Bebas Dari Jerawat Dan Cela Dengan NOVU Acne-Dote

Siapa yang tidak inginkan wajah mulus dan bebas dari cela dan jerawat? Kadangkala ada yang telah mencuba pelbagai jenis produk tetapi tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan. Untuk pengetahuan anda, cara hidup seseorang sebenarnya memainkan peranan yang boleh menyebabkan muka ditumbuhi jerawat.


Seperti Kak Bell sendiri tidak lari dari permasalahan ini. Tabiat tidak mencuci solekan dengan bersih sebelum tidur salah satu punca utama yang dapat dikenalpasti menyebabkan jerawat. Jadi baru-baru ini, Kak Bell telah berkunjung ke NOVU Aesthetics di Parkson Sunway Pyramid untuk mencuba rawatan Anti-Blemishes + Acne iaitu NOVU ACNE-DOTE.

Bagi yang belum mengenali NOVU, NOVU adalah jenama estetik perubatan global yang telah membantu ramai pesakit yang mengalami masalah kesihatan kulit wajah. Terdapat 40 buah klinik estetik NOVU di 8 buah negara iaitu di China, Taiwan, Spain, Myanmar, Singapore, Indonesia, India dan juga di Malaysia. Outlet NOVU Aesthetics di Parkson Sunway Pyramid ini adalah merupakan outlet pertama dan tunggal di Malaysia.


Sebelum Kak Bell kongsikan lebih lanjut tentang pengalaman membuat rawatan di sini. Jom kitta ikuti dahulu di antara sebab penyebab jerawat dan mitos-mitos tentang jerawat!


Punca Kulit Berminyak & Jerawat

  • Kelenjar minyak yang aktif
  • Tekanan dan kerja berlebihan
  • Tabiat pemakanan yang tidak teratur
  • Merokok dan minum minuman keras
  • Penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai
  • Ketidakstabilan hormon
  • Cuaca panas & lembap
  • Kulit yang dehidrasi dan berminyak
  • Ubatan (steroid, bromida atau iodin)
  • Suntanning



ACNE TIPS ACNE TIP 
#1 DON’T OVER WASH YOUR FACE!
#2 DON’T SHARE SKINCARE, UNLESS SAME SKIN TYPE!

Pengunjung yang datang ke NOVU Aesthetics boleh mendapatkan beberapa jenis rawatan penjagaan wajah. Semasa kunjungan tempohari, Kak Bell telah mencuba sendiri pengalaman 20 minit program express NOVU Acne-Dote yang terdiri daripada rawatan P+ Laser, Cica Soothing Ampoule & Terapi Photodynamic untuk menjadikan wajah lebih segar, lebih cerah malah lebih sihat. 4 jenis rawatan yang boleh pengunjung dapatkan di NOVU Aesthetics adalah seperti berikut:

1) P+ PHYTO LASER NOVU ACNE-DOTE
A non-ablative, gentle laser that penetrates into skin layers

2) NOVU ACNE-DOTE HIGH PULSE LIGHT + MASK NOVU ACNE-DOTE
A broad-spectrum light pulses of energy

3) GLIMMER PDT + CICA SERUM + MASK
A one-stop photodynamic therapy for all skin types
*Blue Light – Kills acne-causing bacteria & suppresses sebaceous glands
*Yellow  Light – Soothes sensitivity & reduces skin redness

4) ION INFUSION NOVU ACNE-DOTE
Cold infusion of radiance essence for deep hydration and moisturizing


NOVU ACNE-DOTE
Pertama sekali, pembersihan kulit asas akan dilakukan untuk membersihkan solekan pada wajah. Seterusnya, proses P+ Laser dibuat. Teknologi inovatif dari Korea ini secara lembut akan menghilangkan sel-sel kulit mati dan membuka liang-liang untuk membuat warna kulit lebih cerah. Proses ini tidak menyakitkan berbanding rawatan estetik laser yang pernah Kak Bell buat.

Kemudian, Korean Cica Ampoule Mask diletakkan pada wajah. Topeng muka ini menggunakan bahan aktif yang popular dalam kebanyakan produk K-Beauty yang dikenali sebagai Centella atau Tiger Grass. Ianya digunakan untuk meredakan keradangan pada kulit yang sensitif serta mempercepatkan penyembuhan jerawat dan membaiki kulit.


Langkah seterusnya, High Pulsed Light dan teknologi Blue Glimmer Photodynamic Therapy (PDT) digunakan untuk menghapuskan bakteria dan toksin penyebab jerawat, mengawal pengeluaran minyak, menjana semula sel kulit dan menggalakkan pengeluaran kolagen pada kulit. Rawatan ini juga menggunakan cahaya biru dan cahaya kuning untuk merawat masalah kulit yang berlainan.

Rawatan teknologi cahaya biru digunakan untuk menenangkan kulit, menghalang jangkitan dan menyekat kelenjar sebaceous manakala rawatan cahaya kuning, Yellow Glimmer PDT digunakan bersama dengan Korean Cica Ampoule untuk mengurangkan kemerahan dan keradangan. Akhir sekali, Protective Tri-Action Mousse disapukan pada lapisan wajah untuk mengunci kelembapan, membantu keupayaan penyembuhkan kulit dan melindungi kulit terhadap sinaran UV berbahaya.


Untuk meningkatkan lagi rawatan ekspres di sini, NOVU Estetics juga menyediakan rawatan tambahan pilihan 20 minit iaitu Ion Fusion dengan Essence Vitamin C Kakadu Australia yang kaya dengan antioksidan. Buah Kakadu yang mempunyai 100 kali lebih Vitamin C daripada limau ini dapat membantu keupayaan kulit anda untuk menyembuhkan dan melindungi kulit terhadap sinaran UV berbahaya. Program NOVU Express ini boleh didapati hanya dengan RM 128 sahaja.

NOVU AESTHETICS MALAYSIA
G1.22, PARKSON SUNWAY PYRAMID
No.3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya, Selangor
Operating Hours: 10AM – 10PM
Tel: +603 56210203
Email: SPMY@novuclinic.com

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman berikut:
Website: https://iamnovu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/novuaestheticsmy/
Instagram: https://www.instagram.com/novuaestheticsmy/

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top