlunya pemakaian kasut dan tapak kasut yang boleh menyokong semula kaki kembali kepada keadaan normal. Bagi yang ingin membuat tapak dalam kasut khas, ukuran kaki akan diambil dengan acuan dan seterusnya insole khas akan dibuat bersesuaian dengan kaki anda.

Acuan ukuran kaki


Walaupun golongan berusia lebih cenderung untuk mengalami masalah kaki, namun terdapat juga peningkatan masalah kaki yang turut dialami kanak-kanak dan remaja. Jika kanak-kanak lebih kerap letih dan kerap duduk semasa berjalan, berkemungkinan mereka mengalami masalah kaki dan ibubapa perlu mengambil perhatian dan perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Aktiviti senaman kaki. Lebih lanjut rujuk video di bawah

Kesihatan kaki juga sebenarnya melambangkan kesihatan tubuh badan kita. Semasa pemeriksaan tersebut, beberapa aktiviti senaman kaki telah Kak Bell cuba dan anda semua boleh mengetahui dengan lebih lanjut di video yang disertakan di bawah. Senaman dan aktiviti pada kaki ini dapat membantu membuat kaki lebih fleksibel dan lebih sihat.


Berikut Kak Bell kongsikan juga diantara tip-tip yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan kaki.


1) Pilih kasut yang sesuai dengan ukuran kaki.
2) Pastikan kasut yang dibeli sesuai dengan aktiviti yang akan dilakukan menggunakan kasut tersebut.
3) Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian.
4) Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki bergerak didalam kasut (masukkan dua jari di belakang kasut dan bahagian depan kasut).
5) Cuba kedua-dua belah kasut dan berjalan sekeliling kedai kasut untuk menguji keselesaannya.
6) Lakukan pemeriksaan dan rawatan kaki berjadual.
7) Berjumpa dengan pakar kaki jika terdapat rasa sakit atau kejanggalan pada kaki atau pergelangan kaki.
8) Lakukan senaman ringkas kaki.
9) Pakai kasut dengan tumit yang tidak terlalu tinggi untuk mengelakkan tekanan berlebihan pada kaki yang menyebabkan ketegangan pada otot kaki.
10) Pakai kasut baru berselang seli dengan kasut yang lama sehingga kasut baru sedikit longgar dan memberikan keselesaan pada kaki serta mengelakkan kecederaan kaki.


Apa yang paling penting perlunya dititik-beratkan penjagaan dan kebersihan kaki bagi mengelakkan kaki yang bermasalah. Pemeriksaan secara berkala juga boleh dilakukan dan sebarang perubahan ketara pada kaki perlulah diperiksa segera.

Tawaran Pakej JennOrtho
Bagi anda yang ingin membuat pemeriksaan kaki dan menempah insole di sini, harga pakej tawaran untuk sepasang kasut dan custom made insole adalah berharga RM2199. Promosi ini juga datang dengan warranti selama 5 tahun dan anda boleh datang semula untuk mengubah insole jika tidak sesuai. Setiap 6 bulan, kaki anda akan diperiksa semula dan akan diberikan fisio kaki dan juga aktiviti senaman kaki. Jadi, kaki anda akan dijaga selama 5 tahun oleh JennOrtho. Menarik bukan?

Custom made insole

Kaki anda melambangkan kesihatan tubuh badan anda. Hargailah kaki dan berikanlah perhatian yang sewajarnya kerana dengan nikmat kaki membolehkan kita berjalan dan berlari. Bagi yang ingin mendapatkan rangkaian kasut termasuk pelapik dalam kasut yang disarankan pakar ortotik bolehlah mengunjungi JennOrtho. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman dibawah.



JennOrtho
S011 2nd Floor, Mid Valley Megamall.
Operating hour: 10am to 10pm daily.
Website: www.myortho.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/jennortho/

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post