Ceres Jewels Taja Barang Kemas RM3.5 Juta Untuk Ifa Raziah - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Ceres Jewels Taja Barang Kemas RM3.5 Juta Untuk Ifa Raziah

Trending

Ceres Jewels Taja Barang Kemas RM3.5 Juta Untuk Ifa Raziah

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi Ifa Raziah. Walaupun senantiasa tidak lekang dengan kontroversi yang melanda dirinya Ifa Raziah terus menerus melebarkan sayapnya dalam kerjaya nyanyian mahupun perniagaan.


28 Januari lalu, Kak Bell sempat ke studio Lensa Film Sdn. Bhd. bertemu dengan penyanyi Ifa Raziah untuk pembikinan muzik video terbaru dari Ifa. Sebelum ini Ifa Raziah muncul dengan lagu Starlela bersama penyanyi Zizi Kirana & Bella Astillah dan kini tampil dengan buah tangan terbaru 'Miss Diva'.


Ifa Raziah yang diberi peluang mengenakan barangan kemas termasuk satu set tiara, anting-anting dan cincin bernilai lebih RM3.5 juta untuk penggambaran muzik video muzik lagu terbarunya, Miss Diva rasa berbesar hati di atas tajaan dari pihak Ceres Jewels.


Menurut Pn. Lila, pihak Ceres Jewels teruja dengan kolaborasi bersama Ifa Raziah dengan menaja 'signature crown' mereka untuk muzik video Miss Diva. Set tiara yang dipakai Ifa dihasilkan dengan menggunakan 1,420 butir permata jenis Aquamarine 600 karat bernilai RM3 juta, manakala set anting-anting bernilai lebih RM340,000 dan dua cincin bernilai RM69,000 dan RM64,000.

Penaja dari Ceres Jewels

'Crown identity' Ceres Jewels

Busana Ifa Raziah juga di taja oleh Calvin Thoo, Lily Moo, Razman Razmi dan Salleh Hamid.


Berkenaan lagu terbaru ini, ianya mengisahkan watak Miss Diva yang sentiasa dikritik tetapi sentiasa move on tanpa memikirkan cakap-cakap belakang manusia disekelilingnya. Lagu Miss Diva ini adalah hasil kerjasama dua komposer Malaysia dan Indonesia iaitu Hafiz Hamidun dan Ressa Herlambang.


Untuk ketahui pengakhiran jalan cerita untuk Miss Diva, jangan lupa nantikan di YouTube. Good luck Ifa Raziah untuk lagu Miss Diva!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post