Promosi Bento & Onigiri RM1 Di myNEWS.com - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Promosi Bento & Onigiri RM1 Di myNEWS.com

Trending

Promosi Bento & Onigiri RM1 Di myNEWS.com

Setiap minggu memang sudah menjadi kebiasaan Kak Bell menyinggah ke Mid Valley cuci mata. Lepas tu memang akan menyinggah di myNEWS sebagai port lepak santai dan sebab ianya dibuka 24 jam. Kebetulan ke sana pada minggu lepas, ada pula promosi untuk Bento dan Onigiri yang dijual pada RM1. Seriuslah Bento dan Onigiri Di myNEWS.com dijual hanya pada RM1?


Yes! RM1..sehinggit je! Sebenarnya, pada bulan September ini pihak MyNEWS Malaysia telah mengadakan promosi untuk makanan Jepun Bento dan Onigiri beharga RM 1 sahaja. Buat peminat makanan Jepun harus tak lepaskan peluang menarik ini untuk mendapatkan pembelian Bento & Onigiri pada RM1 sahaja. Walaubagaimanapum, promosi dengan harga RM1 ini hanya boleh didapati pada hari Selasa untuk Bento dan Onigiri adalah pada hari Khamis. Pada hari lain harganya adalah seperti biasa.


Antara pilihan untuk Bento yang ada ialah MaPo Tauhu, Jumbo Chicken Cutlet, Salmon Salsa, Spaghetti Spicy Belado, Curry Laksa dan Mee Goreng. Manakala untuk pilihan bagi Onigiri pula ialah Spicy Chiken Mayo, Tobiko Kani Mayo, Tuna Mayo, Smoked Salmon Cream Cheese, Garlic Teriyaki Mayo Chicken dan Teriyaki Salmon. Selain dari bento & onigiri, myNEWS juga ada menyediakan pelbagai makanan Ready-To-Eat yang lain iaitu Maru Bakes. Apa yang Kak Bell suka, produk Ready-To-Eat ni memang memudahkan, cepat dan tak perlu membazir masa menunggu makanan disediakan. Makanan yang disediakan juga segar dan dihantar pada setiap hari. Setiap lokasi myNEWS juga ada disediakn tempat makan yang selesa untuk Kak Bell duduk dan bersantai sambil makan.


Untuk mendapatkan pembelian dengan promosi tersebut, anda perlu muat turun aplikasi myNEWS terlebih dahulu kerana promosi ini hanya sah dan khas buat ahli myNEWS sahaja. Pembelian melalui app ini adalah menerusi e-wallet. Cara untuk mendapatkan keahlian pun sangat mudah:
1) Muat turun aplikasi myNEWS di appstore/playstore.
2) Lengkapkan proses pendaftaran ringkas.
3) Kad Virtual akan dipaparkan dan sah menjadi ahli myNEWS


Selepas menambah nilai dalam e-wallet, ahli myNEWS sudah boleh menebus pembelian RM1 Bento dan Onigiri! Jumlah maksimum kuantiti pembelian terhad adalah kepada 2 bungkus sahaja di dalam setiap resit.

Melalui aplikasi myNEWS ini, ahli berdaftar akan mendapat pelbagai kelebihan. Selepas mengumpul mata pembelian, ahli myNEWS boleh menebus mata untuk mendapatkan produk myNEWS, kupon dan lain-lain. Selain itu juga, penebusan juga boleh dibuat melalui penggumpulan setem (bergantung kepada promosi). Dalam aplikasi ini juga turut disediakan FAQ dan cara-cara bagaimana untuk menebus kupon, reward dan paling penting menyemak lokasi store myNEWS.


Promosi Yang Berlangsung Sekarang
Anda boleh mendapatkan bonus points sebanyak 50 points dengan pembelian salah satu daripada tiga roti iaitu Pandan Kaya, Chicken Sausage dan Onion Cheese Bun di cawangan MyNEWS terpilih! Bonus points ini boleh diperoleh pada 16-22 hb September ini sahaja.



Bukan setakat itu sahaja, Maru Kafe juga turut membekalkan kopi. Dengan menggunakan aplikasi myNEWS, setiap pembelian satu cawan kopi Maru akan diberikan 1 setem untuk dikumpul. Kumpul sehingga 5 setem, anda boleh menebus 1 kopi percuma daripada Maru Kafe. Promosi ini berlangsung sehingga 31hb Oktober sahaja.

Untuk kesemua promosi yang berlangsung sekarang adalah bergantung kepada terma & syarat dan berkonsep siapa cepat dia dapat. Masa Kak Bell singgah haritu pun, memang dah banyak yang dah habis. jadi, kena datang awal pagilah untuk berebut selagi stok masih ada. Selain itu, promosi ini tidak ditawarkan di semua lokasi myNEWS. Hanya lokasi-lokasi yang terpilih sahaja promosi ini di tawarkan. Ahli myNEWS boleh mendapatkan maklumat lokasi yang menyertai promosi ini melalui aplikasi dan boleh juga rujuk link di bawah:


Bento Tuesday RM1 


Onigiri Thursday RM1


Lokasi Maru Bakes

So, nak dapatkan makanan di myNEWS dengan harga murah, bolehlah memuat turun aplikasi dan menjadi ahli. Maklumat lebih lanjut boleh layari laman rasmi berikut:
Website: http://www.mynews.com.my
Instagram: https://www.instagram.com/mynews_my/
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post