Bahagianya rasa jika dihadiahkan sejambak bunga dari yang tersayang. Siapa sahaja tidak pernah berangan menerima jambakan bunga dari peminat. Melalui bunga sahaja sudah cukup untuk menyampaikan isi hati seseorang dan rasa penghargaan untuk orang yang kita sayangi, buat rakan, keluarga mahupun rakan sekerja. Bunga adalah hadiah terbaik!

Sekarang ini pun sudah banyak online florist di Malaysia, tidak perlu bersusah payah ke kedai bunga untuk membuat pilihan. Dengan perkembangan e-dagang industri penjualan bunga juga menjadi lebih mudah, hanya tengok gambar dan terus boleh membuat tempahan mengikut bajet yang dikehendaki.
Minggu lalu, Kak Bell sangat berbesar hati bila 5 jambak bunga sampai di pintu rumah. Ya! akhirnya mimpi jadi kenyataan. Siapa yang tidak teruja bila dihadiahkan jambangan bunga yang indah dari kedai bunga dalam talian terbaik, Bloom Valley Empire.

Ditubuhkan pada tahun 2017, Bloom Valley Empire adalah sebuah syarikat berpengalaman yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pengaturan bunga, penghantaran bunga sebagai hadiah & hiasan bunga untuk majlis. Ianya baru sahaja dilancarkan pada bulan September 2019 dan dipelopori oleh Zaffiey Zain selaku founder dan rakan kongsinya En. Izzu Maaruf. Selain dari penghantaran bunga, Bloom Valley Empire turut menyediakan perkhidmatan untuk hamper kreatif, pakej hadiah dan makanan sebagai hadiah.

Bloom Valley Empire hanya mempunyai 1 kedai fizikal di Ara Damansara dan mengenengahkan konsep jualan di atas talian berbanding kedai fizikal. Pesanan bunga dan pakej hadiah boleh dibuat melalui telefon dan faks, katalog, dan melalui laman web mereka bagi menawarkan pengalaman membeli-belah yang selesa 24/7.
Di Bloom Valley Empire, mereka menawarkan penghantaran hari yang sama di sekitar Lembah Klang untuk pesanan yang dibuat sebelum jam 12 malam. Buat masa sekarang, mereka telah mempunyai lebih dari 2000 koleksi aturan bunga dan pakej hadiah yang boleh dijadikan pilihan sebagai hadiah. Penghantaran di sekitar Lembah Klang adalah percuma dan anda boleh menyemak dahulu sama ada kawasan anda dikenakan bayaran penghantaran atau tidak.



Bloom Valley Empire menfokuskan kepada servis penghantaran hadiah & bunga, hamper perayaan, corporate floral arrangement & events selain contractual weekly flowers display. Di antara servis yang pelanggan boleh dapatkan dari mereka adalah seperti berikut:
- Festive Hamper
- Housewarming Gifts
- Hand Bouquet
- For Him & Her
- Flowers arrangement
- Balloon greetings
- Congrats stand
- Be well hampers
- baby gifts
- Sympathy Wreath
- Fruit Basket
- Personalized Cards
- Cake, Choc & Food Gift
- Surprise party
- Wedding planner
- Doorgift
Promosi Valentine's Day
Bunga memang amat sinonim dengan perayaan hari kekasih. Bunga ros merah ini kata orang membawa maksud cinta dan sayang. Melalui bunga kita dapat menyampaikan kata cinta. Jika terima 3 kuntum membawa maksud I Love you, jaka 1000 kuntum? Pastinya cinta sejati selama-lamanya! Bersempena dengan Hari Kekasih atau “Valentines Day” yang bakal tiba, Bloom Valley Empire telah melancarkan harga promosi untuk jambakan bunga. Sebelum memberikannya hadiah yang mahal atau istimewa, apa kata mulakan hari khas tersebut dengan sekuntum bunga mawar sebagai penghargaan buat yang tersayang.
Katy Rose RM128

Duo Love RM168

Lovely Romeo RM188

Rosa Beutee RM238

Hasta El Fuego RM888

Anda semua boleh membuat tempahan awal sekarang sehingga tarikh 12 Februari 2020. Tempahan boleh dibuat secara dalam talian melalui website Bloom Valley, melalu laman instagram dan talian whatsapp.
Whatsapp di talian 019-4015372 & 019-4017526 untuk pre-order
Bloom Valley Empire hanya menggunakan bunga segar berkualiti tinggi, harga yang berpatutan dan penghantaran percuma di kawasan terpilih. Aneka pilihan gubahan bunga yang menarik telah meletakkan mereka sebagai satu penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara online. Jadi memang Kak Bell recommend anda semua untuk menggunakan servis penghantaran bunga dari Bloom Valley Empire.

Bloom Valley Empire
33, Jalan PJU 1A/1E, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya.
Opening Hours
Mon - Fri: 9am - 6pm
Saturday: 9am - 1pm
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sosial Bloom Valley Empire seperti berikut:
Website: https://www.bloomvalleyempire.com/FB Page: https://www.facebook.com/bloomvalley.empire/
IG: https://www.instagram.com/bloomvalley.empire/
cantik2 bunganya.. bilala ade orang nak kasi kita bunga cemni ahak hehe..
ReplyDeleteHehe. Apa kata pujuk suami belikan. Hehe. Bagilah hints2 sket
DeleteWahhh cantik cantik, teruja huda tgok. Ok next bolehlah guna service diorg. Thank you for suggestion
ReplyDeleteYou're welcome. Suka..nampak outstanding bunga dorang
DeleteNak juga dapat bunga macam Bella. Cantik betul design dia tu. Perempuan mana yang tak suka dapat bunga kalau Yang Tersayang bagi kan?.
ReplyDeleteKannn. baru bahagis rasa.
DeleteEh. Ada promotion ye.
ReplyDeleteAdakah Sis Bell akan hantar sejambak bunga kat I nanti? Cantik2 gubahan dia ye
Yer. bolehlah order nanti. Hehehe.
DeleteTak lama dah valentine’s day hehe mudah la pakwe2 nak tempah bunga utk awek memasing skrg. Kte tgg bella bg kte bunga eh!
ReplyDeleteHehehe. ye la online je sekarang ni. Awak nak yang 99 kuntum ke?
DeleteCantiknya sis dgn bunga2 tu.Bru taw ad juga online shop yg offer jual bunga2 segar ni. huhuhu
ReplyDeleteAla kamon la. Takkan la tak pernah orderbunga online. Hehehe. Bg sis cepat!
Deletecantik cantik la hai... mesti wangi semerbak tu. ish lama dah tak dapat bunga ni.. hahaha.. senang skrg boleh order online.. pilih je nak yg mana
ReplyDeleteBetul tu. Mudah!
DeleteSiapa lah nak hadiahkan kita sejambak bunga.. Or sekuntum pun takpe.. Ngan coklat sekali.. Hahhaha.. Mudah je tau.. Online je dgn Bloom Valley Empire ni... I tunggu.. Hehheehehhe
ReplyDeleteHahaha. Kene bagi husben or bf baca ni impian awak. kikiki.
DeleteSuka bouquet Lovely Romeo dengan Hasta El Fuego tu! Cantik sangat kena dengan taste saya. Untung la Kak Bell dapat special gift dari Bloom Valley Empire.
ReplyDeleteSenanglah nak order lepas nie..x payah susah pergi kedai bunga.birthday dah dekat harap adalah org nak kasi bunga..hahaha
ReplyDeletebestnya sis. suka sangat konsep dia. btw rekaan jambangan dia pon look luxury n simple. suka sangat2. haloo ada orang nak bagi kita bunga tak?
ReplyDeleteMenghadiahkan bunga menarik apatah lagi penerimanya adalah wanita memang sesuai sangat.
ReplyDeletesyoknya dapat bunga..suka kita tau kalau dapat bunga..cantiknya jambnagan dia buat
ReplyDeleteCantik bunga2 tu.. Geram tengok... Kalau dpt bunga2 mcm tu best la kan... Harga pun mcm ok ja tu
ReplyDeletecantik sangat la bunga2 ni. kalau setiap minggu boleh bertukar fresh flowerrs kat rumah kan best. macam terapi juga
ReplyDeleteAmboii 5 jambal terus dia dapat ye. Mau berbunga2 hati tu kan. Dapat sejambak kecik pun dah happy sangat2
ReplyDelete