Realme Lancarkan Buds Air Dan realme 5i Pada Harga Mampu Milik - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Realme Lancarkan Buds Air Dan realme 5i Pada Harga Mampu Milik

Trending

Realme Lancarkan Buds Air Dan realme 5i Pada Harga Mampu Milik

realme Malaysia telah mengakhiri tanda tanya peminat realme seluruh negara dengan melancarkan dua produk yang amat dinantikan iaitu produk audio realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i pada 14 Januari 2020 lalu. Untuk makluman anda, realme Buds Air merupakan produk IoT pertama buat jenama realme dan pengenalan realme 5i sebagai gajet terbaru keluarga siri kelima realme.



Sebagai produk pembuka tirai bagi tahun 2020, kehadiran 2 produk terbaru realme ini bakal menarik minat pengguna yang gemarkan muzik dan permainan video.
Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, “Tahun lepas merupakan tahun yang menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa produk satu lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. Hari ini, kami akan memulakan tahun 2020 dengan satu lagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air. Tidak lupa juga, realme 5i dengan yang dikenali sebagai produk Quad Kamera Raja Bateri. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya tersendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri.”

realme Buds Air - True Wireless, Smart Assistant
Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan.


Dengan transmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Ini sudah pasti bakal menjadi buah mulut dan idaman setiap peminat mobile gaming tegar.

(From Left) MK from K - Clique, Kidd Santhe, Ms.Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia; Mr.Hunter Wang, CEO of realme Malaysia; Mr. Mervyn Liew, Assitant Category Manager of Shopee Malaysia; Mr. Max Wong, Brand Manager of Lazada Malaysia and Mr. KC Har, Product Manager of realme Malaysia at the official launch of realme 5i and realme Buds Air in Malaysia.

realme Buds Air juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang. Semasa pengguna membuat panggilan, suara anda akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. Manakala bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam.

Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga anda. Datang dengan 3 varian warna pilihan iaitu putih, hitam dan kuning.


Produk realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat seperti cuaca.


Harga yang ditawarkan untuk realme Buds Air ini adalah RM299. Untuk harga promosi, anda boleh mendapatkannya melalui pembelian Online first sale Shopee pada 21 Januari 2020 bermula 12AM pada harga RM199!. Harga Ekslusif RM199 ini hanya ditawarkan pada 21 Januari 2020 sahaja.


realme 5i - Quad Camera Battery Hero
Model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm AI Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya.


realme 5i dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari. Ianya juga dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri.

Bagi ciri kamera, ia tersedia dengan quad kamera ultra lebar - 119 ° lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak. realme 5i hadir dengan dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.


Harga yang ditawarkan untuk realme 5i adalah RM599. Untuk harga promosi, anda boleh mendapkannya melalui pembelian Online first sale Lazada pada 28 Januari 2020 bermula 12AM dan PERCUMA Hadiah Tahun Baru Cina 2020.

Majlis pelancaran juga turut dimeriahkan dengan kehadiran MK (K-Clique) dan Kidd Santhe yang menyanyikan lagu Haa Tepok.


Untuk maklumat lanjut mengenai realme, anda boleh layari laman sesawang berikut:
@realmemalaysia


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post