Pencarian Puteri Gunung Ledang Bermula Untuk PGL The Musical 2020

Setelah 15 tahun kejayaan filem sejarah epik Malaysia dan teater muzikal Puteri Gunung Ledang, penggemar teater tanah air bakal disajikan dengan pementasan semula PGL 2020. Filem PGL yang diterbitkan pada tahun 2004 yang menelan belanja RM16.6 juta ini telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar (Academy Awards) tahun 2004.


Menjangkau 21 tahun dalam industri pengurusan seni dan filem tanahair, Enfiniti Universe telah menghasilkan pelbagai rancangan TV popular seperti Spanar Jaya, Toll Gate Girl dan persembahan teater seperti P.Ramlee The Musical, The Secret Life Of Nora, MUD KL, Ola Bola The Musical dan Puteri Gunung Ledang The Musical.


Ketika sidang media ketika sambutan majlis ulang tahun Enfiniti ke-21 bertempat di MaTiC, Ampang pada Selasa lalu, Puan Sri Tiara Jacquelina mengumumkan pementasan semula teater musikal Puteri Gunung Ledang atau PGL 2020 pada Julai nanti setelah persembahan di Singapore Esplanede Theather pada bulan Jun 2020. Selepas kejayaan Ola Bola Merdeka, ramai peminat teater meminta PGLM dipentaskan semula. Apa yang menarik, PGL 2020 akan menampilkan para pelakon yang baru dengan persembahan pentas yang baru dan lebih segar.


Peyampaian penghargaan buat penaja

Untuk musim baru PGL 2020, Tiara Jacquelina mengumumkan beliau tidak akan berlakon sebagai Puteri, sebaliknya akan bertindak sebagai pengarah dan penerbit. Sehubungan itu, Tiara mengumumkan, pihak produksi sedang mencari seorang pelakon yang akan memegang watak utama sebagai Puteri Gunung Ledang. 


Kriteria yang diperlukan bagi watak Puteri Gunung Ledang ini mestilah seorang yang berbakat yang boleh menari, menyanyi dan boleh menjiwai watak seorang Puteri selain boleh bertutur dalam dialek Jawa dan Indonesia. Ujibakat untuk karakter Puteri Gunung Ledang ini kalangan turut dibuka kepada semua pelakon negara serantau termasuk dari Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Dengan penubuhan Enfiniti Academy of Entertainment & Performing Arts pada tahun 2011 oleh Tiara & Enfiniti, lebih 8000 pelajar teater telah berjaya dihasilkan dalam usaha menyokong perkembangan dunia teater musikal Malaysia yang semakin berkembang. Selain itu juga, Kumpulan Enfiniti turut menceburi bidang pelancongan & kebudayaan dengan menubuhkan 2 buah kampung kebudayaan iaitu Tiarasa Escapes di Janda Baik dan Langkawi. Tempat pelancongan kebudayaan dan pusat peranginan ini disasarkan dibuka pada Tahun Melawat Malaysia 2020.

Diantara tunggak Enfiniti Universe

Sebagai hadiah tambahan untuk peminat PGL dan The Enfiniti Universe, Enfiniti telah mengeluarkan soundtrack Puteri Gunung Ledang The Musical, yang kini boleh dimuat turun di iTunes, Spotify dan Apple Music. Tarikh untuk sesi ujibakat Puteri Gunung Ledang akan diumumkan tidak lama lagi di Instagram dan Facebook @enfinitimy.

CONVERSATION

15 comments:

  1. wow PGL ada balik .. best ni. tak pernah menghampakan setiap karya datin tiara.

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya! Siapalah yang bertuah yang akan terpilih untuk jadi puteri gunung ledang tu kan. Tak sabar pulak nak tunggu musical ni :)

    ReplyDelete
  3. The story behind legend Puteri Gunung Ledang never fail to amaze us & the coming musical is something really amazing happening in 2020.

    ReplyDelete
  4. Wow!!!!!!! PGL musical coming back. Excited nyer!!!!!!!!! I once watched PGL musical at Istana. Budaya and I enjoyed it a lot. Thanx for this info.

    ReplyDelete
  5. masih lagi teringat tentang bagaimana epiknya filem Puteri Gunung Ledang. Kalaulah dibuat remake untuk filem pula, mesti lebih menarik.

    ReplyDelete
  6. wahh siyes , i minat giler dengan puteri gunung ledang ni sampai duu ada satu ketika kena theme dinner pahlawan melayu dan kisah2 puteri dongeng masyarakat melayu. semestinya i pilih puteri gunung ledang

    ReplyDelete
  7. Wah puteri gunung ledang nak kembali ke..siapa yang berbakat bolehla cuba ni..seronok dulu tengok kisah puteri gunung ledang yang dilakongkan tiara tu

    ReplyDelete
  8. all the best semua! teringat filem dulu yang Datin Tiara lakonkan, amazing gilerr

    ReplyDelete
  9. When I first saw Puteri Gunung Ledang and read about the story it was when I was still in high school, back in many years.This refreshed nice memories! And hopefully I can watch them in cinema in future!

    ReplyDelete
  10. Bukan biasa biasa watak PGL ni. Hehe tak sabar nak tengok siapa gerangannya. So far datin Tiara the best

    ReplyDelete
  11. Just nak kata I love Tiara Jacquelina. Even dia cina tapi dia buat PGL sampai ke persada antarabangsa dengan research dia buat utk filem dan broadway bagai. She is definitely Malaysian and should got anugerah Dato!

    ReplyDelete
  12. Wahh.. siapalah agaknya yang akan terpilih bagi memegang watak PGL yang baru ni ye? Harap ada muka baru yg power lah. Tahniah team PGL..

    ReplyDelete
  13. Yeayy tak sabar nak tengok PGL. siapalah yang pegang watak PGL nanti. Boleh ajak kawan-kawan menonton sekali ni nanti

    ReplyDelete
  14. Wow kita nak jadi Hang Tuah lah dalam teater ni boleh tak sesuai tak kita hehehe harap tahun 2020 ni lebih hebat dan juga lebih mantap persembahan teater ini tak sabar nak tunggu pementasannya..

    ReplyDelete
  15. I can't wait to watch this movie, read Puteri Gunung Ledang when I was a child and I love the story line.

    ReplyDelete

Back
to top