unifi Membawakan Konsert Transcendence 20 Tahun Butterfingers

unifi dan Butterfingers bawakan #khabarbaik bagi semua peminat muzik. Setiap langganan pasca-bayar unifi Mobile sepanjang #khabarbaik unifi Tour akan menerima tiket Konsert Transcendence 20 Tahun oleh Butterfingers serta pelan unifi Mobile #BEBAS untuk setiap tiket yang dibeli. Nak tahu lebih lanjut? Baca selanjutnya.

Mengotakan janji untuk membawakan lebih banyak #khabarbaik, unifi, jenama Konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), hari ini mengumumkan usahasama dengan Butterfingers, sebuah band rock dan grunge lagenda tanah air, untuk menganjurkan konsert bagi meraikan ulang tahun ke-20 album ketiga mereka, Transcendence. Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada gerakan #khabarbaik yang diusahakan unifi untuk menyemarakkan lagi nilai positif bagi pelanggan-pelanggannya dan merupakan usaha untuk memberikan lebih banyak nilai tambah kepada pengalaman pelanggan sepanjang mereka bersama jenama ini.


Konsert Transcendence 20 Tahun Butterfingers yang dikuasakan oleh unifi bakal menyaksikan penyatuan semula ahli-ahli band ini, yang terdiri daripada Emmet, Kadax, Loko, dan LoQue, buat kali pertama sejak persembahan terakhir mereka pada 2016. Konsert penuh yang bakal berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, pada Sabtu, 2 November 2019 ini bakal menghidupkan semula memori 20 tahun dahulu ketika mereka mengadakan persembahan di tempat yang sama. Ketika persembahan pentas yang dinanti-nantikan itu, peminat boleh menjangkakan Butterfingers akan mendendangkan antaranya lagu The Chemistry (Between Us) dari album Transcendence serta lagu-lagu hits lainnya dari era grunge band berkenaan.

“Butterfingers menjadi antara penggerak utama dalam memperkasa impian band-band indie tempatan kepada sesuatu yang lebih besar. Seperti juga band berkenaan, #khabarbaik berhasrat untuk menjadi sebuah gerakan yang memperkasakan pelanggan unifi – pengguna di rumah, usahawan, dan pemilik perniagaan – untuk mencari inspirasi positif dengan menggunakan produk serta perkhidmatan kami yang intuitif serta inovatif,” jelas Pemangku Naib Presiden Eksekutif unifi, Mohar Mustaqeem Mohammed.


Mengulas tentang usahasama berkenaan, LoQue, pemain gitar utama, keyboardist, dan vokalis Butterfingers menjelaskan; “Ini semestinya satu #khabarbaik untuk Butterfingers dan seluruh warga peminat. Usahasama dengan unifi ini sesuatu yang strategik dan kami berbesar hati untuk menemui peminat-peminat kami ketika siri jelajah #khabarbaik unifi Tour ke kampus-kampus terpilih pada bulan Oktober nanti. Konsert Transcendence 20 Tahun Butterfingers akan berlangsung sempena Festival Selangor Youth Republic 2019 dan kami sudah bersedia untuk memberikan persembahan paling Grunge!”

Sebagai tanda penghargaan buat semua pelanggan, unifi akan menawarkan satu tiket percuma bagi menyaksikan Konsert Transcendence 20 Tahun dengan setiap langganan pelan pascabayar unifi Mobile #BEBAS; unifi Mobile 99 / unifi Mobile 59 / unifi Mobile 39 / unifi Mobile 19 semasa kunjungan #khabarbaik unifi Tour yang akan bermula awal Oktober nanti. Lebih menarik, pelajar-pelajar juga berpeluang untuk meluangkan masa bersama anggota-anggota band ini di beberapa kampus terpilih.


Maklumat lanjut berkaitan jelajah dan peraduan lain yang menarik akan diumumkan melalui laman media social unifi – facebook.com/weareunifi (Facebook), twitter.com/unifi (Twitter), dan Instagram.com/unifi (Instagram).

Tidak lupa kepada peminat setia Buterfingers di luar sana unifi juga ada #khabarbaik untuk mereka. Dengan setiap tiket yang dibeli melalui airasiaredtix.com, pelanggan akan menerima pelan unifi Mobile #BEBAS percuma yang datang dengan 3GB data serta pas 30-hari LTE bernilai RM55 selepas pengaktifan. Sim kad unifi Mobile #BEBAS boleh dituntut pada 1 dan 2 November, di tapak jualan unifi di Stadium Melawati, Shah Alam.

Untuk mengetahui tentang penawaran-penawaran unifi yang terkini, layari www.unifi.com.my.Di

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top