Resepi Ayam Goreng Bodo Dengan Lada Merah

Akhir-akhir ni Kak Bell memang dah jarang memasak dan menulis. Menghadiri event pun sama jugak. Memang kelaut sungguh la dibuatnya. Memang setiap orang ada masalah mereka tersendiri. Kak Bell pun yang bukan robot ni terganggu juga bila dah kehilangan semangat. Kadang-kadang terfikir kenapalah aku diuji itu dan ini. Btw, kita ni diuji kerana kita mampu hadapi benda-benda macam ni dan Tuhan tu nak kita lebih mengingati Dia. May Allah ease any hardship yang korang going through and bring happiness into our lives.


Bila dah serabut kepala, nak masuk dapur pun jadi malas. Ini pun salah sebuah resepi paling malas. Nak buat ala-ala ayam goreng kunyit tapi tak ada kacang panjang dan lobak. So Kak Bell gorengkan saja dengan lada merah dan cili padi. Makan dengan nasi putih je dah sedap. Masalah-masalah juga, tapi perut lapar nak kena isi jugak kan.


Bahan A
5-6 ketulan ayam
Serbuk kunyit
Serbuk cili

Bahan B (dihiris)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang lada merah
2 biji cili padi

Cara Memasak: 
1) Panaskan minyak, gorengkan ketulan ayam dan ketepikan.
2) Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis Bahan B
3) Tumiskan Bahan B hingga naik bau, kemudian masukkan ayam digoreng tadi.
4) Kacau rata seketika dan sedia untuk dihidang.


Dah pun siap. Sebenarnya dah lama dah nak menulis tapi baru hari ni ada sinar positif sikit.Nak meroyan kuat-kuat pun orang menyampah. Jawapannya, bawak pergi makan. Hahaha. Apa-apa pun korang yang serabut tu banyak-banyakkanlah bersabar ya.

CONVERSATION

3 comments:

  1. Uiii sedapnyaaa...nanti nak cubalah....memang sedap sangat nengoknyaaa...

    ReplyDelete
  2. sedappp ni..mkn ngan nasi pans2 ltk kicap..yummyyy

    ReplyDelete
  3. Simple macam ni la buat sedap gila kan..lagi bahaya bertambah nasi

    ReplyDelete

Back
to top