Kedai Bunga Dalam Talian Terbaik Bloom Valley Empire - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kedai Bunga Dalam Talian Terbaik Bloom Valley Empire

Trending

Kedai Bunga Dalam Talian Terbaik Bloom Valley Empire

Bahagianya rasa jika dihadiahkan sejambak bunga dari yang tersayang. Siapa sahaja tidak pernah berangan menerima jambakan bunga dari peminat. Melalui bunga sahaja sudah cukup untuk menyampaikan isi hati seseorang dan rasa penghargaan untuk orang yang kita sayangi, buat rakan, keluarga mahupun rakan sekerja. Bunga adalah hadiah terbaik!


Sekarang ini pun sudah banyak online florist di Malaysia, tidak perlu bersusah payah ke kedai bunga untuk membuat pilihan. Dengan perkembangan e-dagang industri penjualan bunga juga menjadi lebih mudah, hanya tengok gambar dan terus boleh membuat tempahan mengikut bajet yang dikehendaki.


Minggu lalu, Kak Bell sangat berbesar hati bila 5 jambak bunga sampai di pintu rumah. Ya! akhirnya mimpi jadi kenyataan. Siapa yang tidak teruja bila dihadiahkan jambangan bunga yang indah dari kedai bunga dalam talian terbaik, Bloom Valley Empire.


Bloom Valley Empire
Ditubuhkan pada tahun 2017, Bloom Valley Empire adalah sebuah syarikat berpengalaman yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pengaturan bunga, penghantaran bunga sebagai hadiah & hiasan bunga untuk majlis. Ianya baru sahaja dilancarkan pada bulan September 2019 dan dipelopori oleh Zaffiey Zain selaku founder dan rakan kongsinya En. Izzu Maaruf. Selain dari penghantaran bunga, Bloom Valley Empire turut menyediakan perkhidmatan untuk hamper kreatif, pakej hadiah dan makanan sebagai hadiah.


Bloom Valley Empire hanya mempunyai 1 kedai fizikal di Ara Damansara dan mengenengahkan konsep jualan di atas talian berbanding kedai fizikal. Pesanan bunga dan pakej hadiah boleh dibuat melalui telefon dan faks, katalog, dan melalui laman web mereka bagi menawarkan pengalaman membeli-belah yang selesa 24/7. 


Di Bloom Valley Empire, mereka menawarkan penghantaran hari yang sama di sekitar Lembah Klang untuk pesanan yang dibuat sebelum jam 12 malam. Buat masa sekarang, mereka telah mempunyai lebih dari 2000 koleksi aturan bunga dan pakej hadiah yang boleh dijadikan pilihan sebagai hadiah. Penghantaran di sekitar Lembah Klang adalah percuma dan anda boleh menyemak dahulu sama ada kawasan anda dikenakan bayaran penghantaran atau tidak.




Bloom Valley Empire menfokuskan kepada servis penghantaran hadiah & bunga, hamper perayaan, corporate floral arrangement & events selain contractual weekly flowers display. Di antara servis yang pelanggan boleh dapatkan dari mereka adalah seperti berikut:

  • Festive Hamper
  • Housewarming Gifts
  • Hand Bouquet
  • For Him & Her
  • Flowers arrangement
  • Balloon greetings
  • Congrats stand
  • Be well hampers
  • baby gifts
  • Sympathy Wreath
  • Fruit Basket
  • Personalized Cards
  • Cake, Choc & Food Gift
  • Surprise party
  • Wedding planner
  • Doorgift


Promosi Valentine's Day
Bunga memang amat sinonim dengan perayaan hari kekasih. Bunga ros merah ini kata orang membawa maksud cinta dan sayang. Melalui bunga kita dapat menyampaikan kata cinta. Jika terima 3 kuntum  membawa maksud I Love you, jaka 1000 kuntum? Pastinya cinta sejati selama-lamanya! Bersempena dengan Hari Kekasih atau “Valentines Day” yang bakal tiba, Bloom Valley Empire telah melancarkan harga promosi untuk jambakan bunga. Sebelum memberikannya hadiah yang mahal atau istimewa, apa kata mulakan hari khas tersebut dengan sekuntum bunga mawar sebagai penghargaan buat yang tersayang.

Katy Rose RM128


Duo Love RM168


Lovely Romeo RM188


Rosa Beutee RM238


Hasta El Fuego RM888


Anda semua boleh membuat tempahan awal sekarang sehingga tarikh 12 Februari 2020. Tempahan boleh dibuat secara dalam talian melalui website Bloom Valley, melalu laman instagram dan talian whatsapp.

Whatsapp di talian 019-4015372 & 019-4017526 untuk pre-order


Bloom Valley Empire hanya menggunakan bunga segar berkualiti tinggi, harga yang berpatutan dan penghantaran percuma di kawasan terpilih. Aneka pilihan gubahan bunga yang menarik telah meletakkan mereka sebagai satu penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara online. Jadi memang Kak Bell recommend anda semua untuk menggunakan servis penghantaran bunga dari Bloom Valley Empire.


Bloom Valley Empire
33, Jalan PJU 1A/1E, Ara Damansara, 
47301 Petaling Jaya.

Opening Hours
Mon - Fri: 9am - 6pm
Saturday: 9am - 1pm

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sosial Bloom Valley Empire seperti berikut:
Website: https://www.bloomvalleyempire.com/
FB Page: https://www.facebook.com/bloomvalley.empire/
IG: https://www.instagram.com/bloomvalley.empire/
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post