Maggi Mi Kari Dengan Bebola Daging

Hai semua! Bulan Ogos 2020 sudah menjengah ke tengah bulan, sekejap betul masa berlalu. Dengan kesibukkan bekerja, kekurangan masa dengan masalah anak-anak bulus di rumah menyebabkan Kak Bell tidak sempat hendak menulis resepi. Gambar-gambar semua sudah di'edit', cuma tak sempat masa nak menulis. Untuk hari ini, Kak Bell kongsikan dulu menu ringkas Maggi Kari.


Maggi sememangnya makanan instant yang paling mudah dimasak dan disediakan. Cuma 3 minit sahaja bak kata iklan Maggi. Memang terdapat pelbagai resepi yang boleh diolah menggunakan mi kari Maggi ini mengikut cita rasa anda. Cara Kak Bell nak memasak Maggi Kari yang sedap ummph, rahsianya semasa menumis rempah kari sebelum air dimasukkan. Hampir mencecah 60ribu carian dah di blog Kak Bell. Nak tahu rahsianya, boleh baca di sini > CARA MEMASAK MAGGI KARI SEDAP.


Kali ini Kak Bell buat masakan Maggi Kari bersama dengan bebola daging (meatball). Kebetulan ke Jaya Grocer berhampiran office, terus Kak Bell sambar bebola meatball frozen. Asalnya nak buat sup, sudahnya tak buat-buat dan tambahkan bebola daging tadi dalam Maggi. Terhasillah Maggi Mi Kari Dengan Bebola DagingNak meriah lagi, tambahkan sebatang sayur pak choy dan taufu pok (tauhu kering). Memang terangkat!


Bahan-bahan
1 pek Maggi Kari
3-4 biji bebola daging
1 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Hirisan lada benggala
1-2 batang pak choy
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara memasak:

1) Didihkan air biasa dalam periuk dan rebus dahulu bebola daging frozen. Tutup api bila dah masak.


2) Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang kecil.


3) Masukkan perencah Maggi Kari dan tumis hingga sedikit garing.
4) Masukkan batang sawi, hirisan lada benggala dan kacau seketika.


5) Tambahkan air rebusan daging tadi biarkan mendidih.


6) Masukkan maggi kari, sayur pak choy dan bebola daging.


7) Tutupkan api dan sedia dihidangkan dalam mangkuk.


TIPS!

  • Tumis rencah kari hingga bau menyegat dan sedikit garing
  • Boleh gantikan dengan bebola ayam segar atau sejukbeku
  • Boleh tambahkan hirisan lobak dan telur
  • Boleh ganti lada benggala dengan cili api merah

Dah pun siap hidangan segera pantas tengah malam. Kak Bell guna bebola daging sejuk beku sahaja. Tak kuasalah nak menggentel buat bebola daging segar. Memang lazat Maggi Kari Dengan Bebola Daging.

CONVERSATION

7 comments:

Back
to top