Paradigm Mall Petaling Jaya Meraikan Tahun Baru Cina Dengan Limpahan Kemakmuran & Tuah - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Paradigm Mall Petaling Jaya Meraikan Tahun Baru Cina Dengan Limpahan Kemakmuran & Tuah

Trending

Paradigm Mall Petaling Jaya Meraikan Tahun Baru Cina Dengan Limpahan Kemakmuran & Tuah

Beberapa hari sahaja lagi kaum berbangsa Cina akan meraikan Tahun Baru Cina. Untuk tahun ini terasa terlalu cepat dan singkat kehadiran perayaan-perayaan besar selepas Krismas dan untuk sambutan Hari Raya yang bakal menjelang. Awal minggu lalu, Kak Bell telah berkunjung ke Paradigm Mall Petaling Jaya sempena kempen Tahun Baru Cina bagi tahun 2020.


Diserikan hiasan bertemakan ‘Garden of Abundance’, pengunjung boleh menyaksikan keindahan bunga ‘peony’, bunga yang melambangkan kemakmuran, kekayaan dan tuah di Paradigm Mall Petaling Jaya. Paradigm Mall menyambut kehadiran Tahun Tikus dengan menyebut “Huat” bagi lambang limpahan kemakmuran pada Tahun Baru Cina ini.


Ruang legar utama mereka diserikan dengan bunga peony berkembang mekar dengan hiasan rama-rama berwarna merah jambu, jingga dan merah serta emas, membawakan suasana perayaan Tahun Baru Cina sepanjang 6 Januari hingga 9 Februari 2020 disamping pelbagai aktiviti menarik bagi menyatukan dan mengeratkan hubungan keluarga di tahun baru Cina nanti.

“Kami berbesar hati untuk mempersembahkan ‘Garden of Abundance’ untuk perayaan Tahun Baru Cina ini. Ia merupakan tradisi untuk meraih perayaan setahun sekali ini dengan bunga dan tumbuhan yang meriah kerana ia dipercayai membawa tuah dan rahmat. Tahun ini merupakan Tahun Tikus Besi dan seperti ramalan horoskop tahunan, ia merupakan elemen yang dikaitkan dengan kejayaan, kesihatan dan kekayaan. Oleh itu, kami mengharapkan para pengunjung akan menikmati sambutan Tahun Baru Cina yang Makmur dan semoga tahun ini dipenuhi dengan kepuasan, peluang dan ketenangan,” jelas Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management.
Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang dipenuhi dengan pemberian. Dalam menyambut kedatangan Tahun Baru, mereka yang kurang bernasib baik turut tidak dilupakan. Untuk mendekati mereka, Paradigm Mall PJ bekerjasama dengan inisiatif Food Bank oleh Kechara Soup Kitchen dengan menjalankan kutipan derma Food Bank di pusat membeli-belah Paradigm Mall.

(L – R) Mr. Tan Boon Leong, Assistant General Manager, Paradigm Mall Petaling Jaya, Ms. Selena Chua, CEO of WCT Malls Management, Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, Ms. Moon Tan, Retail Director of WCT Malls management and Mr. Justin Cheah, Operations Director of Kechara Soup Kitchen with the children from Victory Home who also joined in the celebration.

Pengunjung pusat membeli-belah boleh menyertai kempen menderma ini dengan menyumbangkan makanan (kering dan dalam tin) kepada yang memerlukan dengan mudah dengan menghantarkannya ke lokasi kutipan derma Food Bank di hadapan Bank RHB, aras CC dari 6 Januari – 31 Disember 2020. Untuk memeriahkan lagi sambutan ini, Paradigm Mall PJ akan mendermakan jumlah makanan yang sama dengan yang didermakan oleh pengunjung untuk inisiatif kebajikan ini.

The official launch of ‘Garden of Abundance’ in conjunction with Chinese New Year celebration at Paradigm Mall Petaling Jaya in the presence of personnel from WCT Malls management and Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah who is present on behalf of Kechara Food Kitchen to officiate the Kechara Food Bank initiative.

Paradigm Mall Petaling Jaya akan turut memberikan ganjaran menarik, penebusan eksklusif dan aktiviti menarik untuk dinikmati pengunjung. Jom kita lihat apa aktiviti menarik sepanjang kempen pada tahun ini.

Persembahan Tahun Baru Cina
  • Tarian Singa Akrobatik: Januari 11, 18, 25, dan 27 & Februari 1 & 9
  • Persembahan 8 Dram Kemakmuran: Januari 12, 19, 26 dan Februari 2 & 8
  • Tarian Kebudayaan Cina & Merak: Januari 12, 19, 26 dan Februari 2 & 9
  • Persembahan Seribu Tangan: Januari 11, 18, 25, 27 dan Februari 1 & 8
  • Persembahan Kanak-Kanak Tahun Baru Cina: Januari 11 & 18 dan Februari 2 & 9
  • Persembahan Aksi Seimbang dan Membaling: Januari 12, 19, 26 dan Februari 2 & 9
  • Tarian Bunga Tahun Baru Cina: Januari 25 & 27



Sempena kedatangan Tahun Baru Cina ini, pengunjung juga boleh mengasah daya kreativiti melalui aktiviti membuat biskut, Jeli Ikan Koi dan membuat tanglung kuda berpusing daripada guru-guru berpengalaman yang berkongsi ilmu tentang warisan seni Cina.

Bengkel Tahun Baru Cina
  • Bengkel Membuat Biskut DIY: Januari 12 & 19
  • Bengkel Jeli Ikan Koi: Januari 11, 18, 25, 27 dan Februari 1 & 8
  • Bengkel Tanglung Kuda Berpusing: Januari 26 & Februari 2 & 9
*Bengkel terhad kepada 20 peserta setiap sesi

Anda yang berkunjung ke Paradigm Mall Petaling Jaya juga berpeluang untuk bertemu dengan Dewa Kemakmuran yang bakal membawa tuah sepanjang tahun, serta menyaksikan Kunjungan 8 Singa pada tarikh di atas. Bukan itu sahaja, tahun ini mereka juga membawakan sesi bacaan Kad Tarot dan BaZi untuk pengunjung.

Penampilan & Tilikan Khas
  • Kunjungan Dewa Kemakmuran: Januari 11, 12, 18, 19, 25, 26, 27 dan Februari 1, 2, 8 & 9
  • Kunjungan 8 Singa: Januari 11, 12, 18, 19, 25, 26, 27 dan Februari 1, 2, 8 & 9
  • Bacaan Kad Tarot: Januari 19 dan Februari 2
  • Bacaan BaZi: Januari 12 & 26 dan Februari 9



Pertandingan Kostum Dewa Kemakmuran Si Kecil
Bawa si cilik untuk menggayakan kostum tradisional Dewa Kemakmuran sempena Tahun Baru Cina dan berpeluang memenangi hadiah istimewa!
Tarikh: Januari 12


Hadiah dengan Pembelian (GWP)
Berikut merupakan cenderahati eksklusif Tahun Baru Cina yang boleh ditebus oleh pengunjung semasa membeli-belah di Paradigm Mall.

Sampul Ang Pow WCT
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja melebihi RM188 ke atas dalam tiga resit boleh menebus satu (1) set paket Ang Pow yang dihiasi corak bunga ‘peony’ dalam tiga warna berbeza – merah, jingga dan kuning. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM188 dalam tiga resit untuk menebus dua (2) set paket sampul Ang Pao.

Beg Duit Bunga WCT
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja RM288 ke atas dalam tiga resit boleh menebus satu (1) beg duit bercorakkan bunga eksklusif yang didatangkan dalam dua warna berbeza, merah jambu dan kuning. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM238 dalam tiga resit untuk menebus beg duit ini.


Pembelian dengan Pembelian (PWP)
Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa Abalone yang lazat sebagai penyeri makan malam keluarga. Untuk menjadikannya lebih meriah, Paradigm Mall juga menyediakan tawaran eksklusif sebagai pembelian-dengan-pembelian.

Soon Thye Hang (425 Gram Abalone dalam Tin)
Pengunjung yang berbelanja RM188 ke atas di dalam tiga resit boleh membeli sebanyak tiga (3) tin Abalone Soon Thye Hang pada harga RM28 (harga asal: RM90). Pengguna HSBC dan ahli WCT hanya perlu berbelanja RM88 untuk menikmati tawaran pembelian-dengan-pembelian ini. Abalone yang lazat ini terhad kepada tiga (3) tin untuk setiap pelanggan, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi, sila layari laman web pusat membeli-belah dan platform sosial media berikut:
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmPJ/

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post