Resepi Nasi Lemak Sambal Udang Sedap

Minggu lepas Kak Bell teringin sangat hendak menjamah nasi lemak. Biasalah musim PKP ini banyak betul yang teringin nak makan. Sebelum-sebelum ini memang kerap juga Kak Bell buat nasi lemak ni. Bila dah tinggal seorang rasa malas pula nak buat. Masakan nasi lemak memang mudah. Masak nasi, telur rebus, hirisan timun dan buat sambal. Untuk sambal pula boleh buat sambal ikan bilis, sotong atau udang dan padankan sahaja dengan ayam goreang ataupun telur mata.


Kalau nasi lemak nak sedap mestilah bergantung kepada sambal dan nasinya. Kiranya nasi lemak tu bahagian kritikal lah sebab kadangkala nasinya menjadi keras, terlalu lembik atau tak berlemak dan juga cepat basi. Jadi, macam mana cara nak buat nasi lemak sedap dan helok kejadiannya?

Sememangnya ada banyak cara nak membuat nasi lemak. Kalau orang berniaga cukup ada bau wangi daun pandan, tidak terlalu lemak dah memadai. Bagi kita yang masak sendiri mestilah nak cukup lemaknya kan. Ada petua yang Kak Bell baca, tunggu air santan yang dimasukkan daun pandan semua ni mendidih dulu baru masaukkan beras yang dah dibasuh. Tapi Kak Bell lebih suka masukkan sahaja semua bahan dalam rice cooker dan tekan je butang 'cook'. Jom baca terus nak tips semasa memasak nasi lemak.


Bahan A
2 cawan beras
1 kotak santan
2 cawan air
3 helai daun pandan
1 inci halia (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1 sudu minyak masak

Bahan B (untuk sambal)


Bahan C
2 biji telur (direbus)
Sebiji timun (dihiris)


Cara membuatnya:
1) Basuh beras dan toskan.
2) Masukkan semua bahan A dalam periuk nasi dan masukkan air ikut ruas jari atau nisbah 1:1.
3) Daun pandan boleh diikat atau dipotong kecil.
4) Sekali-sekala kacau nasi rata supaya beras sebati dengan santan.
5) Sediakan sambal dan rebus telur.

TIPS!
  • Air akan ikut paras beras. Sama sahaja jumlah air seperti masak nasi putih.
  • Jika sukatan setengah ruas jari, jadi sukatan air pun samal banyak
  • Tambahkan sedikit minyak masak supaya nasi tidak lembik dan nasinya berderai sebiji-biji
  • Masukkan sedikit air dalam kotak santan supaya tidak membazir santan
  • Kacau nasi supaya semua nasi sekata dengan santan, Boleh kacau beberapa kali hingga nasi masak
  • Kacau rata nasi setiap 5 minit supaya semua nasi sekata dengan santan
  • Untuk sambal boleh masukkan gula melaka atau gula perang supaya warna sambal lebih cantik
  • Untuk sambal tahan lama, masak perlahan sambal dengan lebih lama


Siap dah nasi lemak sambal udang ekspress Kak Bell. Walaupun sudah kehabisan belacan tetap menjadi aje sambal udang Kak Bell ni. Alhamdulillah dapat la makan nasi lemak masa-masa PKP ni.

CONVERSATION

4 comments:

  1. tergodanya tengok sambal udang tu.. fevret !!
    mujur mai singgah ni pepagi lagi.. xdan nak telan ailio lapaq hehe..

    ReplyDelete
  2. Mengancam sungguh sambal udang ko Bella...aishhh nak masak gaklah nasi lemak...kecurrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Sis Lin buat pasti lebih power ni. Kita bgambor ala kadar sb umah tak lawa n anak2 kaco. Suka pic ko lawo sis Lin.

      Delete

Back
to top