Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur mengalu-alukan kehadiran Ketua Chef Masakan Itali mereka yang terbaru, Chef Roberto Panareillo di restoren inspirasi Tuscan, Villa Danieli yang terletak di aras 5 Sheraton Imperial KL. Pada minggu lalu, Kak Bell telah berkunjung ke sini untuk sesi rasa beberapa hidangan terbaru di Villa Danieli. Anda semua penggemar masakan Itali? Jom ikuti lebih lanjut.
A taste of Italy by Chef Roberto mengenengahkan beberapa menu hidangan 'signature' yang telah dicipta khas untuk Villa Danieli. Gaya masakan Chef Roberto yang rustic and simple, dengan sedikit inovatif yang disuntik ke dalam menu beliau masih, namun sesuai dengan lelaran moden masakan Itali. Di antara peraturan memasak paling utama untuk menghasilkan hidangan Itali yang hebat, pastinya dengan hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dan paling segar.
Suasana makan malam di Villa Danieli sangat aman dan eksklusif dengan dekorasi dan mural indah di bahagian siling restoren. Ditambah pula dengan petikan piano serta nyanyian yang merdu pasti buat hati rasa nyaman untuk menikmati setiap kunyahan makanan.
Antipasti - Tartare Di Tonno
Hidangan pembuka selera yang unik ini merupakan hidangan ikan tuna premium yang dipadankan dengan bahan-bahan segar seperi buah zaitun hijau dan hitam yang diimport, cuka Balsamic manis dari Modena, Itali dan bawang merah rangup yang meningkatkan rasa kesegaran ikan tuna.
Pasta - Ravioli Carbonara Di Mare
Seterusnya hidangan ini menggunakan ravioli pasta buatan sendiri, sos carbonara Itali yang asli dan sedikit inovatiof untuk pemadat ravioli. Chef Roberto menyumbat ravioli buatan sendiri dengan makanan laut tempatan yang lazat seperti udang, kerang dan anak sotong yang kebiasaannya tidak biasa digunakan dalam ravioli. Rasa sos carbonara menu ini memang sangat sedap dan recommended untuk di cuba.
Resepi ini merupakan resepi turun-temurun keluarga Chef Roberto selama hampir 80 tahun. Hidangan ini menggunakan ikan kod yang diimport khas dari laut Eropah Utara. Ikan yang dipangang sempurna, disajikan dengan sos tomato berasaskan tomato sebenar Puttanesca, di samping sayur-sayuran kukus, buah zaitun, capers dan tomato.
Dolce - Panna Cotta Al Profumo Di Sardegna
Bagi melengkapkan menu 4 course set menu ini adalah pencuci mulut Panna Cotta yang lebih dikenali sebagai puding Itali. Chef Roberto mencipta semula resepi Panna Cotta dengana rasa lebih premium dengan menambah Madagascar Vanilla dan beberapa kombinasi buah sitrus. Bau puding ini apabila dimasak dengan sempurna mengingatkan Chef Roberta suasana kampungnya di Sardegna.
Apa yang lebih istimewa selain dari hidangan di atas, Chef Roberto telah menginovasikan buku daftar menu di Villa Danieli ke dalam bentuk surat khabar lama Itali yang dikenali sebagai Gazetta. Terdapat pelbagai menu seperti Antipasti dan Dolce yang boleh menjadi pilihan bila berada di sini.
Di antara menu lain yang boleh anda nikmati ialah Ravioli di Magro, Pappardelle ai Funghi Porcini, Gnocchi alla Sorrentina Gratinati, 2 seleksi 'signature' pizza iaitu '5 Cheese' (combination of Mozzarella, Parmesan, Smoked Scamorza, Gorgonzola, Mascarpone, fresh Wild Rocket) dan Villa Danieli Pizza; pizza berasaskan tomato dengan dengan Mozzarella, Ceri Tomato, Wild Rocket, Bresaola, hirisan Parmesan dimasak dengan sempurna di dalam ketuhar kayu tradisional.
Kesemua menu ini boleh didapati bermula 17 Januari 2020 di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Bagi membuat tempahan anda boleh emel kepada dining.specialist@sheraton.com.
Untuk maklumat lanjut mengenai A Taste Of Italy dan Sheraton Imperial KL, anda boleh layari rasmi Sheraton Imperial Hotel KL
Sheraton Imperial Hotel KL Hotel
Jalan Sultan Ismail
Chow Kit 50250 KL
Restaurant operation hours:
Closed every Monday
Lunch: 12.00 pm – 3.00 pm
Dinner: 6.30 pm – 10.00 pm
Telefon: 6027179900