Parie Goat Milk Powder Susu Kambing Pilihan Terbaik Buat Kucing Kesayangan

Orang ramai pasti mempunyai fikiran bahawa kita boleh memberikan susu lembu (dairy milk) kepada kucing bahkan ada juga yang beri susu pekat F&N untuk kucing. Sebenarnya tanggapan tersebut adalah salah kerana kucing adalah intoleran terhadap laktosa.


Kurangnya informasi atau kurang sikap mengambil tahu tentang pemakanan dan penjagaan kucing ini sebenarnya beri impak kepada kesan kesihatan kucing perliharaan kita. Jika salah pemakanan, kucing anda boleh mengalami cirit birit berpanjangan, menyebabkan dehydration dan boleh membahayakan nyawa kucing. Jadi, daripada menggunakan produk tenusu, lebih afdal jika anda menggunakan susu formula kucing sebagai milk replacer yang boleh dibeli dari pet shop atau atau klinik veterinar atau boleh juga menggunakan susu kambing.


Di rumah Kak Bell sekarang terdapat lebih daripada 20 ekor kucing. Nak menjaga mereka dengan kos makanan dan perubatan memang agak tinggi. Kadang-kadang, bila ada rezeki lebih memang Kak Bell akan belikan susu kambing untuk mereka minum. Biasanya, Kak Bell akan beli susu kambing yang di dalam botol dan belum pernah cuba bagi susu formula. Sekali-sekala jadikan sebagai 'treats' berikan susu kambing sebab harga sebotol pun agak mahal.


So harini Kak Bell nak kongsikan tentang susu kambing dalam bentuk tepung (serbuk) untuk kucing keluaran Pariepets iaitu Parie Milk Goat Powder.

Parie Milk Goat Powder
Parie Milk Goat Powder ini merupakan susu kambing yang diimport dari Netherland dan juga bebas laktosa (lactose). Susu kambing Parie mempunyai persamaan dengan susu ibu kucing, kerana ianya dirumus khas dari bahan-bahan yang kurang sensitif yang terdiri dari molekul lemak kecil dan lemak rantaian yang kecil untuk memudahkan penghadaman kucing.

Susu Kambing Parie juga mengandungi kandungan mineral dan vitamin yang tinggi dan dapat membantu kucing memperolehi nutrien penting seperti Niacin, Vitamin A, Vitamin D dan juga arginin yang diperlukan untuk penglihatan yang baik, jantung, pembiakan sihat dan meningkatkan sistem imun kucing.


Susu kambing Parie Goat Powder ini datang dalam pembungkusan tin berwarna oren dengan isian 500g dan dijual pada harga RM72. Tin pembungkusannya juga mempunyai penutup kerajang aluminium dan untuk penyimpanan didatangkan dengan penutup tin dan juga penutup plastik bagi memastikan susu dalam keadaan kedap udara dan kering.


Aromanya memang cukup wangi dan manis seperti bau vanilla. Sebelum bancuhan kucing Kak Bell dah sibuk tak sabar-sabar nak minum susu kambing ini. Anda semua tidak perlu ragu kerana produk ini ada pensijilan GMP dan juga ISO 9001.

Kebaikkan Parie Goat Milk Powder
  • Kulit dan bulu kucing akan lebih lebat dan bersinar
  • Meningkatkan imun sistem
  • Penglihatan mata kucing lebih jelas
  • Menguatkan tulang
  • Penghadaman lebih baik
  • Baik untuk perkembangan otak kucing
  • Kucing belajar lebih cepat
  • Meningkatkan pengeluaran susu ibu kucing

3 Cara Penyediaan Parie Goat Milk Powder
1) Campurkan 1 sudu penuh susu tepung ke dalam 40ml air suam, kacau hingga sebati dan sedia untuk diminum oleh kucing comel. Bagi kucing yang belum pandai minum sendiri, korang boleh masukkan kedalam botol susu yang dikhaskan untuk anak kucing.


2) Semasa anak kucing sedang membesar dan baru nak mula makan, anda boleh merendam makanan anak kucing dengan susu Parie agar lembut dan penghadaman dapat dipertingkatkan dan nutrien susu akan diserap secukupnya (proses weaning).


3) Jika kucing yang memilih makan, boleh campurkan serbuk susu Parie pada makanan kucing supaya dapat membangkitkan nafsu makan mereka.

Berselera masing-masing

Parie Goat Milk Powder ini sesuai untuk semua kucing termasuklah bagi kucing yang sedang hamil dan menyusukan anak. Di samping itu, susu formula Parie ini juga baik untuk kucing yang sakit dan lemah. Di bawah ni, Kak Bell kongsikan video anak-anak bulus Kak Bell sedang menikmati susu kambing yang sedap dari Pariepets.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawat laman sosial Pariepets seperti berikut dan anda juga boleh dapatkannya di Shopee.
Fb Page: http://facebook.com/pariepets/


CONVERSATION

11 comments:

  1. alahai comey semua berkumpul minom susu.. kdg2 kalo balik kampung rajin jugak beli susu kucing siap bancuh da utk anak bulus dikampung.. sesekali jele dia minom susu sedap hehe..

    ReplyDelete
  2. alolo comel2. nanti lisa nak try beli juga la

    ReplyDelete
  3. sampai sekarang baru saya tau kucing ada susunya sendiri. ingatkan boleh minum je mana-mana susu yang dijual dalam pasaraya. patut la sebelum ni ada jumpa anak kucing bila bagi susu freash milk kotak tu taknak

    ReplyDelete
  4. Bila banyak bela kucing elok lah beli susu kambing ni kan?

    ReplyDelete
  5. K mid pun ada 12 ekor anak bulu..dah lah nakal2..k mud pun beri diorg minum susu Ksmbing Parie..mmg elok untuk diorg

    ReplyDelete
  6. Ala.. comelnya kucing. Berselera ye korang minum. Mesti sedap tu. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  7. Comel gila kucing dia.. rasa macam nak Cuba bagi kucing I susu ni je mesti bertambah comel habis kan kucing... dapat nutrisi yang baik dari susu..

    ReplyDelete
  8. Kucing saya tak pernah pelihara.. baru tahu ada susu mcm ni untuk kucing..

    ReplyDelete
  9. rasa macam nak beli je untuk anak-anak bulus kita. mak dia pulak hilang entah kemana. nasib baik dah pandai minum makan sendiri dah.

    ReplyDelete
  10. ala comey comey nya.. suka tengok. sedap dia leh minum susu ramai... pernah dengar dh tentang susu ni aritu.. bagus ni

    ReplyDelete
  11. banyak betul kucing kak bella ye. selera kucing-kucing tu minum susu ni. boleh lah beli buat stock untuk bagi dekat stray cat

    ReplyDelete

Back
to top