Resepi Sotong Masak Lada - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Sotong Masak Lada

Trending

Resepi Sotong Masak Lada

Hi semua! Kak Bell kalau bab makanan laut memang jarang sikit makan. Kalau teringin sangat barulah beli makanan laut sotong atau udang. Kebiasaannya memang makan ayam atau ikan sahajalah, daging pun jarang sekali.

Bercerita tentang makanan laut, sekarang kan tengah heboh YouTuber mukbang Kate Yup yang dikatakan diculik dan dipaksa buat mukbang makan makanan laut mentah. Kak Bell tengok pun tak lalu nak makan sotong atau udang mentah. Tak bagus untuk kesihatan jika makan makanan mentah. Ramai yang membuat tanggapan bahawa Kate Yup sudah mati dibunuh disebabkan sudah lama tidak memuat naik video mukbang ke channel YouTube dia. Pendapat Kak Bell mungkin juga betul dia diculik atau mungkin juga sengaja dibuat sebab nak naikkan views. Demi duit orang sanggup buat apa sahaja, tetapi Kak Bell rasa dia memang diculik. Apapun harap dia selamat lah dan baik-baik sahaja hendaknya.


Berbalik kepada resepi kali ini, Kak Bell buat Resepi Sotong Masak Lada. Memang banyak resipi masakan berasaskan sotong yang mudah dan sedap. Paling senang sotong goreng kunyit, sotong masak kicap cili kering atau sotong masak lada hitam. Masakan sotong ini, Kak Bell gunakan cili/lada merah, cili padi dan serbuk lada hitam. Bila gunakan lada hitam memang masakan sotong akan jadi lebih sedap. Cuma nanti sesuaikan sahaja banyak mana lada hitam yang hendak ditambah dalam masakan mengikut selera masing-masing.


Bahan-bahan
10 ekor sotong
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 ulas bawang kecil
1 batang lada merah
6-7 biji cili padi
1 SK serbuk kunyit
2 SB sos cili
Sedikit serbuk lada hitam
Serbuk perisa *jika suka
Minyak masak
Garam

Cara memasak :

1) Tumis bawang putih dbawang kecil sampai layu dan naik bau.
2) Kemudian masukkan sotong, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam. Kacau rata.


3) Kemudian masukkan sos cili, garam, serbuk perasa dan kacau lagi.


4) Masukkan lada merah dan cili api diikuti sedikit air untuk kuah.


5) Akhir sekali masukkan bawang yang dipotong nipis bersama cili padi. Tutup api bila kuah mendidih dan bawang layu.


Memang mudah dan ringkas sahaja resepi Resepi Sotong Masak Lada. Kalau dapat sotong yang besar gemuk memang lagi puas bila makan. Kalau dah cuba bolehlah tinggalkan komen samada sedap atau tidak ya? Jumpa lagi dalam resepi akan datang.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post