Ceres Jewels Taja Barang Kemas RM3.5 Juta Untuk Ifa Raziah

Trending

Ceres Jewels Taja Barang Kemas RM3.5 Juta Untuk Ifa Raziah

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi Ifa Raziah. Walaupun senantiasa tidak lekang dengan kontroversi yang melanda dirinya Ifa Raziah terus menerus melebarkan sayapnya dalam kerjaya nyanyian mahupun perniagaan.


28 Januari lalu, Kak Bell sempat ke studio Lensa Film Sdn. Bhd. bertemu dengan penyanyi Ifa Raziah untuk pembikinan muzik video terbaru dari Ifa. Sebelum ini Ifa Raziah muncul dengan lagu Starlela bersama penyanyi Zizi Kirana & Bella Astillah dan kini tampil dengan buah tangan terbaru 'Miss Diva'.


Ifa Raziah yang diberi peluang mengenakan barangan kemas termasuk satu set tiara, anting-anting dan cincin bernilai lebih RM3.5 juta untuk penggambaran muzik video muzik lagu terbarunya, Miss Diva rasa berbesar hati di atas tajaan dari pihak Ceres Jewels.


Menurut Pn. Lila, pihak Ceres Jewels teruja dengan kolaborasi bersama Ifa Raziah dengan menaja 'signature crown' mereka untuk muzik video Miss Diva. Set tiara yang dipakai Ifa dihasilkan dengan menggunakan 1,420 butir permata jenis Aquamarine 600 karat bernilai RM3 juta, manakala set anting-anting bernilai lebih RM340,000 dan dua cincin bernilai RM69,000 dan RM64,000.

Penaja dari Ceres Jewels

'Crown identity' Ceres Jewels

Busana Ifa Raziah juga di taja oleh Calvin Thoo, Lily Moo, Razman Razmi dan Salleh Hamid.


Berkenaan lagu terbaru ini, ianya mengisahkan watak Miss Diva yang sentiasa dikritik tetapi sentiasa move on tanpa memikirkan cakap-cakap belakang manusia disekelilingnya. Lagu Miss Diva ini adalah hasil kerjasama dua komposer Malaysia dan Indonesia iaitu Hafiz Hamidun dan Ressa Herlambang.


Untuk ketahui pengakhiran jalan cerita untuk Miss Diva, jangan lupa nantikan di YouTube. Good luck Ifa Raziah untuk lagu Miss Diva!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

14 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Kuss semangat harganyaa...
    Eh muka Ifa makin cantik kan..Bella tengok depan-depan memang cantik ke? ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..memang lawo kak. Retis kalo tgk live meletop.

      Delete
  2. uuishhh harga barang2 tu xleh bawa bincang.. dapat pakai skejap pun jadilah nak beli memang x mampu punyalah..

    ReplyDelete
  3. Wah!!!!!!! Untung Ifa Raziah dpt ditaja oleh Ceres Jewels. Lawa pula tu crown nyer. Btw, lame x baca blog Kak Bell. Hope you are doing good.

    ReplyDelete
  4. Amboi.. 3.5 juta ditaja.. Untung tuah badan Ifa Raziah nie.. Sememang diva yg sangat mesra dan mudah di dekati..

    ReplyDelete
  5. Crown tue cantik sangat. Ifa Raziah pun semakin slim dan cantik. Untung ifa Raziah dpt tajaan

    ReplyDelete
  6. terkejut zul baca cerita ni. sampai 3.5juta tajaan untuk muzik video. mesti gempak nanti tak sabar nak tengok hasilnya

    ReplyDelete
  7. Untung ler diva puk puk kita ni . Harga barang kemas dia boleh melambung biji mata kita harganya ... Semangat betul

    ReplyDelete
  8. tu dia.. mak oi.. juta juta ni... =D Tapi memang lawa pun crown tu.. dh mcm queen dh haaa

    ReplyDelete
  9. giler gempak. wow sangat babe. btw u pulak bila nak buat single pertama. mana tahu semua pakat berebut nak taja barang kemas kan?

    ReplyDelete
  10. Wow! 3.5 juta bukan kaleng2 ye wak. Untung laaaa ifa leh pakai barang kemas yg lawa n mahal ni

    ReplyDelete
  11. Bukan bisahe2 nie dpt tajaan brang kemas 3.5 juta..untung la..tuah badan ifa raziah..

    ReplyDelete
  12. fuhhh cantiknya signature crown ceres jewel, harga dia pun cantik! Tak sabar nak tengok MV Miss Diva Ifa Raziah dengan set barang kemas Ceres Jewel ni.

    ReplyDelete
  13. A very awesome blog post. We are really grateful for your blog post. You will find a lot of approaches after visiting your post. gems and jewels

    ReplyDelete
Previous Post Next Post