KITKAT Chocolatory Raikan Ulang Tahun Ke-3 Dengan Pelancaran KITKAT Roti Canai & Kari! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal KITKAT Chocolatory Raikan Ulang Tahun Ke-3 Dengan Pelancaran KITKAT Roti Canai & Kari!

Trending

KITKAT Chocolatory Raikan Ulang Tahun Ke-3 Dengan Pelancaran KITKAT Roti Canai & Kari!

Peneraju jenama konfeksioneri coklat di Malaysia KITKAT dan kedai flagship KITKAT Chocolatory pertama di Asia Tenggara telah menyambut ulang tahun ketiganya pada 12 September 2019 dengan pelancaran KITKAT Roti Canai & Kari serta beberapa lagi perisa khas yang diilhamkan bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

KITKAT Malaysian Treasures Chef's Creation

Sempena kedatangan bulan patriotik ini, KITKAT Chocolatory mengambil kesempatan untuk memperkenalkan beberapa perisa unik terbaharu yang diilhamkan berdasarkan sarapan kegemaran rakyat Malaysia yang disediakan mengikut gaya KITKAT iaitu: KITKAT Roti Canai & Kari, Kopi & Kaya Crunch, Nasi Lemak dan tidak dilupakan perisa raja buah kemegahan tanahair iaitu Cendol Durian! Kesemua KITKAT edisi terhad ini membarisi senarai Chef Creation dan akan disediakan secara eksklusif di kedai pop-up Sunway Pyramid mulai sekarang hingga 6 Oktober 2019.


Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksioneri (Pasaran ASEAN), Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “KITKAT sentiasa mencuba dan memperkenalkan inovasi dalam mencipta perisa baharu kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak dan Ais Kacang. Kali ini, kami ingin mencipta sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan sempena sambutan yang simbolik untuk tanahair kita, iaitu Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Justeru itu, kami berjaya menghasilkan KITKAT Roti Canai & Kari serta pelbagai perisa lain yang diilhamkan daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi, di mana edisi terhad KITKAT ini hanya boleh didapati di kedai KITKAT Chocolatory kami.” 

KITKAT Chocolatory VIPs Group Photo

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan salah satu keistimewaan negara ini adalah makanannya yang diinspirasikan daripada pelbagai tradisi. Oleh itu, kami ingin menonjolkan kepelbagaian ini dengan memperkenalkan perisa kegemaran edisi terhad yang boleh menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kami percaya bahawa para penggemar coklat pasti menyukai perisa KITKAT terbaharu yang dicipta khas untuk dinikmati semua sempena sambutan yang simbolik ini.” 

Juan Aranols & Sachin dengan ciptaan KITKAT mereka

Selain rangkaian edisi terhad Chef Creation, KITKAT Chocolatory turut memperkenalkan pelbagai perisa kegemaran rakyat Malaysia yang lain seperti Onde-Onde Tradisional, Sirap Bandung, Apam Balik dan Ais Kacang. Selain itu, rangkaian produk yang diinspirasikan daripada kuih bulan seperti Kacang Merah, Pandan Telur Asin, Tiramisu dan Durian Kulit Salji turut ditawarkan. Bukan itu sahaja, kesemua KITKAT ini boleh ditempah khas dalam kotak pilihan yang diselaraskan mengikut citarasa para pelanggan bersempena apa jua sambutan yang diraikan.

KITKAT Cendol Durian

KITKAT Kopi & Kaya Crunch

Dalam beberapa tahun ini, KITKAT telah menghasilkan lebih 40,000 Create-Your-Own-KITKAT (KITKAT ciptaan sendiri) dan memperkenalkan lebih 100 ciptaan unik KITKAT. Kesemua KITKAT unik ini diinspirasikan daripada perisa kegemaran tempatan sehingga ke antarabangsa. KITKAT Chocolatory juga merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin mendapatkan hadiah istimewa atau hadiah mengikut citarasa yang tersendiri untuk apa jua perayaan: tidak kira Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali, Krismas ataupun hari istimewa seperti ulangtahun, hari lahir dan lain-lain lagi.

KITKAT Nasi Lemak

KITKAT Roti Canai & Curry

Setiap perisa unik KITKAT dihasilkan secara ekslusif di KITKAT Chocolatory di MidValley Megamall dan kedai baharu Sunway Pyramid Pop-Up (mulai sekarang hingga 6 Oktober). Para pelanggan yang juga boleh mendapatkan keluaran KITKAT edisi terhad ini melalui kedai dalam talian di Lazada atau Shopee. Jom Berehat sebentar, Bersama-sama KITKAT! 

Untuk maklumat lanjut mengenai edisi terhad KITKAT sempena sambutan Hari Malaysia ini, boleh layari:

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post