Debaran Finalist AJL34 Semakin Terasa - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Debaran Finalist AJL34 Semakin Terasa

Trending

Debaran Finalist AJL34 Semakin Terasa

12 Finalis Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) berdebar menanti malam bersejarah yang bakal menobatkan lagu terbaik 9 Februari ini. Pada setiap tahun, Kak Bell pasti tidak melepaskan peluang untuk menonton persembahan lagu-lagu terbaik artis Malaysia di samping pelbagai komen-komen para peminat di ruang media sosial.


Pada tahun ini untuk AJL34, tiket telah pun dijual buat semua peminat menyaksikan sendiri kehebatan persembahan artis pujaan mereka. Agak-agaknya siapa pilihan anda semua untuk pemenang malam Anugerah Juara Lagu 34 kali ini?


Penyanyi Aina Abdul mengakui berdebar menanti malam pertandingan itu nanti.

“Saya berdebar dan sebenarnya takut. Saya banyak buat latihan misalnya menonton cara penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah dalam nyanyian. Ini adalah pengalaman pertama saya bertanding di pentas besar seperti AJL” ujarnya.
Aina ditemui selepas Showcase AJL34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana baru-baru ini. Aina bakal mempertandingkan lagu Sumpah ciptaannya sendiri.


AJL34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari ini, 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil mengetengahkan tema ‘Warna-Warna Suara’. Sementara itu, penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel turut meluahkan rasa gementar dan sedang membuat persiapan terakhir.

“Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini pertama kali saya bergelar finalis AJL jadi saya mahu all out. Saya mahu penonton yang datang menyaksikan persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada hari itu dapat menjiwai apa yang saya bakal sampaikan,” katanya.
Selain Naim dan Aina, 10 finalis lain bertanding adalah Drama Band (Drama), Akim & The Majistret (Rampas), Kugiran Masdo (Dinda), Hazama & The Penglipurlara (Peneman), Aina Abdul (Sumpah), dan Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita).



Tidak ketinggalan, Ernie Zakri dengan Ku Bersuara, Bob Yusof (Anta Permana); Fairuz Misran (Ragaman) dan Haqiem Rusli (Lembah Kesepian) dan Aman RA (Bangun).

Sementara itu, peminat masih berpeluang  membeli tiket tempat duduk aras empat berharga RM30. TV3 dalam kenyataan menyebut, penjualan tiket rancak pada Showcase AJL34 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post