Putih Gebu Dengan Krim Pemutih No. 1 Erase by Mkhan

Kebiasaannya, wanita yang berkulit cerah dan putih dikatakan cantik, seorang yang bijak dan mempunyai segalanya yang baik. Sudah menjadi budaya penduduk Asia bahawa kulit cerah itu sempurna dan menjadi idaman setiap lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun berkulit warna sawo matang atau gelap pun sebenarnya cantik asalkan kulit muka bebas cela. Apa pun yang paling penting adalah kecantikan dalaman supaya kecantikan luaran lebih terserlah.


Masalah rutin kerja seharian yang memenatkan kadangkala menyebabkan kebanyakan dari kita malas dan kurang memberikan perhatian kepada kecantikan luaran. Kak Bell sendiri pun kadang-kala terlepas rutin penjagaan seharian dek kesibukkan masa. Dalam hati siapa yang tidak teringin tampil cantik menawan atau putih gebu kan?

Baru-baru ini, Kak Bell telah menghadiri pelancaran sebuah produk yang mampu mencerahkan kulit dalam masa 3 saat! Anda percaya? Jom teruskan pembacaan untuk ketahui butirannya dengan lebih lanjut.


Erase By Mkhan
Produk Erase By Mkhan ini di asaskan oleh Puan Myra Khan dan merupakan produk kedua dari Mkhan HQ. Majlis pelancaran produk Erase yang diadakan di Ampang Glasshouse pada 1 Februari 2020 lalu dan diacarakan oleh personaliti TV Iesya Toh selain dihadiri para stokis produk Erase.

Boss Babe Puan Myra Khan

Untuk makluman, Erase By Mkhan ini merupakan produk mencerahkan kulit. Dalam masa 3 saat sahaja kulit wajah mampu cantik berseri. Dengan menggunakan bahan yang semula jadi & organik, selain memutihkan pada masa yang sama ianya membantu merawat kulit yang bermasalah jika digunakan secara berterusan.
"Baru-baru ini kami telah berkerjasama dengan kabin krew AirAsia bagi memperkenalkan Erase dan sedang dalam usaha menempatkan produk ini di drugstore seluruh negara. Kami juga berharap produk ini juga akan menembusi pasaran Brunei dan Singapura", ujar Pn. Myra Khan untuk perancangan masa hadapan produk Erase by Mkhan.
Erase By Mkhan diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi, 100% organik, mengandungi SPF50 serta vitamin C bagi membantu melembapkan dan mencerahkan kulit. Produk ini tiada bahan berbahaya seperti hidroquinon, tritenoin atau merkuri dan telah mendapat kelulusan dari KKM & disahkan MOH Brunei dan HSA Singapura. Jadi anda semua tidak perlu khuatir kerana produk ini sah berdaftar dan selamat digunakan.

Uyaina Arshad, ambassador bagi produk Erase by Mkhan

Produk Erase By Mkhan menggunakan bahan semulajadi & disahkan selamat dan HALAL. Bagi yang bertanya, golongan mana yang boleh menggunakannya, ianya sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa. Boleh dipakai untuk lelaki dan perempuan seawal usia 18 tahun dan keatas yang ada masalah kulit.


Berikut merupakan diantara kandungan dan bahan yang digunakan untuk produk Erase by Mkhan:

Vitamin E
Mencegah penuaan
Memulihkan kulit kusam kerana kesan sinaran matahari
Merawat kulit kering kerana cuaca dingin

Madu
Mencerahkan kulit
Mengatasi penuaan
Memperbaiki tekstur tona warna kulit

Ginseng
Mengurangkan kedut dan garis halus
Anti penuaan & menegangkan kulit
Bagus untuk kulit sensitif dan berminyak

Susu Kambing
Melembutkan dan melembapkan kulit
Meregenerasi kulit
Atasi masalah jerawat

UVA Protection
Mencegah kanser kulit
Mencegah sunburn
Anti penuaan

UVB Protection
Menghalang proses sintesis melanin
Membantu melambatkan proses degenerasi sel kulit
Memulihkan kulit

Jojoba Oil
Meningkatkan kesan essential oil (EO)
Membantu melembapkan kulit kering
Melegakan masalah ekzema dan proriasis


Pengasas Puan Myra Khan telah melantik selebriti Uyaina Arshad sebagai duta produk Erase. Menurut Uyaina, berikutan kulit mukanya yang sensitif, beliau tidak terus bersetuju untuk menjadi duta produk ini. Setelah mencuba sendiri produk ini pada bahagian tangan dan kaki dan telah memberikan kesan positif, barulah Uyaina bersetuju menjadi ambassador produk.
"Disebabkan jadual kerja yang padat dan kurang rehat, masalah lingkaran di bawah mata selalu terjadi. Setelah mencuba di bahagain bawah mata, ianya ternyata berkesan dan mengatasi masalah tersebut", ujar Uyaina Arshad semasa sidang media pelancaran Erase.

Cara menggunakannya juga mudah. Anda cuma perlu sapu dimana-mana bahagian badan sehingga rata & kesannya boleh dilihat hanya dalam masa 3 saat sahaja. Kak Bell juga telah mencuba sendiri produk ini dan Kak Bell sukakan tekstur krim yang tidak berminyak dan mudah menyerap ini. Bagi yang mengalami masalah kulit kusam, tona tidak sekata dan tiada masa untuk berdandan muka dan sebagainya sudah tidak perlu risau dengan Erase By Mkhan.

Erase By Mkhan boleh didapati melalui laman sesawang Erase By Mkhan dan stokis mereka pada harga hanya RM49.90 dalam isian 50ml di semenanjung Malaysia, RM52.90 untuk Sabah dan Sarawak dan $20 di Brunei dan Singapura.


Sekarang anda boleh dapatkan kulit putih gebu pada harga berpatutan dengan Erase By Mkhan. Just erase your darkness and erase it all!

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman rasmi mereka di bawah.

Facebook: Erase By Mkhan HQ
Instagram: @erasebymkhan_hq
Website: www.erasebymkhan.com
Helpline: +6012-6508762 / +6011-62821808

CONVERSATION

22 comments:

  1. bell!!! lawanya event nih.
    selawa produknya...lepas ni bertambah gojes la adik sorang nig gegegege

    ReplyDelete
  2. Makin meletup la Sis Bell lepas nie. Kalau ada extra share ye nanti sebab nak gak lawa seperti Sis Bell

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ada 2 botol je sis. Ni hari2 pakai mahu kena rm5o0 sebulan.

      Delete
  3. Banyak juga ye kesan impak dari pengunaan berterusannya..bagus ni...lagi dah tua ni, kalu boleh nak cari yang boleh memutih dan hilang kedutan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok review video mmg menjadi. Tapi kita jenis pakai sikit2 je. Buat ala mcm krim biasa je.

      Delete
  4. Usia makin meningkat ni kena lebih jaga wajah. Syg diri org kata. Thanks sharing produk bagus mcm ni.

    ReplyDelete
  5. Wah bertambah cerah lah lagi kulit Bella ya... betul ke 3 saat? Hebat tu...

    ReplyDelete
  6. what a nice products. it so beautiful with the awesome packaging. love it

    ReplyDelete
  7. cantik packaging ni, nampak eksklusif dan boleh dijadikan hadiah dan hantaran kan. zul sekarang tengah gelap, kalau boleh nak cuba lah produk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je zul. Semua jantina boleh pakai. hehehe.

      Delete
  8. wah lepas ni lagi cantiklah sis?! nampak meriah majlisnya. produk pun nampak meyakinkan. yang penting halal dan selamat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Zaman sekarang ramai dah sedar, cari yg Halal dan selamat.

      Delete
  9. ha dah try juga this cream! Memang best! And kesannya boleh nampak sekelip mata! Memang sentiasa sapu kat tangan 😁

    ReplyDelete
  10. Awak pakai krim pemutih nie ke ? Padanlah gebu molek je. Ini rupanya rahsianya. Nanti kita pon nak gebu jugaklah.

    ReplyDelete
  11. cantik packaging nya. bolehlah gunakan kalau dah pastikan ramuannya selamat. all the best

    ReplyDelete
  12. Eh bagus la produk ni pulak2 kalo pas balik travel hahah kan biasa kalo blk dr travel kulit akan gelap so apply ni mesti ok

    ReplyDelete
  13. Takut sebenarnya krim2 yang cepat putih ni, tapi tengok bahan2 utk produk ni bagus jugak sebab tak ada bahan kimia. Boleh le cuba nanti...

    ReplyDelete
  14. Beautiful products those white color pearls have looking elegant.

    ReplyDelete

Back
to top