Bagaimana Cara Elakkan Kucing Bergaduh, Cara Halau Kucing Jantan? | Bagi yang mempunyai banyak kucing di rumah pasti pernah alami
situasi kucing belaan bergaduh di rumah. Ya, walaupun dah bertahun duduk
bersama, kenal dari kecil malah ada yang dulunya bercinta, hujung-hujung
jadi juga musuh. Dah macam orang pulak ye. Kak Bell sekarang ada 12 ekor
kucing yang dah besar dan 5 ekor kitten dalam jagaan. Ada 3 ekor jantan
besar, 4 ekor jantan kitten dan yang lain semua betina. Sepanjang 7 tahun
membela kucing, pernahlah 2 atau 3 kali pergaduhan besar berlaku. Maklumlah
dah anak-anak ramai. Nak menghalau kucing bergaduh pun satu hal, jadi
eloklah kita cuba halang depa bergaduh.
Kebiasannya kucing ni bergaduh disebabkan kawasan disebabkan kucing ini
adalah haiwan teritorial. Mesti nak kena ada kawasan dan 'space' dia yang
tersendiri. Dah namamya ada 12 ekor jadi memang akan adalah drama berentam
dorang semua ni. Pada awalnya hanya membela Si Zaza (betina) dan Sky
(jantan). Dari dulu Si Zaza ni memang kekwat dengan Sky but lama kelamaan ok
sebab hanya bela dorang berdua. Lama-kelamaan, lepas dah ramai dan Sky pun
dah dimandulkan, kedua-dua ni dah tak ngam.
Kes kedua pula, anak daripada Sky+Muezza (Zaza), Cik Hitam (betina) pernah
meroyan gila sekejap. Dalam rumah tu meow lain semua pernah bunting
melainkan Cik Htam. Dah lepas 4 atau 5 generasi barulah Cik Hitam ni
bunting. Masa ni Cik Hitam ni keinginan dia jadi ibu tu terlalu over sampai
kidnap anak orang lain dan habis semua meow lain diamuknya. Si Sky yang otai
tu pun kalah sampai ketakutan menyorok kat dapur hingga badan penuh terkena
minyak masak dan Cik Lucy sampai terberak-berak satu rumah. Memang cabaran
sungguh masa ni. Korang boleh baca sini > KENAPA KUCING BUNTING 'KIDNAP' ANAK KUCING LAIN?
Si Sky pula disebabkan dia jantan 1st yang ada di rumah, jadi mestilah dia
'declare' dia sebagai ketua. Kucing jantan yang dah matang, dah mengawan
memang dia kan kerjakan walaupun dia ni dah dimandulkan. Before this
arwahnya si Dexter dah jadi mangsa dan sekarang berentam pulak dengan Toby.
Pantang nampak, walaupun Toby dah dikurung Si Sky memang akan tetap agresif
dan mengusik si Toby. Bagi kucing jantan yang belum sunat, depa mula kencing
merata nak tanda kawasan.

Kesian pula sebab kucing jantan lain mesti selalu nak kena menyorok sebab
nak elak dari bertembung dengan Sky. Kalau semua jantan, biasala akan gaduh
sebab masing-masing tercabar nak mengawan bila datang bulan-bulan mengawan.
Tapi disebabkan Sky dah dikasi pun tetap nak bergaduh, jadinya dia ni tak
sukakan persaingan dan mungkin juga perasaan cemburu sebab takut kucing lain
rampas kasih sayang tuannya. Bila dah jadi macam ni, memang sukarlah situasi
yang akan dihadapi oleh pemilik kucing. Time dengar je bunyi suara nak start
bergaduh, cara halau kucing jantan dengan spray air. Takpun simbah sikit air
ke badan, jangan sebaldi pulak. Walaupun dah bertahun, perangai kucing
memang sukar diramal walaupun manja, jinak sebab kadang-kadang perangai
dorang boleh berubah sekelip mata.

Kisahnya, Ogos lepas Si Sky tengah mengejar Toby. Bila dah nampak dorang
nak berentam, Kak Bell bingkas la bangun nak halang. Dalam kes ni memang Sky
lah yang cari masalah. Kak Bell pun apa lagi marah dia dan halang Sky dengan
kaki dan Toby dah berjaya menyorok di tempat kegemaran dia di bawah sinki
dapur. Kak Bell pun kuis la si Sky dengan kaki dah dia terus terkam kaki Kak
Bell. Jika dilawan nanti lebih parah dan Kak Bell biarkan dia terkam dan
berguling-guling kat kaki dan bila dah sudah, lepas 3 saat, terus boom
mengalirlah darah dari kaki Kak Bell! Yes, masa kena tu kaki tak boleh gerak
dan berjalan dan nasib baik ada member kat rumah. Terus bergegas ke HKL
untuk dapatkan rawatan. Dapatlah 2 injection untuk tahan sakit dan tetanus.
Sakitnya bukan main sebab bisa, berdenyut-denyut hinggakan kena makan pain
killer dan antibiotik 8 biji sehari ye.
So, ini memang jadi pengajaran sangat buat Kak Bell. Pertama kali kena
serang dengan anak sendiri yang hari-hari di bawak tidur dalam bilik yer.
Tapi salah Kak Bell juga kuis dia dengan kaki. Nampak sangat dia pendamkan
kemarahan dia nak kejar Toby terus dilepaskan pada maknya. Moral of the
story, jika dah terlambat nak halang pergaduhan dorang, janganlah cuba nak
leraikan dengan tangan atau kaki sebab kucing bergaduh memang takkan pernah
mengenal tuan dia! Aiyoo panjang pulak mukaddimah cerita ni. Kalau dah
bergaduh, apa yang korang boleh buat ialah:
1) Simbah dengan air pada badan. Jangan masuk telinga karang kes lain
pula jadinya.2) Kuis dengan penyapu.
3) Baling objek lembut untuk leraikan pergaduhan.
Bagaimana Elakkan Kucing Bergaduh?
Untuk petua-petua ni ada yang berkesan dan ada juga yang tak berkesan.
Buat masa ni apa yang Kak Bell praktikkan adalah kenalpasti siapa yang
bermasalah, siapa yang tak ngan dengan siapa dan kurung secara bergilir
untuk mengelakkan kucing bergaduh. Ye awak, dah ramai ni kena bahagi kasih
sayang. Kalau nampak ada yang stress tu paham-pahamlah sebab kurang
layanan dan perhatian kita pada dia.

Jadual berkurung secara bergilir dengan Toby-Sky demi keharmonian
rumahtangga
1) Untuk kucing baru yang dibawa ke dalam rumah, gunakan tuala yang sama
semasa mandikan kucing supaya mereka kenal bau masing-masing agar serasi.
Kalau tak banyak meow di rumah InsyaAllah berhasil.
2) Asingkan dan kurung secara bergilir. Cara ni dapat bantu kurangkan
risiko nak bergaduh sahaja sebab dendam tu bila-bila boleh datang.
3) Pisahkan kedua-duanya bagi salah 1 pada pemilik lain. Yang ni Kak Bell
tak sanggup sebab dah sayang dan kesian. Hehe.
4) Mandul atau kembirikan semua kucing jantan supaya tidak menunjukkan
persaingan.
Cara Elak Kucing Kencing Merata Dan Hapuskan Bau Hancing
Cara Elak Kucing Kencing Merata Dan Hapuskan Bau Hancing | Dah alang-alang
cerita kucing bergaduh, mesti mereka ni akan kencing merata takpun bila
bergaduh mesti ada yang terkencing-kencing. Bila kucing dah mula kencing
merata-rata, memang sukar untuk hilangkan bau hancing tu. Sebab nak tanda
kawasan, habislah langsir, dinding rumah atau kat mana-manalah depa suka.
Litter box tu jadi perhiasan aje la. Haha.
Kucing mempunyai deria bau yang sangat sensitif. Lepas cuci dengan air
sabun pun kadangkala balik depa akan kencing kat situ. Walaupun dah
bersih, kucing dapat bau lagi air kencing kucing lain.
Untuk menghilangkan bau hancing boleh guna produk berasaskan serai seperti
serai wangi (Citronella) atau gunakan serbuk lada hitam. Rebus dalam dua
hingga tiga sudu lada hitam, then sembur air rebusan tadi di tempat kucing
kencing. |Dah alang-alang cerita kucing bergaduh, mesti mereka ni akan
kencing merata takpun bila bergaduh mesti ada yang terkencing-kencing.
Bila kucing dah mula kencing merata-rata, memang sukar untuk hilangkan bau
hancing tu. Sebab nak tanda kawasan, habislah langsir, dinding rumah atau
kat mana-manalah depa suka. Litter box tu jadi perhiasan aje la. Haha.
Kucing mempunyai deria bau yang sangat sensitif. Lepas cuci dengan air
sabun pun kadangkala balik depa akan kencing kat situ. Walaupun dah
bersih, kucing dapat bau lagi air kencing kucing lain. Untuk menghilangkan
bau hancing boleh guna produk berasaskan serai seperti serai wangi
(Citronella) atau gunakan serbuk lada hitam. Rebus dalam dua hingga tiga
sudu lada hitam, then sembur air rebusan tadi di tempat kucing kencing.
Kucing ni memang perlukan kasih sayang dan perhatian yang lebih. Perasaan
cemburu tu mesti akan ada bila kita luangka lebih masa dengan kucing yang
lain. Dorang pun cemburu dan bimbang ibarat kasih sayang kita pada dia dah
dirampas. Marah tu boleh tapi janganlah sampai memukul mereka dengan objek
sebab mereka boleh jadi lebih agresif dan memusnahkan kepercayaan kucing
terhadap pemiliknya. Tapi kadang-kadang kalau dah geram kena tabuh juga
akhirnya. Hahaha. Tapi sis pakai kain je pukul-pukul manja. Apapun memang
kena banyak bersabar dan buat pemerhatian tentang tingkah laku kucing
korang. Begitulah ceritanya bila nak dapatkan keharmonian di dalam rumah
kan. Next Kak Bell nak cerita pasal new baby born pada next entri. Kay
Bye.
Tags:
My Pet
masyaAllah. teruk juga kena tu. dulu ada bela kucing tapi taklah sampai macam ni sekali. harap tips yang diberikan tu akan menjadikan harmoni semuanya.
ReplyDeleteYa Allah teruknya dia cakar haaa sakittt :'( Kawan kita pernah kena cakar seminggu dia demam. Orang kata kuku kucing ni ada bisa. Yaya suka kucing tapi alah kat bulu dia pula huhu. Thanks bagi tips tak bagi kucing bergaduh tu. Boleh bagitahu kawan
ReplyDeleteOh my God you... teruk juga tu kaki , sampai luka yet MC. Alahai..ikutkan bahaya juga if terkena cakaran kucing ni , ada yang sampai demam n kena dapatkan suntikkan sebab infection. Tips tu berguna.
ReplyDeleteSiannyer. Teringat masa you pos gambar tu, terus Rawlins rasa ngilu kesakitan. Pedih2 la kan. Nasib la anak bulus ada dua ekor dan dua2 betina je - tu pun gaduh gak kekadang.
ReplyDeletesian yer kak bell, teruk tu nampak yer luka. Terasa bisa yer bila terfikir kena telan pain killer kan. Bagus yer la kak bell rajin yer bela kucing..huda ni bela anak sendiri jer.. jenis tak minat ada pet
ReplyDeleteALamak .. nampak kaki u sakit lah. Kena jaga jaga. Tengok Doc ya kalau infection ni susah sudah. Take care ya
ReplyDeleteAduh kita pula terasa ngilu tengok kesan cakar tu. Sebab tu kalau nampak kucing gaduh kita lari jauh2. Hehe. By the way great tips for those yang bela banyak kucing.
ReplyDeleteaduhh seriaunya tengok kaki tu. dah sembuh ke? masa saya ada kucing banyak dulu selalu jugak bergaduh. memang cara utama simbah dengan air, kalau tak jalan jugak balik objek2 lain untuk hentikan pergaduhan. searakng ni tinggal dua ekor je, tu pon dkt rumah parent, dkt rumah skrg ni tkde kucing.
ReplyDeleteKalau time kucing gaduh memng nad jarang leraikan..takut..hahaa..selalu ayah yang buat..ambil penyapu dan pukul..jangan dibuat main kalau kucing gaduh ni
ReplyDeleteDulu penah gak kena cakar. Nak pegi sekolah, ada plak kucing gaduh depan tu. Selamba badak lalu dekat kucing, kaki kita dia sambar
ReplyDeleteadui teruknya kena cakar tu ... kucing ni kalau gaduh mesti ada sebab .. semoga bella sihat cepat. hilang parut tu dengan cepat
ReplyDeleteteruk juga kena cakar tu, nanti boleh war war cara ni la untuk elakkan kucing gaduh. saya tak bela kucing
ReplyDeleteAdehh nyilu tengok. Kat rumah ni pun sama gak..kadang2 dok berjilat jilat sesemaa diorg, kadg2 bercakaran..hahaha. Sis kalau nampak diorg nak bergaduh..memang kena cepat2 leraikan, kalau tak...fuhhh ada yang terkencing2 dibuatnya dan masa tu mmg susah nak tangkap sengsorang. Cara nak leraikan pun terpaksa serkup dengan tuala, mencabar betul kalau seekali diorg gaduh
ReplyDeleteNgilunyaaa tengok kena cakar tu.Sumpah kalau o kena,memang i x pegang kucing sampai i betul2 hilang trauma tu.Hahaha.Sakit la kena cakar.nak mandi pun sakit
ReplyDeleteAdui kak bel.. Sakitnya... Huuuu.. Takut plak cat fight ni ya.. Mmg patut Guna prnyapu ja kan utk leraikan diorg gaduh tu..
ReplyDeleteadoi ngilu tgk luka di kaki tu
ReplyDeleteSakitnya!!! Cuci dengan antiseptik tau, Dettol ke. Bella dapat injeksi kancing gigi kat doktor tak. Disarankan tau.
ReplyDeleteadoiii seriau tengok kaki yang kena cakar..tapi bagus juga dengan tips yang dikongsikan... terutama yang memang bela kucing bolehlah praktikkan
ReplyDeleteNgeri kalau kucing tengah bergaduh . Btw terima kasih atas tips yang membantu sangat .
ReplyDeleteSemalam pun baru pas tgh jumpa kucing tgh bergaduh.. AM baik punya bersembang sakan tetiba diaorg dtg buat lintas langsung pergaduhan secara live.. Mmg terkejut d buatnya.. Sempat angkat kaki dulu.. 😩 😩 😩
ReplyDeleteHahaha. Lintas langsung live ye. Hehehe
DeleteOmg... your feets are badly dicalar oleh kuku kucing, you need to put medication and reduce the swelling.
ReplyDeleteSalam kak bel..terima kasih bagi tips. Saya ada kucing sekor nama dia enggo.. Tapi dia dah otai sebab betina mandul.. Saya nak amek kucing lain dah mandul jugak..saya risau dia akan gaduh.. Tapi tip kak bel saya akan ikut
ReplyDeleteHarap semuanya OK!
DeleteYa allah, teruk gak kaki akak ni...saya pon skang tengah mengalami budak2 ni nk bergaduh je kejenya...last2 saya asing kan bila malam time tido saya asing kan sorang kat lam sangkar...kesian kat kucing saya yang kena buli ni...takut dia sampai terpaksa menyorok yorok dari abg besar sorang ni
ReplyDeleteBetul. sampai sekarang sy masih asingkan 2 ekor jantan yang tak boleh bertembung.
DeleteAssalamualaikum Kak Bell...saya nak tanya saya ada dua ekor kucing jantan seekor dah mandul dan seekor lagi belum mandul lagi dan akan dimandulkan...diaorang ni ada sejarah pergaduhan yang teruk sebelum ni...kalau dua2 kucing jantan dah memang dah dimandulkan diaorang takkan gaduh lagi ke walaupun dulu diaorang ni ada sejarah pergaduhan??? Risau jugak kalau diaorang gaduh lagi...harap2 mereka dah baik2 je
ReplyDeleteWsalam. Amir, Kak Bell tak sure samada kalau keduanya dah disunat akan ok atau bergaduh jugak. Sebab kat umah ni yg dah sunat tu pun garang juga sik nak bergaduh. Kak Bell tpksa gilir-gilir kurung. Try la dulu bawa dekat, kalao agak2 depa berbunyik lain macam, means tak ok la tu. hehe.
DeleteSalam kak...diaorang gaduh lagi jugak 😅...cara terbaik sekarang memang kena kurung secara bergilir-gilir...tak tahulah macam mana nak buat diaorang baik balik...kena kenalkan diaorang secara berperingkat kot
DeleteWssalam. Nampak gayanya tak ley baik tu. Kak Bell punya kucing sampai sekarang tak ley ngam. Byk kali dah luka kena gigit masa lerai depa gaduh. Hee. All the best ya.
DeleteSalam Kak,dah setahun berlalu sejak kucing saya bergaduh...saya nak bagitahu kucing saya dah berhenti bergaduh...alhamdulilah berkat doa...saya ada tips...kucing yang bergaduh kena selalu asingkan dan tu kita jangan bagi diaorang berjumpa langsung sampai diaorang pun dah tak de niat nak gaduh...macam tu lah cara dia 😅
DeleteWsalam. Tq datang balik bagi tips! Ok baik. Boleh cuba ni nanti.
ReplyDelete